Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ling.kar] | ليڠکر

Definisi : 1. gulung (spt ular tidur, tali yg digulung, dll), belit, gelung: di dlm petak jubung, di dlm ~ tali sauh; 2. rim atau birai (pd roda dll), bingkai: ~ roda; 3. lilit (keliling) bulatan; berlingkar 1. berada dlm bulatan kecil yg berpusing-pusing (spt keadaan ular tidur dll), berbelit, bergelung: ular itu ~ spt busut yg besar rupanya; 2. ki berbaring-baring di tempat tidur: aku ~ spt gelugur kering di atas tilam; melingkar 1. dlm keadaan berlingkar (ber­gelung dll): ular yg diburu semalam didapati ~ kekenyangan di dlm reban ayam; 2. menggulung tali dll supaya berlingkar: ~ rotan; 3. mengikat berlingkar-lingkar, membelit, melilit: seekor ular ~ di badannya; melingkari 1. melingkar pd, melilit pd, mem­belit pd: sulur pokok memanjat itu ~ dahan nangka; 2. mengelilingi atau melingkungi: ia berjalan ~ rumah; melingkarkan menjadikan berlingkar, me­lilitkan, menggelungkan: logam ini di­lingkarkan beberapa lapis dan berbentuk silinder; terlingkar dlm keadaan berlingkar, tergelung, terlingkung; lingkaran 1. sesuatu yg berlingkar, gelungan: ~ dawai dibuka dan diregangkan; 2. daerah (kawasan, lingkungan, dll) sesuatu kuasa: dunia yg bulat meneruskan gulingan dlm ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ling.kar] | ليڠکر

Definisi : 1 keluk bergelung yg merupakan bulatan; gelung: se~ rotan. 2 simpai pd roda (tong dsb); bingkai. 3 keliling pd sesuatu bulatan; lilit. berlingkar 1 bergelung menjadi bulatan (bkn ular): Seekor ular ~ di dlm reban ayamnya. 2 ki berbaring atau tidur: Hari sudah tinggi tetapi dia masih ~ di tempat tidurnya. melingkar 1 membentuk atau membuat lingkar (drpd sesuatu); menggelung: ~ dawai; ~ rotan. 2 menyulur dsb berbelit-belit; melilit: Seekor ular lidi ~ di lehernya. melingkari 1 melilit (membelit) pd: Sulur pokok kacang itu ~ junjungnya. 2 membentuk lingkar di: Kawat berduri ~ kebunnya. melingkarkan membuat (bergerak dll) supaya berlingkar; menggelungkan: Kelasi itu sedang ~ tali sauh. lingkaran 1 sesuatu yg berlingkar; gelungan: ~ dawai itu diregangkan. 2 daerah yg termasuk dlm sesuatu kawasan (lingkungan dll): ~ gunung berapi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lingkar
Kata Terbitan : berlingkar, melingkar, melingkari, melingkarkan, terlingkar, lingkaran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud perkataan "selingkar"Lingkar bermaksud gulung dan kata terbitan selingkar (daripada lingkar) boleh membawa maksud segulung.Makna28.08.2009
apakah perbezaan dan penggunaan penjodoh bilangan untuk gulung dan gelung

Perbezaan gelung dan gulung bergantung pada penggunaannya dari segi bentuk dan saiz. Gulung ialah benda yang berlembar-lembar atau berutas-utas yg dilipat begitu rupa hingga berbentuk bulat torak, bentuk bulat panjang daripada benda berlembar-lembar atau berutas-utas yang dilipat, seperti dawai, kain dan sebagainya manakala gelung ialah lingkar, lengkung, gulung (tali, rotan, ular, dll); 2. kelok, ikal (rambut dll); contohnya sanggul ~ kondai, sanggul;

Istilah12.05.2009

Kembali ke atas