Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.lin] | ليلين

Definisi : 1. sj bahan yg mengandungi lemak (utk dibuat dian dll): perahu ~ layarnya kertas, berani kulanggar lautan api; ~ lebah = ~ mentah = ~ sambang lilin yg terdapat dlm sarang lebah; ~ batik lilin yg digunakan utk membatik; 2. lilin dll yg dibuat dlm bentuk silinder, diberi bersumbu dan apabila dibakar memberikan cahaya, dian: guru itu seolah­olah lampu atau ~ kpd masyarakat; ke mana kelok ~, ke sana kelok loyang prb perihal orang yg hanya menurut fikiran orang yg di atasnya sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.lin] | ليلين

Definisi : ; burung ~ sj burung, burung kelengkeng, Tringa nebularia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.lin] | ليلين

Definisi : 1 bahan yg berlemak dan mudah cair apabila panas: ~ lebah lilin yg terdapat dlm sarang lebah; ~ batik lilin yg digunakan utk membatik. 2 sj suluh yg dibuat drpd lilin 1 dan bersumbu; dian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lilin

Puisi
 

Apakah lilin di biduk,
     Namun gala-gala jua;
Apakah kirim mande esok,
     Anak berurai air mata jua.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Lengan bagai lilin dituang.

Bermaksud :

Lengan yang cantik.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Seperti lilin baru digelek.Benda yang lembut elok dan licin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lengan bagai lilin dituang.Lengan yang cantik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ke mana kelok lilin, ke sana kelok loyang.Selalu menurutkan kehendak orang yang berkuasa, tidak dapat mengambil keputusan sendiri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Minum air terasa duri, santap nasi terasa lilin.Sangat bersusah hati.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas