(me)limpah ruah | a) terlampau penuh sehingga tumpah-tumpah; b) penuh sangat, penuh sekali; c) terlampau banyak, berlebih-lebih, berlimpah-limpah, limpah, mewah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
(ber)tumpah ruah | = (me)limpah ~ = penuh ~ a) terlampau penuh sehingga tumpah-tumpah; b) penuh sangat, penuh sekali; c) terlampau banyak, berlebih-lebih, berlimpah-limpah, limpah, mewah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ruah I | ; (ber)tumpah ~ = (me)limpah ~ = penuh ~ a) terlampau penuh sehingga tumpah-tumpah; b) penuh sangat, penuh sekali; c) terlampau banyak, berlebih-lebih, berlimpah-limpah, limpah, mewah; meruah 1. Kd, bk membuang air besar (kecil), berak, kencing; 2. Kd membuang-buang air; meruahkan mencurahkan, melimpahkan, menumpahkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penuh ruah | a) terlampau penuh sehingga tumpah-tumpah; b) penuh sangat, penuh sekali; c) terlampau banyak, berlebih-lebih, berlimpah-limpah, limpah, mewah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
limpah | 1 terlalu banyak sehingga ada yg mengalir keluar (ttg benda-benda cair): ~ ruah banyak sekali yg mengalir keluar kerana bekasnya sudah penuh. 2 berlebih-lebih (ttg pemberian dsb): ~ mewah banyak sekali. 3 ki (sifat) murah hati: Patik menjunjung kasih atas belas kasihan dan ~ tuanku. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
limpah mewah | ; kelimpahmewahan keadaan yg mewah atau berlebih-lebihan, kemewahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
limpah bawah ciri(characteristic underflow) | Keadaan dalam aritmetik titik terapung apabila terjadi percubaan untuk membentuk nilai ciri yang lebih kecil daripada nombor yang ditetapkan. | Kamus Komputer |
limpah bawah(underflow) | Keadaan yang wujud apabila pengiraan komputer menghasilkan nilai yang lebih kecil daripada nilai terkecil yang boleh dipaparkan oleh komputer. | Kamus Komputer |
limpah atas cirian(characteristic overflow) | Keadaan dalam aritmetik titik terapung apabila terjadi percubaan untuk membentuk nilai ciri yang lebih besar daripada nombor yang ditetapkan. | Kamus Komputer |
melimpah-limpah | ki terlalu banyak hingga berlebih-lebih atau tidak termuat, banyak sekali: dlm pertengahan kedua abad ke-18, bangsa asing telah datang melimpah-limpah ke Tanah Melayu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |