Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.lin] | ليلين

Definisi : 1. sj bahan yg mengandungi lemak (utk dibuat dian dll): perahu ~ layarnya kertas, berani kulanggar lautan api; ~ lebah = ~ mentah = ~ sambang lilin yg terdapat dlm sarang lebah; ~ batik lilin yg digunakan utk membatik; 2. lilin dll yg dibuat dlm bentuk silinder, diberi bersumbu dan apabila dibakar memberikan cahaya, dian: guru itu seolah­olah lampu atau ~ kpd masyarakat; ke mana kelok ~, ke sana kelok loyang prb perihal orang yg hanya menurut fikiran orang yg di atasnya sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.lin] | ليلين

Definisi : ; burung ~ sj burung, burung kelengkeng, Tringa nebularia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.lin] | ليلين

Definisi : 1 bahan yg berlemak dan mudah cair apabila panas: ~ lebah lilin yg terdapat dlm sarang lebah; ~ batik lilin yg digunakan utk membatik. 2 sj suluh yg dibuat drpd lilin 1 dan bersumbu; dian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lilin

Puisi
 

Apakah lilin di biduk,
     Namun gala-gala jua;
Apakah kirim mande esok,
     Anak berurai air mata jua.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Lengan bagai lilin dituang.

Bermaksud :

Lengan yang cantik.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaApa guna bermain lilin, Lilin asal dari lemak; Apalah guna jeling-menjeling, Tersalah jeling marah emak.
Kurik Kundi Merah SagaApakah lilin di biduk, Namun gala-gala jua; Apakah kirim mande esok, Anak berurai air mata jua.
Kurik Kundi Merah SagaTak ada damar pasang lilin, Buat terang waktu malam; Bukannya pandai bukannya alim, Tetapi tahu cara Islam.
Kurik Kundi Merah SagaMalam ini malam Jumaat, Pasang lilin depan pintu; Kalaulah kita umat Muhammad, Kena sembahyang lima waktu.
Kurik Kundi Merah SagaTinggi sungguh burung kelicap, Burung lilin di pokok getah; Pandai sungguh cik puan bercakap, Macam tuk alim dari Makkah.
Kurik Kundi Merah SagaPisang raya sama raya, Pisang lilin masak di hujung; Awak hendak sama kaya, Saya miskin mengadu untung.
Kurik Kundi Merah SagaMalam ini malam Jumaat, Pasang lilin kepala titi; Tepuk bantal panggil semangat, Semangat datang di dalam mimpi.
Kurik Kundi Merah SagaBudak-budak bermain api, Pasang lilin dalam istana; Kalaulah adik berani mati, Abanglah hendak mati bersama.
Kurik Kundi Merah SagaPisang raya masak di raya, Pisang lilin masak di hujung; Orang kaya sama kaya, Orang miskin mengadu untung.
Kurik Kundi Merah SagaTenun kain dengannya kapas, Warna corak bermacam ragi; Perahu lilin layar kertas, Cuba melanggar lautan api.
12

Kembali ke atas