Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lim.bu.ngan] | ليمبوڠن

Definisi : 1. kawasan berpagar di pantai tempat melabuhkan perahu atau tempat mandi; 2. = limbungan kapal galangan kapal (tempat memperbaiki kapal dll), dok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lim.bu.ngan] | ليمبوڠن

Definisi : galangan kapal; tempat membaiki kapal dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata limbungan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohd Fazli Bin Abdullah Mohon pandangan DBP. Kata swafoto sudah ada lama dalam bahasa Indonesia. Gabungan dari kata swa + foto. Bererti kata swa secara tunggal bawa maksud sesuatu yg bersifat sendiri (apakah itu berasal dari kata swasta?). Indonesia juga terjemahkan istilah 'self-service' sebagai swalayan. Saya tertarik dengan cara Indonesia yg pelbagaikan kata swa untuk istilah-istilah lain yg bersifat personal. Di Malaysia, kita masih terjemahkan 'self-service', sebagai layan diri. Jadi apakah kata swa, tidak membawa apa-apa erti menurut pandangan DBP?1. Untuk makluman tuan, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "swa" merupakan awalan asing (sanskrit) yang bermaksud sendiri. Perkataan "foto" juga telah lama diterima dan bahasa Melayu dan telah meluas penggunaannya. Oleh sebab itu, DBP menerima istilah swafoto sebagai padanan untuk perkataan bahasa Inggeris "selfie". 2. Tidak ada maklumat tentang etimologi kata swasta dalam pangkalan data kami. Jika dirujuk maksud swa ialah awalan asing yang bermaksud sendiri, namun tidak dapat dikaitkan dengan maksud asta untuk pembentukan kata baharu itu. 3. Dalam bahasa Melayu penggunaan awalan "swa" digunakan seperti "limbungan swa-apung" padanan terjemahan "self-docking dock", hipotesis swa-penanda untuk padanan "self-marker hypothesis". Selain kata pinjaman, ada kata Melayu yang sama maksudnya dengan swa- iaitu "kendiri" bagi padanan kata "self" dalam bahasa Inggeris, contohnya self-regulatory policy - dasar peraturan kendiri, self-management - pengurusan kendiri. 4.Sekiranya tuan memerlukan maklumat lanjut mengenai cara pembentukan istilah bahasa Melayu, sila rujuk kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, Dewan Bahasa dan Pustaka.Istilah08.06.2017
Assalamualaukum/Selamat pagi, Tuan/Puan/Cik, Saya dengan sukacitanya merujuk perkara di atas memaklumkan bahawa terdapat penggunaan bagi kosa kata "Pengkalan" dan "Pangkalan" yang digunakan bagi merujuk kepada pejabat cawangan kami. Sebagai contoh Pengkalan/Pangkalan Sri Aman dan lain-lainnya. Sebagai pengguna, saya keliru yang mana satu daripadanya boleh digunapakai sebagai kosa kata yang tepat. Apa yang saya ketahui perkataan "Pengkalan" tidak terkandung dalam daftar rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka melainkan perkataan" Pengkal" sahaja, yang saya fahami digunakan untuk awalan atau terbitan bagi sesuatu objek. Saya memohon khidmat nasihat pihak tuan bagi membetulkan penggunaan kosa kata ini, seterusnya membetulkan penggunaannya untuk tujuan pejabat cawangan kami secara tepat. Penjelasan daripada pihak tuan akan kami jadikan sebagai rujukan rasmi. Sekian, terima kasih. Yang benar, AFFANDDY BIN NARANI Eksekutif, Padiberas Nasional Berhad, Pejabat Wilayah Sarawak. Kuching.

Perkataan yang betul ialah "pangkalan", iaitu dari kata dasar pangkal dan mendapat akhiran -an. Pangkalan membawa pelbagai maksud: 1. perhentian: hentian, stesen, terminal, persinggahan, transit, pelabuhan, limbungan, jeti, tambatan dan pelantar; dan 2. ibu pejabat: markas, depo, kem dan pusat. Lihat Tesaurus Bahasa Melayu Dewan, halaman 619. Pengkal ialah kata lama yang bermaksud pingkal dan tidak ada kata terbitan yang wujud daripada kata pengkal.

Tatabahasa21.07.2011

Kembali ke atas