Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.mau] | ليماو

Definisi : sj tumbuhan (pokok atau pokok renek dan buahnya); ~ abung = ~ bali sj tumbuhan (pokok), Citrus maxima; ~ besar sj tumbuhan (pokok), Citrus grandis; ~ cuwit sj tumbuhan (pokok), Citrus microcarpa; ~ hantu sj tumbuhan (pokok), a) Citrus macroptera; b) Atalantia spinosa; c) Gelonium glomeratum; ~ hijau sj tumbuhan (pokok), Citrus suhuiens; ~ kapas sj tumbuhan (pokok), Citrus aurantifolia; ~ kaya (kelinket, kerinket, kerisik) sj tumbuhan (pokok), Triphasia trifolia; ~ kesturi sj tumbuhan (pokok), Citrus microcarpa; ~ kesturi bukit (pagar) sj tumbuhan (pokok), Citrus swinglei; ~ kiah (kikir, kingkip, kingkit) sj tumbuhan (pokok), Triphasia trifolia; ~ kopek sj tumbuhan (pokok), Citrus suhuiensis; ~ langir air yg dicampur dgn kulit limau (purut) dan bunga-­bungaan utk berlangir; ~ lelang (lilang) sj tumbuhan (pokok), Paramignya angulata; ~ manis sj tumbuhan (pokok), Citrus nobilis, Citrus suhuiensis; ~ mata kerbau = ~ nipis (kapas, susu), a) Citrus medica; b) Citrus aurantifolia; ~ purut sj tumbuhan (pokok), Citrus hystrix; ~ masak sebelah, perahu karam sekerat prb hukuman atau aturan yg tidak adil (memilih-­milih orang kerana kedudukan atau kekaya­an); mengajar ~ berduri prb mengajar orang yg telah pandai; spt ~ masak seulas prb mem­punyai kelebihan drpd orang lain; berlimau mandi dgn air yg telah dicampur dgn kulit limau dan bunga-bungaan: sudah lalu bersiram, langsung ~, berbedak, cukup kasai yg tujuh; melimaui 1. menyirami (memandikan) dgn air limau; 2. ki mencerca orang lain; pelimau ark rumah tempat mandi berlimau (biasanya utk raja-raja bersiram). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.mau] | ليماو

Definisi : beberapa jenis pokok atau buahnya. ~ abung (bali) limau yg buahnya besar dan manis, Citrus maxima. ~ kesturi limau yg buahnya berkulit tipis dan lembut, Citrus microcarpa. ~ manis limau yg buahnya manis, Citrus nobilis (suhuiensis). ~ nipis limau yg buahnya masam dan berkulit tipis, Citrus medica (aurantifolia). ~ oren sj limau yg buahnya berkulit tebal dan berwarna jingga, Citrus sinensis. ~ purut limau yg buahnya bergerutu, Citrus hystrix. berlimau mandi dgn air yg telah dicampurkan buah limau dan bunga-bungaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata limau

Puisi
 

Limau purut limau sembawa,
     Limau manis tibak-tibakkan;
Akan turut tidak dibawa,
     Tinggal menangis sidak-sidakkan.


Lihat selanjutnya...(57)
Peribahasa

Kecil-kecil lada api,
     besar-besar limau abung.

Bermaksud :

Meskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kecil-kecil anak harimau, b. Kecil-kecil cabai rawit, c. Kecil-kecil cili Melaka). limau abung = sebangsa limau besar.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Buah limau dengan angkatannyaSalwani AmirDewan Pelajar1 November 1982
Kopi dangdut limau SunkisJasni MatlaniWadah1 June 2008
"Paku Payung dan Limau Mandarin" Kaya dengan Unsur Kemanusiaan dan MesejSharif PuteraDewan Sastera1 March 2002
Aku, Pengawal Hotel, Penjual Limau, dan DiaKamaruzaman OthmanDewan Masyarakat1 April 1998
Konflik Perasaan dalam "Paku Payung dan Limau Mandarin" dan "Mereka Tidak Mengerti"Sharif PuteraDewan Sastera1 July 2003
Cordoba Di Sela-sela Haruman Bunga LimauChe Mahzan AhmadDewan Budaya1 September 2000
Konflik perasaan dalam "Paku Payung dan Limau Mandarin" dan "Mereka Tidak Mengerti"Sharif PuteraDewan Sastera (Mekar Sastera)1 July 2003
Warna-warna dalam citra pendidikan dalam "Paku Payung dan Limau Mandarin"Sharif PuteraDewan Sastera (Mekar Sastera)1 December 2003

Kembali ke atas