Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.di] | ليدي

Definisi : 1. tulang daun kelapa (kabung dll) yg boleh dibuat penyapu: penyapu ~; 2. jejari (pd roda basikal dll); ular ~ sj ular kecil yg berbisa; sesimpai bagai ~ prb orang yg seia sekata; melidi (menjadi) spt lidi: badannya kurus ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.di] | ليدي

Definisi : sj ikan laut, kering, Centriscus scutatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.di] | ليدي

Definisi : 1 tulang daun kelapa dll (yg kecil) yg dpt dibuat penyapu atau lekar: penyapu ~. 2 jejari pd roda. melidi halus spt lidi: Badan anaknya kurus ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lidi

Puisi
 

Menjual lidi ke Batu Bara,
     Menjual lokan ke Batu Pahat;
Kerana dengki punya angkara,
     Orang baik disangka jahat.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Gajah ditelan ular lidi.

Bermaksud :

Orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan bangsawan yang diperisteri oleh orang kebanyakan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah dialahkan oleh pelanduk, b. Gajah mati dicatuk katak, c. Mati dicatuk katak).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berautsudah dilicinkan: lidi ~ lidi yg sudah dilicinkan (dibersihkan drpd daun).Kamus Pelajar Edisi Kedua
raut; beraut sudah dilicinkan: lidi ~ lidi yg sudah dilicinkan (dibersihkan drpd daun). meraut melicinkan sesuatu (spt buluh, rotan) dgn pisau: ~ rotan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berautsudah dilicinkan (dihaluskan dll); lidi ~ lidi yg sudah dilicinkan (dibersihkan drpd daun);Kamus Dewan Edisi Keempat
gabungan1. berkas, ikat(an): lidi-lidi yg diikat ini agak besar ~nya; 2. persatuan yg terjadi drpd ikatan (persekutuan) beberapa buah pertubuhan atau kesatuan: G~ Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung; 3. cantuman atau satuan yg terdiri drpd dua atau beberapa unsur dsb: ~ pemikiran antara ahli profesional drpd berbagai-bagai organisasi dan institusi;Kamus Dewan Edisi Keempat
raut I; pisau ~ sj pisau khas yg tajam utk melicinkan (menajamkan, menghaluskan) ro­tan dll, seraut, siraut; beraut sudah dilicinkan (dihaluskan dll); lidi ~ lidi yg sudah dilicinkan (dibersihkan drpd daun); meraut meratakan (menghaluskan, me­licin­kan, meruncingkan, dll) dgn pisau: ~ rotan penjalin lukah; ~ pensel dgn pisau.Kamus Dewan Edisi Keempat
raut; berautsudah dilicinkan: lidi ~ lidi yg sudah dilicinkan (dibersihkan drpd daun). meraut melicinkan sesuatu (spt buluh, rotan dll) dgn pisau: ~ rotan.Kamus Pelajar
lidi berautlidi yg sudah dilicinkan (dibersihkan drpd daun).Kamus Pelajar Edisi Kedua
lidi berautlidi yg sudah dilicinkan (dibersihkan drpd daun);Kamus Dewan Edisi Keempat
lidi IIsj ikan laut, kering, Centriscus scutatus.Kamus Dewan Edisi Keempat
sapu I1. alat (drpd lidi, sabut, roman, dll) utk membersihkan lantai dll: dia membersihkan rumahnya dgn ~ lidi; 2. sesuatu yg digunakan utk membersihkan (mengesat, menghapus, dll); ~ jagat a) sj meriam besar; b) sj hantu hutan; ~ tangan a) kain segi empat (utk mengesat muka, peluh, dll); b) destar, setangan; ~ tangan menali ayam prb perihal ke­mis-kinan yg amat sangat; spt ~ (penyapu) diikat dgn benang sutera prb sesuatu yg tidak kena pd tempatnya; bersapu 1. (sudah) dibersihkan (dikesat dll) dgn sapu: bilik saya belum ~; 2. (sudah) dilumas (diratakan sesuatu pd per­mukaan-nya): bersama-sama susu lembu itu disedia-kannya juga tiga keping roti bakar ~ mentega; menyapu 1. membersihkan lantai dgn sapu: ~ lantai; 2. mengesat, menghapuskan, mengusap: sambil mengesat ia ~ air mata-nya; 3. = menyapu-nyapu mengesat-ngesat, menggosok-gosok, mengusap-usap: dilucut-kan kaca matanya, disapu kedua-dua belah matanya; 4. mencecah ke (kerana terlalu tinggi), sampai ke: di dlm gelubur, gemal-gemal padi tersusun hingga ~ alang pondok; 5. melumas (dgn cat, kapur, dll): rumah pengantin itu sedang dibaiki dan disapu cat; 6. melumur (bedak ke muka dll); 7. bp melenyapkan sama sekali (wang dll), me-ngambil habis, membinasakan sama sekali: wangnya habis disapu oleh Cik Rafeah; ~ bersih (licin) mengambil (memperoleh, me-menangi, dsb) kesemuanya; menyapukan 1. menyapu utk orang lain; 2. memakai sesuatu utk menyapu, menyapu dgn; 3. melumurkan (melumaskan, meng­gosokkan, dll) sesuatu pd (sesuatu permukaan dsb): maka oleh si pelulut ubat guna drpd Hang Nadim itu disapukannya pd tubuh Tun Teja; selepas pembersihan waktu hendak tidur, sapukan krim itu nipis-nipis pd muka dan leher; tersapu 1. sudah disapu, sudah dibersihkan; 2. (telah) dibinasakan (dirosakkan, di­musnah-kan, dll): haluan dan buritan masih berada di atas paras muka laut, tetapi bahagian tengah sudah ~ seluruhnya; sapuan 1. perihal (perbuatan dsb) menyapu: dia merasai sesuatu drpd ~ hujung rambut perempuan itu; 2. hasil menyapu; penyapu alat utk menyapu (membersihkan dll), sapu: sebatang ~ lidi dikeluarkannya; ~ ranjau kapal utk membersihkan ranjau di laut; disambut dgn ~ tak bersimpai prb dihalau keluar dr sesuatu majlis kerana dibenci orang.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678

Kembali ke atas