Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.lit] | ليليت

Definisi : 1. lingkar (spring jam, ular sedang tidur, dll), sesuatu yg membelit (ikatan dll), belit: jahitan itu dimatikan dgn menyimpulkan benang tiga ~; 2. = lilitan keliling (sesuatu kawasan dll): ~ bulatan bumi di khatulistiwa ialah 24 900 batu atau 39 840 km; kuat ~ kerana simpulnya prb kekuatan persatuan terletak pd anggota-anggotanya; selilit 1. sekali lilit, hanya satu lilitnya: ~ kelengkeng; 2. sekeliling, sebelit: ~ Pulau Perca; berlilit berada dlm keadaan melingkari sesuatu, berbelit: ular ~ di dahan kayu; berlilitkan menggunakan atau memakai sesuatu sbg lilit: kepalanya yg ~ kain merah persis warna darah itu; melilit 1. membelit, melingkar: akar ~; 2. berasa tidak sedap perut (rasa hendak muntah dll), mulas; meliliti membelit pd, membeliti: sehelai serban putih ~ kepalanya; tiang rumahnya dililiti akar; melilitkan membelitkan, melingkarkan: buat satu lingkaran dgn ~ dawai pd sebatang pensel; lilitan garisan yg menyempadani sesuatu kawasan (bulatan dll), lingkungan, lilit; pelilit sesuatu (tali, kain, dsb) yg digunakan utk melilit: lilit tangkai bunga dgn ~ warna hijau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.lit] | ليليت

Definisi : 1 ikatan yg membelit; lingkar; belit: Kayu itu diikatnya dgn akar empat ~. 2 = lilitan keliling sesuatu bidang (pokok, benda dsb): Padang itu 360 meter ~nya. melilit membelit; melingkar: Agaknya ular yg ~ di dahan itu. meliliti membelit pd: Sehelai kain putih ~ kepalanya. melilitkan membelitkan atau melingkarkan sesuatu (pd): Elektromagnet dibuat dgn ~ segelung dawai pd besi yg besar. pelilit bahan yg digunakan utk melilit atau yg dililitkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lilit
Kata Terbitan : melilit, meliliti, melilitkan, lilitan,

Puisi
 

Kayu jati di tepi huma,
     Lilit akar ribu-ribu;
Kalau hati inginkan bunga,
     Cari akal dengan tipu.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Nan berseluk urat,
     nan berjumbai akar,
nan berlambai pucuk.

Bermaksud :

Kaum keluarga itu sekalipun sudah berjauhan tetapi perhubungan masih tetap ada. seluk = lilit, belit; lambai = berayun-ayun turun naik.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ukur lilitsukatan lilit sesuatu rajah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ukur~ lilit sukatan lilit sesuatu rajah.Kamus Pelajar
lilit1 ikatan yg membelit; lingkar; belit: Kayu itu diikatnya dgn akar empat ~. 2 = lilitan keliling sesuatu bidang (pokok, benda dsb): Padang itu 360 meter ~nya. melilit membelit; melingkar: Agaknya ular yg ~ di dahan itu. meliliti membelit pd: Sehelai kain putih ~ kepalanya. melilitkan membelitkan atau melingkarkan sesuatu (pd): Elektromagnet dibuat dgn ~ segelung dawai pd besi yg besar. pelilit bahan yg digunakan utk melilit atau yg dililitkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ukur(pd kata majmuk bererti) alat yg digunakan utk menyukat sesuatu: ilmu ~ ilmu ttg cara atau kaedah menyukat luas (lebar dsb) tanah, kawasan dll. ~ celup alat utk menyukat banyak tidaknya sesuatu cecair (dgn mencelupkannya ke dlm cecair tsb). ~ lilit sukatan lilit sesuatu rajah. mengukur 1 mencari luas (lebar, besar dll) sesuatu dgn menggunakan alat-alat tertentu; menyukat. 2 menilai dgn membandingkannya dgn yg lain; memeriksa dan menentukan keadaan: Engkau jangan ~ kekayaanku dgn kekayaan datukmu. ~ jalan ki berjalan ke hulu ke hilir di jalan raya tanpa tujuan tertentu. ukuran 1 hasil mengukur; sukatan: ~nya tidak tepat. 2 satuan yg digunakan utk mengukur (spt meter, kaki, jengkal); sukatan. 3 panjangnya (lebarnya dll) sesuatu benda; saiz. berukuran mempunyai ukuran. pengukuran perbuatan atau hal mengukur. pengukur 1 orang yg kerjanya mengukur; tukang sukat. 2 alat (spt kayu pembaris) yg digunakan utk mengukur atau utk menyukat sesuatu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lilit1. lingkar (spring jam, ular sedang tidur, dll), sesuatu yg membelit (ikatan dll), belit: jahitan itu dimatikan dgn menyimpulkan benang tiga ~; 2. = lilitan keliling (sesuatu kawasan dll): ~ bulatan bumi di khatulistiwa ialah 24 900 batu atau 39 840 km; kuat ~ kerana simpulnya prb kekuatan persatuan terletak pd anggota-anggotanya; selilit 1. sekali lilit, hanya satu lilitnya: ~ kelengkeng; 2. sekeliling, sebelit: ~ Pulau Perca; berlilit berada dlm keadaan melingkari sesuatu, berbelit: ular ~ di dahan kayu; berlilitkan menggunakan atau memakai sesuatu sbg lilit: kepalanya yg ~ kain merah persis warna darah itu; melilit 1. membelit, melingkar: akar ~; 2. berasa tidak sedap perut (rasa hendak muntah dll), mulas; meliliti membelit pd, membeliti: sehelai serban putih ~ kepalanya; tiang rumahnya dililiti akar; melilitkan membelitkan, melingkarkan: buat satu lingkaran dgn ~ dawai pd sebatang pensel; lilitan garisan yg menyempadani sesuatu kawasan (bulatan dll), lingkungan, lilit; pelilit sesuatu (tali, kain, dsb) yg digunakan utk melilit: lilit tangkai bunga dgn ~ warna hijau.Kamus Dewan Edisi Keempat
belit1 lingkaran tali dsb pd sesuatu benda; lilit. 2 kelok pd jalan (sungai dsb); selekoh. berbelit berlingkar pd sesuatu; berlilit. berbelit-belit 1 berlilit-lilit di keliling sesuatu; terdapat beberapa banyak belit: Sulur-suluran ~ pd dahan pohon-pohon yg besar. 2 tidak lurus; berkelok-kelok; bengkang-bengkok: Jalan yg kami lalui dlm hutan itu ~. membelit melingkar mengelilingi sesuatu; mengikat berlilit-lilit; melilit: Ular itu ~ mangsanya dahulu sebelum menelannya. membelitkan mengikatkan sesuatu di keliling sesuatu benda lain; melilitkan: Beliau ~ kain tudungnya ke leher. pembelit 1 sesuatu (tali, kain dsb) yg digunakan utk membelit. 2 ki orang yg menipu; penipu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ramin Isj anyaman yg berlilit-lilit (berjalin-jalin); meraminkan menganyam berlilit-lilit (ber­jalin-jalin).Kamus Dewan Edisi Keempat
tembereng/tembéréng/ 1 serpihan cawan, mangkuk dll; beling. 2 baha­gian drpd sesuatu bulatan yg berbataskan sebahagian drpd garis lilit dan satu garis lurus (kedua-dua hujung garis lurus itu menyentuh garis lilit). ~ besar tembereng yg lengkungnya lebih panjang drpd separuh bulatan. ~ tajam bahagian drpd bulatan yg ber­sempadankan garis lilit dan dua jejari.Kamus Pelajar Edisi Kedua
belit1. lingkaran tali dsb pd sesuatu benda; lilit. 2. kelok pd jalan (sungai dsb); selekoh. berbelit berlingkar pd sesuatu; berlilit. berbelit-belit 1. berlilit-lilit di keliling sesuatu; terdapat beberapa banyak belit: Sulur-suluran ~ pd dahan pohon-pohon yg besar. 2. tidak lurus; berkelok-kelok; bengkang-bengkok:Jalan yg kami lalui dlm hutan itu ~. membelit melingkar mengelilingi sesuatu; mengikat berlilit-lilit; melilit: Ular itu ~ mangsanya dahulu sebelum menelannya. membelitkan mengikatkan sesuatu di keliling sesuatu benda lain; melilitkan: Beliau ~ kain tudungnya ke leher.Kamus Pelajar
belit1. lilit (lingkaran tali, ular, dll); 2. belok-belok, kelok-kelok (jalan, sungai, dll); putar ~ = pusing ~ = belat-~ bp berputar-putar (tidak jujur);berbelit berlilit: seekor ular ~ di dahan itu; berbelit-belit 1. berlilit-lilit: sulur-suluran ~ pd tiang pagar itu; 2. berkelok-kelok, berpusing-pusing: jalan ke pergunungan itu sangat ~; 3. berjalin-jalin, bersambung-sambung, bersangkut paut, kacau: fikiran yg timbul begitu kusut, yg datang berkacau-kacau, ~;membelit 1. melilit, melingkar: di pergelangan tangannya ~ dua urat gelang halus; 2. membebat, melibat, menjebak: dgn jalan begini mereka hendak ~ anak negeri supaya dapat diperhambakan; membeliti melingkari, mengelilingi: sebuah jalan ~ kawasan itu;membelitkan melilitkan (sesuatu): anak gajah itu ~ belalainya pd ekor ibunya;terbelit 1. terlilit, terlingkar; 2. terbebat, terjebak, terlibat;belitan hasil drpd membelit (melilit), lilitan, lingkaran: membuka ~ tali pd tiang itu; pembelit 1. tali (kain dsb) yg digunakan utk membelit sesuatu; 2. ki penipu, pendusta: kau memang manusia kejam, tidak setia, penipu, dan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345

Kembali ke atas