Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.ku] | ليکو

Definisi : 1. selekoh (pd jalan, sungai, dll), kelok, siku: tiap ~ jalan diturut; 2. tempat terpencil, ceruk: segala ~ dan ceruk di hulu sungai itu diingatinya; segala ~ dan ceruk pedalaman; ~-~ hidup = ~-~ kehidupan dugaan dan kesengsaraan dlm hidup: perlunya Islam dijadikan sbg obor yg menerangi ~-~ kehidupan; berliku-liku berbelok-belok, berkelok-kelok, berselekoh-selekoh: di sebelah kiri jalan itu mengalir sebatang sungai yg ~ pula; melikukan menyebabkan menjadi liku: air yg deras mengalir, menyimpang, dan ~ sungai menjadi lurah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.ku] | ليکو

Definisi : ; paduka ~ sl gelaran seorang permaisuri (dlm cerita panji). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.ku] | ليکو

Definisi : kelok pd jalan (sungai dll); selekoh. berliku-liku banyak likunya; berkelok-kelok: Kami melalui sebatang jalan yg curam dan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
liku (kata nama)
1. Bersinonim dengan selekoh: kelok, siku, lengkok, telengkoh, katlum, enggokan,

2. Rujuk pelosok

Kata Terbitan : berliku-liku,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
artistic bendliku artistikPerubatanTiadaLiku-liku pada dawai arkus, bertujuan untuk merapikan jajaran kegigian di akhir rawatan ortodontik.
tongue crenationlidah berlikuPerubatanTiadaLiku-liku di pinggir lingual lidah disebabkan posisinya yang bersentuhan dengan permukaan lingual gigi mandibel.
contra-angle handpiecehanpis kontra sudutPerubatanTiadaHandpis di mana syaf alat berputar diposisikan di sudut yang dikehendaki dengan menggunakan liku-liku pada handpis.
castellated beamrasuk kekotaKejuruteraanKejuruteraan BangunanRasuk yang terletak di bawah lantai yang bebibir lebar dan mempunyai web yang telah dipotong dalam bentuk liku-liku. Rasuk digabungkan kembali melalui kimpalan untuk menghasilkan ketebalan yang lebih besar.
bildungsromanbildungstomanKesusasteraanTiadaNovel yang memaparkan perkembangan protagonis dari zaman kanak-kanak atau remaja hingga ke tahap dewasa. Bildrungsroman memaparkan proses kematangan yang dicapai oleh wira muda selepas dia berjaya mengharungi liku-liku hidup. Bildungsroman dikaitkan dengan karya Goethe bertajuk Wilhelm Meisters Lehrjahre (1796) yang dianggap sebagai pengasas pola ini. Beberapa novel ulung pada abad ke-19 dan ke-20 mengguna pakai pola bildungsroman, contohnya novel David Copperfield oleh Charles Dickens. Apabila novel ini secara khusus melukiskan pembentukan seorang seniman, novel ini digelah kunstleroman. Contoh kunstleroman ialah A Portrait of the Artist as a Young Man oleh James Joyce. Mutakhir ini, pengkritik feminis mempertikaikan bentuk bildungsroman lelaki kerana pola perjalanan hidup seorang lelaki tidak sama dengan pola yang dilalui oleh seorang wanita. Para pengkritik feminis mengutamakan pengalaman wanita yang membina jati dirinya. Bildrungsroman berasal daripada bahasa Jerman bermaksud �novel pembentukan�. Lihat juga kunstleroman.
ingrown meanderliku mendalamGeografiTiadaLiku sungai yang memotong tegak ke dalam batuan akibat keamatan tenaga hakisan sungai di bahagian luar liku sungai tersebut.
ingrown meanderliku mendalamGeologiTiadaLiku sungai yang memotong tegak ke dalam batuan akibat keamatan tenaga hakisan sungai di bahagian luar liku sungai tersebut.
meander coreteras likuGeografiTiadaBukit di mana sebuah liku tertoreh melengkung sebelum memotong bahagian genting sebuah liku.
meander coreteras likuGeologiTiadaBukit di mana sebuah liku tertoreh melengkung sebelum memotong bahagian genting sebuah liku.
meander scarparut likuGeografiTiadaLiku terpenggal, di mana tasik ladam yang terbentuk telah mengalami penimbunan melalui nendatan dinding-dinding alur dan juga melalui pertumbuhan tumbuh-tumbuhan tetapi bentuk liku asal masih boleh dicamkan.
12345678910...

Kembali ke atas