Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.kat] | ليکت

Definisi : lekat, pekat: selepas hujan, terjadilah takungan air di atas minyak tar yg ~ itu; kelikatan perihal likat (cecair dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.kat] | ليکت

Definisi : keruh (air sungai dll); bukat-~ terlalu keruh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.kat] | ليکت

Definisi : Jk agak malu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.kat] | ليکت

Definisi : hampir keras (bkn cecair dsb); pekat: Kacau kanji itu hingga ~. melikatkan menjadikan likat; memekatkan: Ayu ~ kuah itu dgn membiarkannya lama di atas api. kelikatan keadaan likat; kepekatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
likat
Rujuk :pekat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan 1. Kriss menyentuh sekumtum bunga matahari yang sedang mekar di taman itu. Perkataan berlawan bagi perkataan mekar ialah A. putik B. kuncup C. kembang D. layu Soalan 2. Ibu memberi abang minum air teh yang _____ untuk mengurangkan sakit cirit-birit. A. manis B. tawar C. kelat D. likat Soalan 3. Sila rujuk kepada fail yang disertakan. Perhatian harus diberi kepada tangga rumah ( pintu utama masuk rumah ).Jawapan 1:
B. kuncup

Jawapan 2:
D. likat

Jawapan 3:
A. tepi
Tatabahasa12.03.2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera. 1. Apa yang membezakan penggunaan 'tiub' dan juga 'tabung'? Adakah kedua-duanya padanan kepada 'tube'? 2. Adakah 'badan', 'tubuh' atau 'tubuh badan' mempunyai makna yang sinonim? Mana yang paling tepat sebagai padanan kepada 'body' dalam bidang sains perubatan? 3. 'Tanah-tanih' merupakan istilah yang termasuk dalam hukum kekecualian iaitu perlu diletakkan tanda sempang sekalipun 'tanah' dan 'tanih' boleh berdiri sendiri dengan makna tersendiri. Adakah terdapat senarai lengkap istilah yang termasuk dalam hukum kekecualian ini? Terima kasih.

1. Tiub ialah 1. benda yang bulat panjang dan berlubang di tengahnya, torak: ~ kaca (getah); 2. sejenis bekas daripada plastik dll yang digunakan untuk mengisi cecair yang likat dsb: ~ ubat gigi; 3. bahagian dalam tayar basikal.

Manakala tabung ialah 1. bekas ruas daripada buluh dll (untuk menyimpan sesuatu), bumbung: ~ air; 2. bekas yang berbentuk silinder: ~ gas oksigen; 3. peti atau kotak (utk surat dll); 4. tempat menyimpan wang (daripada buluh dll), celengan; 5. sesuatu yang berbentuk bulat torak (dlm enjin dll), silinder; 6. wang yang dikumpulkan (dengan mengutip derma dll) untuk maksud tertentu, dana.

Dalam data kami, padanan istilah tube dalam bahasa Melayu ialah tiub, tabung dan salur.

2. Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, tubuh badan bermaksud keseluruhan jasad. Istilah yang sesuai digunakan dalam bidang perubatan ialah badan.

3. Tanah-tanih merupakan kata ganda yang bermaksud segala macam tanah.

Tatabahasa06.10.2013

Kembali ke atas