Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lin.dung] | ليندوڠ

Definisi : ; berlindung 1. = berselindung tidak menampakkan diri (kpd orang), ber­sembunyi: Si Lamat hendak mencari tempat ~ di dlm belukar itu; 2. berteduh, bernaung, memohon pertolongan orang lain: ramai penduduk negeri itu yg telah lari ~ diri ke negeri Normandy; 3. = berselindung tidak terang-terangan (melakukan sesuatu), dgn diam-diam, tidak ketara: manakala saya melihat Aminah berkata dgn tidak ber­selindung itu, saya pun kasihan kepadanya; dia tidak berani menentang secara berterang­-terangan hanya secara ~ sahaja; berlindungkan sl menyelamatkan atau menaungkan (diri), melindungkan: maka Sultan Zainal Abidin pun larilah berperahu kecil lalu ia ke Melaka, ~ dirinya pd Sultan Mansor Shah; melindungi 1. menudung supaya tidak kelihatan (jangan terkena sesuatu dll): pondok saya tidak nampak dr sini kerana dilindungi belukar; 2. memberi pertolongan (bantuan dll), membela, memberi naungan: mahkamah bertanggungjawab ~ masyarakat drpd malapetaka jenayah; beberapa ekor kambing biasanya dipelihara bersama­-sama biri-biri utk ~ biri-biri drpd serangan binatang buas; 3. tidak memperlihatkan (secara terang-terangan) atau mendedahkan sesuatu, menyelimuti kebenaran (kejahatan dll), menyelubungi: mereka sangat bijak ~ hasrat yg hendak disampaikan; lindung-melindungi saling melindungi; melindungkan 1. menaruh sesuatu supaya jangan kelihatan, menyembunyikan, me­nyorokkan: dilindungkannya benda itu di balik semak-semak itu; maka puteri itu pun ~ dirinya di balik pohon kelapa; tiap-tiap orang yg menggunakan perkataan spt ini semata-mata utk ~ perasaan dan fikiran masing-masing; 2. menggunakan utk melin­dungi: jerami itu dilindungkan pd semaian; memperlindungkan menaungkan, memberi pertolongan kpd, menyelamatkan: ia terpaksa berkhidmat ~ Tanah Brunei drpd serangan musuh; terlindung 1. tersorok, tersembunyi: per­buatan yg tidak ikhlas dan jujur ini tidak akan ~ selama-lamanya; 2. dapat diselamat­kan (drpd bahaya dll), terselamat; lindungan 1. yg terlindung oleh, yg dilindungi: manusia ~ Tuhan; 2. = perlindungan; kelindungan 1. terlindung atau tertutup (tidak kelihatan, terkena sesuatu, dll); 2. ark kelampauan (melampaui, melanggar adat, dll); perlindungan 1. tempat yg melindungi, tempat berlindung: pd hari hujan, atap itu menjadi ~; 2. perihal (tindakan dsb) melindungi (mis dgn bantuan, pertolongan,dll): pemerintahan Ghassan sentiasa men­dapat ~ kerajaan Rom; industri kecil spt ikan bertin dan barang-barang plastik tidak mendapat ~ tarif; pelindungan ark bilik air, jamban, tandas: maka pd sekali persetua, kuda kenaikan baginda jatuh ke dlm ~; pelindung 1. sesuatu (atap, dinding, dll) yg melindungi: atap yg tugasnya sbg ~ dr hujan dan panas, tidak memenuhi syaratnya; 2. orang yg memberi perlindungan (bantuan, pertolongan, dll): laki-laki yg sedang ter­kurung di rumahnya itu ialah ~nya, bukan musuhnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lin.dung] | ليندوڠ

Definisi : Jk sj belut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lin.dung] | ليندوڠ

Definisi : ; berlindung 1 berada di sesuatu tempat supaya tidak kelihatan; berselindung; bersembunyi: Ia pergi ~ di balik sebatang pohon. 2 memohon pertolongan orang lain; bernaung: Semasa perang, banyak askar yg ~ diri di rumah-rumah peladang. 3 tidak terang-terang; tidak ketara; berselindung: Mereka cuma menentang secara ~. melindungi 1 menjadi tutup (sekat dsb) pd sesuatu supaya tidak kelihatan atau tidak terkena sesuatu: Sekaki payung sutera ~ tubuhnya drpd panas matahari. 2 memberikan naungan atau pertolongan kpd: Moga-moga Allah akan ~ kita drpd bencana lapar. 3 ki menutup sesuatu supaya tidak diketahui orang lain (ttg perasaan dll): Perangainya yg lemah lembut itu hanya utk ~ kejahatannya saja. melindungkan meletakkan sesuatu supaya tidak kelihatan; menyorokkan: ~ mukanya dgn topi. terlindung 1 tertutup oleh sesuatu hingga tidak kelihatan atau tidak terkena sesuatu; tersembunyi; tersorok. 2 tidak terkena apa-apa bahaya atau bencana; terselamat: Dia telah ~ drpd bencana itu dgn kehendak Allah jua. lindungan apa-apa yg terlindung oleh; yg dilindungi: Manusia ~ Tuhan. kelindungan kena lindung (hingga tidak kelihatan, tidak kena panas dsb). perlindungan 1 perbuatan atau hal berlindung. 2 bantuan; pertolongan: Orang-orang kaya patut memberikan ~ kpd orang-orang susah. 3 tempat bersembunyi atau tempat berlindung: Apabila semboyan berbunyi, kami berlari mencari lubang ~. pelindungan 1 perbuatan (hal dsb) melindungi atau melindungkan. 2 tempat yg terlindung; tandas. pelindung 1 orang yg memberikan pertolongan atau perlindungan; penaung. 2 alat atau benda (spt atap) yg melindungi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Malam ini bulan pengani,
     Malam besok lindung tiang;
Malam ini saya di sini,
     Malam esok saya nak pulang.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Sejahtera. I Nak tanya slogan “LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA” “LINDUNGI DIRI, LINDUNGI SEMUA” bahasa mana yang betul? Atau kedua2 betul? Mohon Penjelasan. Terima Kasih.Berdasarkan cadangan slogan yang diberikan, jawapan yang sesuai ialah "LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA".Tatabahasa27.06.2021
Salam Hormat, 1) Saya telah mengemukakan soalan mengenai "Insurance Cover Note" minggu lepas. Namun, saya berhasrat untuk mengetahui secara lebih lanjut kerana saya agak keliru dengan "Nota Lindung Insurans" dan "Nota Perlindungan Insurans". Mohon jasa baik penjelasan daripada pihak tuan dan contoh penggunaan ayat jika tidak keberatan. 2) Mohon bantuan untuk menterjamahkan ayat "Apologize for inconvenience" Ribuan terima kasih.Dalam pangkalan data istilah DBP, tidak terdapat huraian yang diberikan untuk "nota lindung insurans." Ayat "Apologize for inconvenience" boleh diterjemahkan kepada Kami mohon maaf atas kesulitan yang dihadapi.Istilah21.06.2016
Selamat sejahtera. Apakah istilah yang betul untuk 'masking tape'? adakah Pita pelekat? terima aksih.Istilah dalam bahasa Melayu untuk "masking tape" ialah "pita lindung".Makna18.08.2020
Salam Sejahtera, Mohon bantuan untuk menterjemahkan "Insurance Cover Note" dalam bahasa Malaysia. Terima kasih.Padanan insurance cover note dalam bahasa Melayu ialah nota lindung insurans.Penyemakan dan penterjemahan16.06.2016

Kembali ke atas