Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.lin] | ليلين

Definisi : 1. sj bahan yg mengandungi lemak (utk dibuat dian dll): perahu ~ layarnya kertas, berani kulanggar lautan api; ~ lebah = ~ mentah = ~ sambang lilin yg terdapat dlm sarang lebah; ~ batik lilin yg digunakan utk membatik; 2. lilin dll yg dibuat dlm bentuk silinder, diberi bersumbu dan apabila dibakar memberikan cahaya, dian: guru itu seolah­olah lampu atau ~ kpd masyarakat; ke mana kelok ~, ke sana kelok loyang prb perihal orang yg hanya menurut fikiran orang yg di atasnya sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.lin] | ليلين

Definisi : ; burung ~ sj burung, burung kelengkeng, Tringa nebularia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.lin] | ليلين

Definisi : 1 bahan yg berlemak dan mudah cair apabila panas: ~ lebah lilin yg terdapat dlm sarang lebah; ~ batik lilin yg digunakan utk membatik. 2 sj suluh yg dibuat drpd lilin 1 dan bersumbu; dian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lilin

Puisi
 

Apakah lilin di biduk,
     Namun gala-gala jua;
Apakah kirim mande esok,
     Anak berurai air mata jua.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Lengan bagai lilin dituang.

Bermaksud :

Lengan yang cantik.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
waxlilinKimiaTiadaSebatian organik yang mempunyai berat molekul yang tinggi, berbentuk pepejal pada suhu bilik dan berkomposisi serupa dengan lemak dan minyak, kecuali lilin tidak memngandungi gliserida. Lilin tergolong dalam kelas lipid, kalis air, licin, terbakarkan, larut di dalam pelarut organik tetapi tidak larit di dalam air. Lilin terdiri daripada lilin asli yang diperoleh daripada haiwan (lilin lebah), sayur-sayuran, atau mineral (lilin bumi dan lilin petroleum) dan lilin buatan yang diperoleh daripada plimer etilenik dan naftalena berklorin. Lilin digunakan untuk membuat krayon, dian, pengilat, bahan kosmetik, kertas karbon, sebatian kalis air, dan sebatian pencuci.
waxlilinBiologiHistologi dan SitologiEster monohidroalkohol yang lebih tinggi daripada gliserol dan tidak larut di dalam air serta sukar dihidroksidakan, yang menjadi pelindung daun, batang, buah, bulu haiwan dan integumen serangga. Ini termasuk lanolin, lilin lebah dan lilin karnauba. Lilin juga merupakan ester melisil asid palmatik. Rumusnya adalah seperti yang berikut: C30H61O.CO-C15H31
lost-wax castingpenuangan lilin hilangKejuruteraanTiadaPenuangan lilin apabila corak lilin di antara acuan dua lapis dibuang dengan mencairkan corak itu dan digantikan dengan logam lebur.
beeswaxlilin lebahBiologiEntomologiLilin yang dirembeskan oleh lebah pekerja dari kelenjar di bawah abdomennya. Lilin ini digunakan untuk membina sarang, dan dari segi kimianya, lilin ini merupakan campuran ester dan hidrokarbon paraffin yang mempunyai berat molekul tinggi.
waxlilinHerbaTiadaBahan pepejal atau separa pepejal pada suhu bilik dan tidak larut dalam air. Lilin diperoleh daripada tumbuhan atau haiwan. Lilin membentuk lapisan pelindung tidak telus air pada daun, batang, buah, bulu haiwan dan intergumen serangga dan digunakan sebagai bahan tambahan farmaseutikal. Contohnya, lilin lebah kuning yang diperoleh daripada sarang lebah (Apis mellifera) dan lilin karnuba daripada daun Copernicia cerifera.
paraffin waxlilin parafinKesenianTiadaLilin lutsinar berwarna putih yang dihasilkan daripada campuran lilin dan perekat.
carnauba waxlilin karnaubaKimiaTiadaLilin semula jadi yang keras, yang diperoleh daripada daun pokok karnauba, dan digunakan dalam pembuatan lilin, penggilap kasut, dan lain-lain.
inlay waxlilin inlaiPergigianTiadaLilin yang keras, berwarna biru atau gelap dan berbentuk batang sepanjang 3 inci atau 4 inci. Lilin inlai boleh didapati dalam dua jenis. Jenis yang pertama untuk pembuatan inlai secara kaedah langsung iaitu terus pada gigi pesakit. Manakala, jenis yang kedua pula digunakan di makmal bagi kaedah tak langsung untuk pembuatan inlai, korona dan bentuk-bentuk tuangan.
waxlilin; tahi telingaFizikTiada1. Lilin: Sebatian organik yang mempunyai berat molekul yang tinggi, berbentuk pepejal pada suhu bilik dan berkomposisi serupa dengan lemak dan minyak, kecuali ia tidak mengandungi gliserida. 2. tahi telinga: Bahan seperti lilin yang dirembes oleh telinga.
waxlilin; tahi telingaPerubatanTiada1. Lilin: Sebatian organik yang mempunyai berat molekul yang tinggi, berbentuk pepejal pada suhu bilik dan berkomposisi serupa dengan lemak dan minyak, kecuali ia tidak mengandungi gliserida. 2. tahi telinga: Bahan seperti lilin yang dirembes oleh telinga.
12345678910...

Kembali ke atas