Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.mau] | ليماو

Definisi : sj tumbuhan (pokok atau pokok renek dan buahnya); ~ abung = ~ bali sj tumbuhan (pokok), Citrus maxima; ~ besar sj tumbuhan (pokok), Citrus grandis; ~ cuwit sj tumbuhan (pokok), Citrus microcarpa; ~ hantu sj tumbuhan (pokok), a) Citrus macroptera; b) Atalantia spinosa; c) Gelonium glomeratum; ~ hijau sj tumbuhan (pokok), Citrus suhuiens; ~ kapas sj tumbuhan (pokok), Citrus aurantifolia; ~ kaya (kelinket, kerinket, kerisik) sj tumbuhan (pokok), Triphasia trifolia; ~ kesturi sj tumbuhan (pokok), Citrus microcarpa; ~ kesturi bukit (pagar) sj tumbuhan (pokok), Citrus swinglei; ~ kiah (kikir, kingkip, kingkit) sj tumbuhan (pokok), Triphasia trifolia; ~ kopek sj tumbuhan (pokok), Citrus suhuiensis; ~ langir air yg dicampur dgn kulit limau (purut) dan bunga-­bungaan utk berlangir; ~ lelang (lilang) sj tumbuhan (pokok), Paramignya angulata; ~ manis sj tumbuhan (pokok), Citrus nobilis, Citrus suhuiensis; ~ mata kerbau = ~ nipis (kapas, susu), a) Citrus medica; b) Citrus aurantifolia; ~ purut sj tumbuhan (pokok), Citrus hystrix; ~ masak sebelah, perahu karam sekerat prb hukuman atau aturan yg tidak adil (memilih-­milih orang kerana kedudukan atau kekaya­an); mengajar ~ berduri prb mengajar orang yg telah pandai; spt ~ masak seulas prb mem­punyai kelebihan drpd orang lain; berlimau mandi dgn air yg telah dicampur dgn kulit limau dan bunga-bungaan: sudah lalu bersiram, langsung ~, berbedak, cukup kasai yg tujuh; melimaui 1. menyirami (memandikan) dgn air limau; 2. ki mencerca orang lain; pelimau ark rumah tempat mandi berlimau (biasanya utk raja-raja bersiram). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.mau] | ليماو

Definisi : beberapa jenis pokok atau buahnya. ~ abung (bali) limau yg buahnya besar dan manis, Citrus maxima. ~ kesturi limau yg buahnya berkulit tipis dan lembut, Citrus microcarpa. ~ manis limau yg buahnya manis, Citrus nobilis (suhuiensis). ~ nipis limau yg buahnya masam dan berkulit tipis, Citrus medica (aurantifolia). ~ oren sj limau yg buahnya berkulit tebal dan berwarna jingga, Citrus sinensis. ~ purut limau yg buahnya bergerutu, Citrus hystrix. berlimau mandi dgn air yg telah dicampurkan buah limau dan bunga-bungaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata limau

Puisi
 

Limau purut limau sembawa,
     Limau manis tibak-tibakkan;
Akan turut tidak dibawa,
     Tinggal menangis sidak-sidakkan.


Lihat selanjutnya...(57)
Peribahasa

Kecil-kecil lada api,
     besar-besar limau abung.

Bermaksud :

Meskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kecil-kecil anak harimau, b. Kecil-kecil cabai rawit, c. Kecil-kecil cili Melaka). limau abung = sebangsa limau besar.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ice honey lemon tea dalam bahasa malaysia ialah teh madu limau ais, teh limau madu ais atau teh limau ais madu?
Padanan yang sesuai ialah teh limau madu ais.
Lain-lain02.11.2018
Salam, apakah ejaan yang betul untuk 'limau kasturi'? Dalam kamus dewan edisi keempat ditulis limau kesturi, tetapi masyarakat umum lebih serasi dengan ejaan limau kasturi. Adakah salah jika saya gunakan limau kasturi?Terima kasih.Ejaan yang betul ialah limau kesturi seperti dalam Kamus Dewan Edisi Empat.Ejaan23.09.2013
Salam sejahtera, 1. Apakah perbezaan antara limau dan oren ? 2. Kalau ada perbezaan,bagaimanakah kita dapat menjelaskan perbezaannya kepada murid ? Terima kasih.

"Limau" ialah buah yang berbentuk bulat, bulat leper atau bujur berulas, banyak air dan berasa masam-masam manis atau manis. Terdapat pelbagai jenis limau seperti limau bali, limau nipis, limau purut dan lain-lain lagi. "Oren" pula ialah buah yang sederhana besar, berkulit tebal berwarna jingga, berasa masam-masam manis, biasanya dimakan mentah dan dibuat jus. Secara keseluruhannya, tidak banyak perbezaan antara kedua-duanya.
Tatabahasa27.11.2022
nak tanya berkenaan dengan peribahasa iaitu "limau masak sebelah, perahu karam sekerat" dan maksudnya pertimbangan tidak adil.. lambang limau merujuk kepada apa? adakah merujuk kpd orang miskin dan perahu merujuk kpda orang kaya? tq....Limau tidak melambangkan orang miskin dan perahu tidak merujuk orang kaya.  Sebenarnya peribahasa "Limau masak sebelah" sahaja sudah memadai untuk membawa maksud hukuman yang tidak adil, iaitu hukuman yang dijatuhkan mengikut kedudukan atau taraf seseorang pesalah.  Frasa "Perahu karam sekerat" adalah penguat kepada peribahasa "Limau masak sebelah" ini. "Perahu karam sebelah" juga boleh berdiri sendiri dan membawa maksud yang sama juga.Makna10.03.2014
Salam sejahtera, 1. Beliau guru matematik dan sejarah saya. (dalam ayat ini, matematik dan sejarah digolongkan dalam kata nama khas?) 2. mengupas limau /mengupas kulit limau (yang mana satu lebih sesuai digunakan?) Sekian, terima kasih.

Waalaikumussalam,

1. Perkataan matematik dan sejarah bukan kata nama khas dan perlu dieja dengan huruf kecil

2. Manurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud mengupas ialah membuang atau menanggalkan kulit sesuatu. Maka mengupas kulit limau adalah betul. 

Tatabahasa21.02.2020
mohon semak ayat dan ejaan: Bapa saya Ini bapa saya. Bapa saya bernama Musa. Bapa saya suka baca buku. Bapa saya guru. Guru suka baca buku. Musa suka baca buku. --------- Mama saya Ini mama saya. Mama suka hati. Bapa beli baju baharu. Bapa beli pasu baharu. Bapa beli meja baharu. Bapa beli sofa baharu. Mama suka hati. -------- Guru saya Ini guru saya. Mari baca buku. Kami suka baca buku. Guru suka hati. Kami pula geli hati. ------ Geli hati Yaya belajar kira-kira. Satu, lima jadi lima. Kami geli hati. “Kamu kira lagi”, kata cikgu. “Kamu kena kira lagi”, ulang cikgu. Yaya kira lagi. “Satu tambah lima jadi enam”, kata Yaya. “Yaya bijak!”, kata cikgu. ------- Hari Jadi Yaya. Hari ini hari Selasa. Hari ini hari jadi Yaya. Yaya suka hati. Bapa bagi buku. Mama beli baju lawa. Adik pula beri lima rama-rama. Yaya suka hati. ----- Meja makan baharu Ini meja. Ini meja makan. Ini meja makan baharu. Meja makan ini ada lapan kerusi. Meja makan ini besar. Papa beri kepada mama. “Terima kasih, papa,” kata mama. ------ Apa dalam Bakul? Mama, apa dalam bakul? Dalam bakul ada baju. Dalam bakul ada buku. Dalam bakul ada bola. Boleh saya lihat? Boleh. ----- Limau Cuba rasa limau ini. Saya suka limau. Limau rasa manis. Limau rasa sedap. Tetapi, Ada limau rasa masam. Ada limau rasa pahit? Ada, limau busuk. Kami geli hati. Ada limau rasa masin? Ada, limau kena garam. Kami ketawa.Soalan saudara/ saudari tidak jelas.Tatabahasa30.06.2010
Baru-baru ini, murid saya telah diberitahu oleh penceramah bahawa penggunaan kata " teh o ais limau " itu salah. Penggunaan yang tepat ialah " teh o limau ais ". Benarkah begitu ? Terima kasih.Frasa yang betul ialah  "teh o limau ais".Istilah26.05.2010
Bolehkah "limau nipis" digunakan sebagai terjemahan unutk "key lime"?Limau nipis boleh digunakan sebagai padanan bahasa Melayu bagi ''key lime''.Lain-lain17.12.2020
1. Puan Sarah berada di hadapan gerai untuk memilih buah limau. 2. Puan Sarah berada di hadapan gerai sambil memilih buah limau. Ayat manakah yang betul?sila berikan penjelasan jika penggunaan kata hubung itu salah. Terima kasih

Ayat yang betul ialah  “Puan Sarah berada di hadapan gerai untuk memilih buah limau.”

Kata hubung “sambil” tidak tepat untuk ayat ini kerana perkataan ini sesuai digunakan untuk menunjukkan dua aktiviti yang dilaksanakan serentak.

Tatabahasa06.02.2024
saya Elizabeth Janie anak Silai pelajar Akademi Pengajian Bahasa UiTM Shah Alam... nak tanya berkenaan dengan peribahasa iaitu "limau masak sebelah, perahu karam sekerat" dan maksudnya pertimbangan tidak adil.. lambang limau merujuk kepada apa? adakah merujuk kpd orang miskin dan perahu merujuk kpda orang kaya? tq....saya Elizabeth Janie anak Silai pelajar Akademi Pengajian Bahasa UiTM Shah Alam... nak tanya berkenaan dengan peribahasa iaitu "limau masak sebelah, perahu karam sekerat" dan maksudnya pertimbangan tidak adil.. lambang limau merujuk kepada apa? adakah merujuk kpd orang miskin dan perahu merujuk kpda orang kaya? tq....Makna10.03.2014
123

Kembali ke atas