Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.di] | ليدي

Definisi : 1. tulang daun kelapa (kabung dll) yg boleh dibuat penyapu: penyapu ~; 2. jejari (pd roda basikal dll); ular ~ sj ular kecil yg berbisa; sesimpai bagai ~ prb orang yg seia sekata; melidi (menjadi) spt lidi: badannya kurus ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.di] | ليدي

Definisi : sj ikan laut, kering, Centriscus scutatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.di] | ليدي

Definisi : 1 tulang daun kelapa dll (yg kecil) yg dpt dibuat penyapu atau lekar: penyapu ~. 2 jejari pd roda. melidi halus spt lidi: Badan anaknya kurus ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lidi

Puisi
 

Menjual lidi ke Batu Bara,
     Menjual lokan ke Batu Pahat;
Kerana dengki punya angkara,
     Orang baik disangka jahat.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Gajah ditelan ular lidi.

Bermaksud :

Orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan bangsawan yang diperisteri oleh orang kebanyakan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah dialahkan oleh pelanduk, b. Gajah mati dicatuk katak, c. Mati dicatuk katak).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
melela[m«.l«.lA]kata namakesan atau bekas pada anggota badan, tangan atau kaki akibat pukulan dengan rotan, kayu, lidi dan lain-lain.Tengok ni, melela lengan adek, kau pukol.[te.No/ ni m«.l«.lA l«.NAn A.de/ kAw pu.kol]Tengok sini, berbekas lengan adik yang engkau pukul.
jongkong[dZoN.koN]kata namasejenis kuih daripada tepung beras yang dimasak dengan santan, diletakkan sedikit pada daun pisang dan dibubuh sedikit gula melaka, dibungkus dan disemat lidi dan akhirnya dikukus.   

Kembali ke atas