Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lim.pah] | ليمڤه

Definisi : 1. = melimpah tumpah keluar kerana terlalu banyak atau terlalu penuh (cecair dll): air yg di dlm tempayan itu terlalu banyak hingga ~; ~-ruah terlalu banyak keluar kerana terlalu penuh; 2. ki terlalu banyak hingga berlebih-lebih (kemudahan, rezeki, kasih sayang, dll): ampun dan kurnia Duli Yang Dipertuan ~lah; 3. ki baik atau murah hati: hanya Tuhan dgn ~ kasihan-Nya, yg akan dapat menolong beliau; berlimpah-limpah 1. terlalu banyak tumpah kerana penuh; 2. terlalu banyak atau ramai (orang dll): bahan makanan ~; melimpah 1. tumpah keluar kerana terlalu banyak atau terlalu penuh (cecair dll): darah pun spt sebak penuh ~ di dlm kota Singapura itu; 2. = melimpah-limpah ki terlalu banyak hingga berlebih-lebih atau tidak termuat, banyak sekali: dlm pertengahan kedua abad ke-18, bangsa asing telah datang melimpah-limpah ke Tanah Melayu; 3. ki turun kpd, datang kpd, diwarisi oleh anak (tentang perangai dll): hanya sisa-sisanya yg jatuh ke tangan orang kita, ~ ke negeri kita ini; melimpahi 1. melimpah ke (kpd): padang bola maktab itu dilimpahi air; 2. ki bermurah hati kpd, mengurniai seseorang: semoga Allah ~nya rezeki dan bahagia hidupnya; melimpahkan 1. menjadikan melimpah, menumpahkan: isi padu air yg dilimpahkan oleh penyumbat itu sama dgn isi padu penyumbat juga; ~ air mata; 2. menge­luarkan banyak-banyak, mencurahkan banyak­banyak: ~ kasih sayang; ~ perhatian kpd per­kembangan pemakaian bahasa Kebangsaan; 3. memberikan banyak-banyak, mengurniakan banyak-banyak, menghadiahkan banyak-banyak: Tuhan yg ~ rahmat kpd hamba-Nya yg ber­usaha dan sabar; limpahan sesuatu yg melimpah atau yg dilimpahkan: kamu sekalian yg makan drpd ~ kemurahan raja bapa aku itu tidak patut sekali membuat aku begini; kelimpahan 1. perihal limpah, ketumpahan banyak-banyak: agak seketika didengarnya bunyi air ~; 2. diberi (dikurniakan dll) banyak-banyak, menerima (kurnia dll) banyak-banyak; 3. kelimpahmewahan; pelimpahan perihal (proses) melimpahkan sesuatu: proses ~ ini tidak memerlukan agen perantara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lim.pah] | ليمڤه

Definisi : 1 terlalu banyak sehingga ada yg mengalir keluar (ttg benda-benda cair): ~ ruah banyak sekali yg mengalir keluar kerana bekasnya sudah penuh. 2 berlebih-lebih (ttg pemberian dsb): ~ mewah banyak sekali. 3 ki (sifat) murah hati: Patik menjunjung kasih atas belas kasihan dan ~ tuanku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
limpah
Kata Terbitan : berlimpah-limpah, melimpah-limpah, melimpah, melimpahkan, limpahan,

Puisi
 

Anak perawan manis dan cantik,
     Kena pula merah bibirnya;
Matilah kuman kena belantik,
     Sekalian alam limpah darahnya.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
floodlightcahaya limpah; lampu limpahKomunikasi MassaTiadaTiada
floodlightcahaya limpah; lampu limpahKomunikasiTiadaTiada
emergency spillwayalur limpah kecemasanHidrologiTiadaAlur limpah tambahan yang digunakan apabila banjir melebihi kapasiti alur limpah utama.
contracted weirempang limpah terkecutKejuruteraanTiadaEmpang limpah pengukur yang lebih pendek daripada lebar saluran, dan dikatakan mempunyai kecutan sisi.
flood lightcahaya limpahKomunikasiTiadaLihat: lampu limpah.
lateral flow spillwayalur limpah aliran sisiKejuruteraanTiadaAlur limpah empangan yang aliran mula dan aliran akhir hampir serenjang di antara satu dengan yang lain.
weir loadingkadar alir keluar empang limpahKejuruteraanTiadaKadar aliran efluen bagi air atau kumbahan dari tangki per unit panjang empang limpah, yang diinyatakan dalam unit m3/hari/m.
weir overflow ratekadar alir keluar empang limpahKejuruteraanTiadaKadar aliran efluen bagi air atau kumbahan dari tangki per unit panjang empang limpah, yang diinyatakan dalam unit m3/hari/m.
flood lampslampu limpahKomunikasiTiadaLampu yang digunakan untuk memberi pancaran cahaya dengan lebih luas sewaktu rakaman televisyen, filem atau fotografi. Lampu ini sering digunakan untuk mendapatkan cahaya pemenuh bagi mengurangkan kesan pancaran daripada cahaya utama. lampu lebar, cahaya limpah.
exuberantlimpah riaKesusasteraanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas