Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.mau] | ليماو

Definisi : sj tumbuhan (pokok atau pokok renek dan buahnya); ~ abung = ~ bali sj tumbuhan (pokok), Citrus maxima; ~ besar sj tumbuhan (pokok), Citrus grandis; ~ cuwit sj tumbuhan (pokok), Citrus microcarpa; ~ hantu sj tumbuhan (pokok), a) Citrus macroptera; b) Atalantia spinosa; c) Gelonium glomeratum; ~ hijau sj tumbuhan (pokok), Citrus suhuiens; ~ kapas sj tumbuhan (pokok), Citrus aurantifolia; ~ kaya (kelinket, kerinket, kerisik) sj tumbuhan (pokok), Triphasia trifolia; ~ kesturi sj tumbuhan (pokok), Citrus microcarpa; ~ kesturi bukit (pagar) sj tumbuhan (pokok), Citrus swinglei; ~ kiah (kikir, kingkip, kingkit) sj tumbuhan (pokok), Triphasia trifolia; ~ kopek sj tumbuhan (pokok), Citrus suhuiensis; ~ langir air yg dicampur dgn kulit limau (purut) dan bunga-­bungaan utk berlangir; ~ lelang (lilang) sj tumbuhan (pokok), Paramignya angulata; ~ manis sj tumbuhan (pokok), Citrus nobilis, Citrus suhuiensis; ~ mata kerbau = ~ nipis (kapas, susu), a) Citrus medica; b) Citrus aurantifolia; ~ purut sj tumbuhan (pokok), Citrus hystrix; ~ masak sebelah, perahu karam sekerat prb hukuman atau aturan yg tidak adil (memilih-­milih orang kerana kedudukan atau kekaya­an); mengajar ~ berduri prb mengajar orang yg telah pandai; spt ~ masak seulas prb mem­punyai kelebihan drpd orang lain; berlimau mandi dgn air yg telah dicampur dgn kulit limau dan bunga-bungaan: sudah lalu bersiram, langsung ~, berbedak, cukup kasai yg tujuh; melimaui 1. menyirami (memandikan) dgn air limau; 2. ki mencerca orang lain; pelimau ark rumah tempat mandi berlimau (biasanya utk raja-raja bersiram). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.mau] | ليماو

Definisi : beberapa jenis pokok atau buahnya. ~ abung (bali) limau yg buahnya besar dan manis, Citrus maxima. ~ kesturi limau yg buahnya berkulit tipis dan lembut, Citrus microcarpa. ~ manis limau yg buahnya manis, Citrus nobilis (suhuiensis). ~ nipis limau yg buahnya masam dan berkulit tipis, Citrus medica (aurantifolia). ~ oren sj limau yg buahnya berkulit tebal dan berwarna jingga, Citrus sinensis. ~ purut limau yg buahnya bergerutu, Citrus hystrix. berlimau mandi dgn air yg telah dicampurkan buah limau dan bunga-bungaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata limau

Puisi
 

Limau purut limau sembawa,
     Limau manis tibak-tibakkan;
Akan turut tidak dibawa,
     Tinggal menangis sidak-sidakkan.


Lihat selanjutnya...(57)
Peribahasa

Kecil-kecil lada api,
     besar-besar limau abung.

Bermaksud :

Meskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kecil-kecil anak harimau, b. Kecil-kecil cabai rawit, c. Kecil-kecil cili Melaka). limau abung = sebangsa limau besar.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
citronlimau sitronHerbaFitoterapiLimau yang tergolong dalam spesies Citrus medica. Spesies ini mengandungi beberapa varieti yang agak berbeza seperti limau kapas, limau susu, limau jari buddha dan limau mata kerbau. Limau sitron mempunyai khasiat perubatan untuk sakit kepala, sakit berkaitan gangguan fikiran dan menjadi salah satu bahan dalam pembuatan kosmetik.
fingered citronlimau kuku harimauHerbaFitoterapiSalah satu jenis atau varieti limau sitron (Citrus medica) yang juga dikenali sebagai limau jari buddha. Limau kuku harimau berbentuk bujur panjang dan hujungnya menyerupai bentuk jari. Limau ini sering digunakan dalam perubatan tradisional.
citrus stubborn diseasepenyakit degil sitrusBiologiPatologiPenyakit pohon limau, terutamanya limau manis, yang disebabkan oleh mikoplasma Spiroplasma citri. Tumbuhan yang terjangkit tumbuh lebih tegak ke atas, bantut kerana ruasnya lebih pendek dan lebih banyak menghasilkan tunas. Kulit kayunya tebal dan kadang-kadang menunjukkan lubang-lubang yang kecil.
globoseglobosHerbaBotani dan BioteknologiBentuk buah seperti bola. Contohnya, limau nipis dan limau kasturi.
citric acidasid sitrikBioteknologiTiadaAcid yang terdapat dalam buah limau atau jus limau. Asid ini juga dapat dihasilkan secara fermentasi oleh Aspergillus niger pada suhu 30oC dengan menggunakan medium molasa. Asid ini digunakan sebagai asidulan dalam minuman ringan, kuih, dan juga sebagai agen pengkompleks dengan logam.
zestkulit limauPentadbiran PerniagaanTiadaKulit limau: Kulit nipis buah sitrus yang tidak termasuk bahagian di antara kulit dan isi yang berwarna putih.
citron peelhalwa kulit limauPentadbiran PerniagaanTiadaKulit limau yang dimasak di dalam sirap pekat sehingga menjadi lut sinar sebelum ditapis dan dikeringkan.
cotton citronlimau kapasHerbaFitoterapiSalah satu jenis atau varieti limau sitron (Citrus medica). Daunnya boleh dijadikan ubat pupuk untuk sakit ngilu kepala, iaitu sakit kepala yang teruk.
orange grovedusun limauGeografiTiadaLadang yang ditanam dengan buah limau sebagai tanaman jualan.
grapefruit knifepisau limauPentadbiran PerniagaanTiadaPisau untuk membelah buah-buahan jenis limau.
12345678910

Kembali ke atas