Talasemia ialah penyakit darah secara keturunan
yang menyebabkan anemia. Penyakit ini terjadi
terutamanya pada kanak-kanak yang keturunannya
berasal dari kawasan Mediterranean. Talasemia
juga terjadi pada orang Amerika kulit hitam dan
sesetengah orang Asia dan Timur Tengah.
Tubuh kanak-kanak yang menghidap talasemia
tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang
mencukupi, iaitu pigmen yang memberikan warna
merah pada sel darah. Hemoglobin juga membawa
oksigen ke tisu tubuh. Kekurangan hemoglobin
menyebabkan organ mangsa kekurangan oksigen
yang diperlukan. Gejala talasemia wujud semasa
kelahiran atau muncul kira-kira enam bulan
kemudian. Gejala ini termasuk kulit pucat, keletihan,
kerengsaan, selera terjejas, dan pertumbuhan
terencat. Kanak-kanak yang terlibat mempunyai
jantung, hati dan limpa yang membesar. Penyakit ini
juga mencacatkan dan melemahkan tulang tertentu,
khususnya tulang di bahagian muka.