Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.ma] | ليم

Definisi : (bilangan yg besarnya sama dgn) empat ditambah satu: ~ belas 15; ~ puluh 50; ~ ratus 500; ~ besar a) lima negara yg berkuasa; b) lima orang dll yg berpengaruh; ~ segi sesuatu (rajah dll) yg mempunyai lima segi; dua kali ~ = spt ~ belas dgn tengah dua puluh prb sama sahaja; berlima lima (orang dll) bersama-sama, lima (orang dll) semuanya: mereka yg ~ itu pernah berselisih faham dengannya; kelima yg nombor lima; kelima-lima lima-lima sekali, lima semua­nya; perlima dibahagi lima (bahagian); se~ satu bahagian drpd benda yg dibahagi lima. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.ma] | ليم

Definisi : akronim bagi Langkawi International Maritime and Aerospace. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.ma] | ليم

Definisi : bilangan empat ditambah satu; 5: ~ belas 15; ~ puluh 50; ~ ratus 500. dua kali ~ sama saja. berlima lima bersama-sama. kelima yg nombor lima: Rukun Islam yg ~ ialah mengerjakan haji di Mekah. kelima-lima lima-lima sekali; lima semuanya. perlima dibahagi lima (bahagian): dua ~ dua bahagian drpd benda yg dibahagi lima. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lima

Puisi
 

Anak haruan lima-lima,
     Pilih saja yang mana besar;
Saya bukan ayam betina,
     Remak botak pantang berkisar.


Lihat selanjutnya...(55)
Peribahasa

Seperti lima belas dengan tengah dua puluh.

Bermaksud :

Sama saja.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Berikut adalah bahan bacaan untuk kanak-kanak. Sila semak ejaan dan penggunaan bahasa sesuai atau tidak. Sila rujuk pada lampiran fail untuk contoh. *Ini lima jari saya. *Satu, satu, jari saya ada apa? *Satu, satu, jari kamu ada rusa. *Dua, dua, jari saya ada apa? *Dua, dua, jari kamu ada kuda. *Tiga, tiga, jari saya ada apa? *Tiga, tiga, jari kamu ada nuri. *Empat, empat, jari saya ada apa? *Empat, empat, jari kamu ada kura-kura. *Lima, lima, jari saya ada apa? *Lima, lima, jari kamu ada rama-rama. *Satu, dua, tiga, empat, lima. *Ini lima jari saya.Jika saudara sedang membuat buku kanak-kanak atau seumpamanya, mohon rujuk Kamus Dewan dan juga buku Tatabahasa Dewan untuk mendapatkan lebih perincian kerana pihak kami tidak menyediakan perkhidmatan penyuntingan karya, kecuali saudara menghantar karya untuk diterbitkan di DBP.Lain-lain27.12.2016
Assalamualaikum wbt Tuan/Puan, Saya ingin mendapat kepastian berkaitan penulisan yang tepat bagi tatacara penggunaan angka dan perkataan dalam kurungan seperti berikut : i) Bilangan 1 - 9, contohnya 5 unit dinyatakan sebagai 5(lima) unit ii) 10 - 99, contohnya 55 unit dinyatakan sebagai 55(lima puluh lima) unit iii) 100 - 999, contohnya 555 unit dinyatakan sebagai 555 (lima ratus lima puluh lima) unit. Bolehkah bagi penulisan angka puluh,ratus dan ribu ditulis angka sahaja tanpa dinyatakan perkataan dalam kurungan. Mohon penjelasan bagi penulisan yang tepat. Terima kasih. Yang Benar, Halmi AhmadMenurut Gaya Dewan Edisi Ketiga, terdapat cara untuk menulis nombor dalam ayat, iaitu, nombor yang kurang daripada 10 hendaklah dieja sepenuhnya manakala nombor 10 ke atas boleh menggunakan angka sahaja.Tatabahasa02.01.2013
Big 5 Personality digunakan dalam bahasa malaysia adakah Personaliti Lima Besar atau Personaliti Lima Utama? Mohon penjelasanCadangan padanan jawapan bagi ayat "Big 5 Personality" ialah "Lima Sifat Utama Personaliti".Lain-lain25.07.2023
Lima Bestari atau 5 Bestari jika dalam ayat guna yang mana?Dalam ayat biasanya ditulis 5 Bestari kerana merujuk kepada darjah 5 atau tingkatan 5.Lain-lain19.11.2016
apakah kegunaan imbuhan ber dalam berlima, berlima-lima dan kelima-lima

1. kata yg bergabung dgn imbuhan ber­- utk menyatakan diri membuat sesuatu; ber­sibisu berbuat spt orang bisu (berbuat-buat bisu); bersitidak tahu berpura-pura tidak tahu; 2. kata yg bergabung dgn imbuhan ber- dan ­-an utk menyatakan saling berbuat sesuatu; bersipandangan berpandang-pandangan.

Tatabahasa17.03.2010
Apakah kata bilangan himpunan bagi sebelas orang? Contohnya, kata bilangan himpunan bagi lima orang ialah kelima-lima orang. Adakah kata bilangan himpunan bagi sebelas orang ialah kesebelas-belas orang? Hal ini kerana apabila saya merujuk Kamus Dewan edisi keempat, “kesebelas-belas” itu tidak terdapat dalam masukan Kamus Dewan. Yang ada ialah “kesebelasan”. Namun demikian, maksud “kesebelasan” yang diberikan ialah pasukan bola sepak dan lain-lain (yang terdiri daripada 11orang). Contoh ayat yang diberikan dalam Kamus Dewan bagi masukan tersebut ialah “Pertandingan antara pasukan polis dengan kesebelasan Pulau Pinang. Saya menghadapi kekeliruan dan tidak tahu apakah perkataan yang harus digunakan untuk merujuk kata bilangan himpunan bagi sebelas orang. Contohnya dalam ayat, “Jeneral tentera sedang mengamat-amati (kata bilangan himpunan bagi sebelas orang) orang askar itu.” Apakah perkataan yang digunakan untuk merujuk jumlah sebelas orang askar dalam ayat tersebut, yakni kata bilangan himpunan bagi sebelas orang askar dalam ayat tersebut? Mohon tunjuk ajar. Terima kasih.

Encik Boh,

Penggunaan yang betul bagi kata bilangan ini ialah 'kesebelas-sebelas' atau kesebelasan.

Tatabahasa07.06.2010
Would you translate "Five samples per tree" as "Lima sampel per pokok", or "Lima sampel sepokok"?Cadangan terjemahan yang sesuai ialah "Lima sampel setiap pokok".Lain-lain13.04.2022
Would you translate Five sample per tree as Lima sampel per pokok, or Lima sampel sepokok?Jawapan yang sesuai berdasarkan ayat tersebut ialah "Lima sampel setiap pokok".Lain-lain13.04.2022
Beliau telah dijatuhkan hukuman penjara lima tahun. Dia telah dijatuhi hukuman penjara lima tahun. Antara dua ayat di atas yang mana satu tepat?Ayat yang lebih tepat ialah "Dia telah dijatuhi hukuman penjara lima tahun".Tatabahasa23.08.2015
Bagaimana cara tuliosan yang betul bagi nilai wang. Terdapat beberapa versi tulisan, sebagai contoh: i)Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu dan Lima Puluh Sen (RM20,000.50); ii) Ringgit Dua Puluh Ribu dan Lima Puluh Sen (RM20,000.50); iii) Ringgit Malaysia: Dua Puluh Ribu dan Lima Puluh Sen (RM20,000.50) Jika dilihat kepada Akta Mata Wang (Ringgit) 1975, sebutan bagi mata wang Malaysia ialah "ringgit" dan bukannya "Ringgit Malaysia". Manakala, dalam Akta Mata Wang 2020, cara penulisan nilai wang dalam akta tersebut ialai "lima puluh ringgit", "tiga ribu ringgit". Jadi cara yang manakah yang paling tepat untuk menulis nilai wang dalam perkataan terutama dalam draf perjanjian Kerajaan. Terima kasih.Dalam penulisan, yang betul ialah  ( Ringgit Malaysia : Dua Puluh Ribu dan Lima Puluh Sen Sahaja) tetapi dalam pertuturan dan pengacaraan  lazimnya disebut  Dua Puluh Ribu dan Lima Puluh Sen atau boleh juga disebut Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu dan Lima Puluh Sen.Tatabahasa21.10.2020
12345678910...

Kembali ke atas