Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.li.tan] | ليليتن

Definisi : garisan yg menyempadani sesuatu kawasan (bulatan dll), lingkungan, lilit; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.li.tan] | ليليتن

Definisi : keliling (sesuatu kawasan dll): ~ bulatan bumi di khatulistiwa ialah 24 900 batu atau 39 840 km; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.li.tan] | ليليتن

Definisi : keliling sesuatu bidang (pokok, benda dsb): Padang itu 360 meter ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lilit
Kata Terbitan : melilit, meliliti, melilitkan, lilitan,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
sinsing Kd, Tbperhiasan pinggang dalam pakaian tradisi wanita Kadazandusun, diperbuat daripada tiga utas besi loyang berbentuk cincin.Di pinggang pengantin perempuan terdapat lilitan yang dipanggil "Sinsing" yang terdiri daripada tiga utas yang diperbuat daripada besi loyang berbentuk cincin dan seutas lilitan yang diperbuat daripada duit-duit syiling perak lama.Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas