Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lim.pah] | ليمڤه

Definisi : 1. = melimpah tumpah keluar kerana terlalu banyak atau terlalu penuh (cecair dll): air yg di dlm tempayan itu terlalu banyak hingga ~; ~-ruah terlalu banyak keluar kerana terlalu penuh; 2. ki terlalu banyak hingga berlebih-lebih (kemudahan, rezeki, kasih sayang, dll): ampun dan kurnia Duli Yang Dipertuan ~lah; 3. ki baik atau murah hati: hanya Tuhan dgn ~ kasihan-Nya, yg akan dapat menolong beliau; berlimpah-limpah 1. terlalu banyak tumpah kerana penuh; 2. terlalu banyak atau ramai (orang dll): bahan makanan ~; melimpah 1. tumpah keluar kerana terlalu banyak atau terlalu penuh (cecair dll): darah pun spt sebak penuh ~ di dlm kota Singapura itu; 2. = melimpah-limpah ki terlalu banyak hingga berlebih-lebih atau tidak termuat, banyak sekali: dlm pertengahan kedua abad ke-18, bangsa asing telah datang melimpah-limpah ke Tanah Melayu; 3. ki turun kpd, datang kpd, diwarisi oleh anak (tentang perangai dll): hanya sisa-sisanya yg jatuh ke tangan orang kita, ~ ke negeri kita ini; melimpahi 1. melimpah ke (kpd): padang bola maktab itu dilimpahi air; 2. ki bermurah hati kpd, mengurniai seseorang: semoga Allah ~nya rezeki dan bahagia hidupnya; melimpahkan 1. menjadikan melimpah, menumpahkan: isi padu air yg dilimpahkan oleh penyumbat itu sama dgn isi padu penyumbat juga; ~ air mata; 2. menge­luarkan banyak-banyak, mencurahkan banyak­banyak: ~ kasih sayang; ~ perhatian kpd per­kembangan pemakaian bahasa Kebangsaan; 3. memberikan banyak-banyak, mengurniakan banyak-banyak, menghadiahkan banyak-banyak: Tuhan yg ~ rahmat kpd hamba-Nya yg ber­usaha dan sabar; limpahan sesuatu yg melimpah atau yg dilimpahkan: kamu sekalian yg makan drpd ~ kemurahan raja bapa aku itu tidak patut sekali membuat aku begini; kelimpahan 1. perihal limpah, ketumpahan banyak-banyak: agak seketika didengarnya bunyi air ~; 2. diberi (dikurniakan dll) banyak-banyak, menerima (kurnia dll) banyak-banyak; 3. kelimpahmewahan; pelimpahan perihal (proses) melimpahkan sesuatu: proses ~ ini tidak memerlukan agen perantara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lim.pah] | ليمڤه

Definisi : 1 terlalu banyak sehingga ada yg mengalir keluar (ttg benda-benda cair): ~ ruah banyak sekali yg mengalir keluar kerana bekasnya sudah penuh. 2 berlebih-lebih (ttg pemberian dsb): ~ mewah banyak sekali. 3 ki (sifat) murah hati: Patik menjunjung kasih atas belas kasihan dan ~ tuanku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
limpah
Kata Terbitan : berlimpah-limpah, melimpah-limpah, melimpah, melimpahkan, limpahan,

Puisi
 

Anak perawan manis dan cantik,
     Kena pula merah bibirnya;
Matilah kuman kena belantik,
     Sekalian alam limpah darahnya.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
keselamatan. Kawasan rangkaian di luar garisan adalah dianggap berbahaya dan sebarang paket rangkaian dari luar mesti diperiksa untuk menentukan sama ada paket boleh masuk atau tidak berpandukan dasar keselamatan rangkaian. limpah atas penimbal (Ig. buffer overflow;Br. limpahan penimbal; Id. luapan penyangga) Keadaan ketika suatu atur cara atau proses cuba menyimpan data yang melebihi kapasiti penimbal. Lebihan data ini akan melimpah record rekod but boot sector infector (BSI) penjangkit sektor but boot sector virus virus sektor but boot sector sektor but Boot but brute force attack serangan hentam kromo buffer overflow limpah atas penimbal business continuity plan pelan kesinambungan perniagaan C call back panggil semula cascade effect kesan lata certificate authority autoriti perakuan certificate expiry tamat tempoh perakuan certificate renewal pembaharuan perakuan

Kembali ke atas