Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lim.pa] | ليمڤا

Definisi : organ vaskular yg terletak dekat perut, yg membentuk limfosit, mengeluarkan anti­bodi, membantu memusnahkan sel darah merah yg telah rosak, dan menyaring bakteria dan zarah-zarah asing dr darah, kura; ~ kecil = anak ~ hempedu; berlimpa ada limpa; tidak ~ ki tidak ber­perasaan, tidak berhati perut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lim.pa] | ليمڤا

Definisi : organ dlm tubuh (di sebelah kiri perut) yg mengeluarkan cecair yg dpt menolong penghadaman makanan dan pembersihan darah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata limpa


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
spleenlimpaVeterinarPraklinikalOrgan limfoid yang berkaitan dengan sistem edaran. Limpa terletak di kranial kiri abdomen dan terlekat pada perut melalui tisu penyambung atau ligamen gastrosplenik. Fungsi limpa adalah sebagai penyimpan darah; pembuang zarah daripada sistem edaran dan menyaring eritrosit abnormal.
spleenlimpaBiologiHistologi dan SitologiOrgan vaskular vertebrat yang menghasilkan limfosit (sel darah putih) dan juga menjadi tempat sel darah merah dimusnahkan, lalu membebaskan hemoglobin dan ditukarkan menjadi bilirubin di dalam hati. Limpa juga bertindak sebagai takungan darah dan berfungsi membentuk sel darah merah yang baru di dalam fetus dan bayi.
Hodgkin' diseasepenyakit HodgkinPerubatanTiadaSejenis penyakit yang puncanya tidak diketahui, yang dicirikan dengan pembesaran kelenjar limpa, hiperplasia pada tisu limfoid limpa, hati dan organ lain, anemia dan demam.
Hodgkin�s diseasepenyakit HodgkinPerubatanTiadaSejenis penyakit yang puncanya tidak diketahui, yang dicirikan dengan pembesaran kelenjar limpa, hiperplasia pada tisu limfoid limpa, hati dan organ lain, anemia dan deman. Ciri histologi yang tipikal bagi penyakit ini ialah wujudnya sel Reed-Sternberg. Lihat juga demam Pel-Ebstein.
white pulppulpa putihBiologiHistologi dan SitologiTisu retikulum limpa yang mengeliling dan menyokong anteri, yang banyak mengandungi limfosit dan kadangkala berkembang menjadi nodul limfa yang mungkin mengandungi pusat germa limpa.
red pulppulpa merahBiologiHistologi dan SitologiJaringan gentian retikulum yang selanjar dengan gentian kolagen trabekul dan kapsul limpa, yang biasanya tereltak di antara sinusoid limpa.
pancreaspankreasPerubatanTiadaKelenjar besar yang memanjang dan terletak melintang di belakang gaster, di antara limpa dengan duodenum. Kelenjar ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu kepala yang merupakan bahagian terbesar dan mengarah ke bawah, badan, iaitu bahagian tengah, dan ekor, iaitu bahagian yang melintang dan berakhir berdekatan dengan limpa. Kelenjar ini menjalankan fungsi endokrin dan eksokrin. Rembesan eksokrinnya terdiri daripada jus pankreas yang mengandungi berbagai-bagai enzim pencernaan; rembesan ini dirembeskan ke dalam duodenum. Rembesan endokrinnya terdiri daripada hormon insulin dan glukagon yang dirembeskan terus ke dalam darah; insulin dirembeskan oleh sel b, manakala glukagon pula dirembeskan oleh sel c. Kedua-dua hormon ini terlibat dalam pengawalaturan metabolisme karbohidrat.
miltlimpa; miltaPerikananTiadaTiada
spleenlimpaPerubatanTiadaOrgan berbentuk seperti kura-kura yang terletak di bahagian atas dan kiri abdomen. Organ ini berfungsi dalam pemusnahan sel darah merah, penapisan dan penyimpanan darah serta penghasilan limfosit.
beef sweetbreadlimpa lembuSosiologiTiadaStruktur di dalam tubuh lembu, iaitu di antara perut dan usus kecil sebagai makanan.
123456789

Kembali ke atas