Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ling.ka.ran] | ليڠکرن

Definisi : 1. sesuatu yg berlingkar, gelungan: ~ dawai dibuka dan diregangkan; 2. daerah (kawasan, lingkungan, dll) sesuatu kuasa: dunia yg bulat meneruskan gulingan dlm ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ling.ka.ran] | ليڠکرن

Definisi : 1 sesuatu yg berlingkar; gelungan: ~ dawai itu diregangkan. 2 daerah yg termasuk dlm sesuatu kawasan (lingkungan dll): ~ gunung berapi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lingkar
Kata Terbitan : berlingkar, melingkar, melingkari, melingkarkan, terlingkar, lingkaran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Slm, 1) kutub utara dan kutub selatan dalam huruf besar@kecil? 2)Lingkaran Kutub Utara (betul ke huruf besar)? tqSalam Sejahtera. 1. Perkataan kutub utara dan kutub selatan, dieja dengan huruf kecil. 2. Perkataan "Lingkaran kutub utara" - jika permulaan ayat, L huruf besar. Begitulah sebaliknya.Tatabahasa02.11.2015
Selamat petang! Sila bantuan membetulkan perkataan bawah ini. Terima Kasih! 1). Pembentukan semula wajah (english: Face Reshaping) 2). Lingkaran gelap di bawah mata (english: Eye Bag)Frasa Pembentukan semula wajah dan Lingkaran gelap di bawah mata.Pembinaan Bakat16.07.2012
Adakah tepat jika 'Central Spine Road' diterjemahkan sebagai Jalan Lingkaran Tengah?Untuk makluman tuan, belum ada padanan bahasa Melayu yang rasmi untuk Central Spine Road. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan bagi Central Spine Road ialah Lebuh Raya Utama Tengah. Jalan Llingkaran Tengah ialah cadangan padanan bahasa Melayu untuk Middle Ring Road.Istilah11.02.2014
virtuous cycle vicious cyclePadanan istilah dalam bidang perubatan bagi vicious cycle ialah kitaran kejam, manakala dalam bidang sosiologi pula ialah lingkaran ganas.Makna04.08.2010
Saya ingin bertanya apa terjemahan 'Case Watch' yang menunjukkan pada bahagian jam tangan seperti dalam gambar yang saya lampirkan ini. Bolehkah saya terjemahkannya sebagai Lingkaran Jam? Terima kasihBerdasarkan gambar yang diberikan, perkataan bahasa Inggeris ialah "watch case" (bukan "case watch"). Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, padanan bahasa Melayu untuk "watch-case" ialah bekas jam.Istilah03.04.2013
Apakah perbezaan antara cekak dan genggam ?Mengikut Kamus Dewan, cekak mempunyai tiga makna, iaitu (1) ukuran yang besarnya ditentukan oleh lingkaran (bulatan) yg dibuat dengan mempertemukan ibu jari dgn jari lain; (2) gamak, harapan; makna (3) gamak, harapan. Manakala genggam pula mempunyai (1) makna, iaitu kepalan tangan, cengkaman tangan untuk memegang.Makna02.09.2014
Salam semua. Saya sedang menterjemah perumahan dan pendudukan di luar negara. Ada satu istilah dipakai apabila perumahan yang sangat berdekatan dengan laluan kereta api dipanggil "passing loop". Saya tahu menterjemah "loop" sebagai "lingkaran" atau "ulang-alik". Tapi "passing" agak susah untuk diterjemahkan yang sesuai dengan kegunaan istilah "passing loop" ini digunapakai. Harap saudara dan saudari semua dapat menyelesaikan masalah ini.Sila beri ayat penuh bahasa Inggeris saudara, yang mengandungi istilah 'passing loop' untuk padananan bahasa Melayu yang lebih tepat.Makna11.10.2018
Pak Samad sedang ........ lebihan dawai kawat yang telah digunakan untuk memagar kebunnya. Gelung atau gulung....Merujuk Kamus Dewan kedua-dua jawapan tersebut betul, namun pada kebiasaannya gelung lebih sedikit ukurannya berbanding dengan gulung. Oleh itu, soalan tersebut menunjukkan lebihan  lingkaran dawai yang ukurannya tidaklah sepanjang mana, jawapan yang paling tepat ialah gelung.Lain-lain26.08.2015
maksud perkataan menuntun dan gelang(dalam bentuk perbuatan)Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, menuntun ialah 1. menolong orang lain berjalan dgn memegang tangannya, memimpin: dia terus turun ke tanah dan ~ neneknya ke tangga dapur; 2. menghela (basikal, kerbau, dll), mengheret. Gelang pula bermaksud 1. sesuatu yg berupa bulatan (lingkaran), cincin besar; 2. perhiasan berupa bulatan yg dipakai pd tangan atau kaki; ~ bajang gelang sbg tangkal (dibuat drpd benang hitam); ~ benzena (Kim) susunan enam atom karbon dan atom hidrogen yg membentuk gelang heksagon dlm satu satah; ~ dayung gelang nipis yg hujungnya spt sudu; ~ kana gelang sbg perhiasan utk anak-anak atau pengantin; ~ keroncong gelang kaki yg bergemerencing; ~ kunci gelang utk menggantungkan anak kunci; ~ mayang = ~ cerai gelang halus-halus yg dipakai banyak-banyak, gelang berurai; ~ pertumbuhan (Bio) a) lapisan kayu yg tumbuh dlm satu musim pertumbuhan, dan kelihatan spt gelang apabila pokok ditebang; b) lapisan pd cangkerang moluska dan pd sisik ikan yg menandakan pertumbuhan yg sudah berlaku; ~ rantai a) mata rantai; b) gelang yg berupa rantai; ~ tahunan (Bio) a) lapisan pertumbuhan yg terjadi dlm setahun dan digunakan utk mengira umur pokok; b) gelang yg menandakan pertumbuhan pd cangkerang; ~ tidak laga sebentuk, laga keduanya prb suatu kejadian spt perkelahian dll tidak berasal drpd satu pihak saja; bagai menambah ~ bini prb, Mn pemberian kpd orang yg sudah mempunyai benda yg sama.Makna17.02.2010
Tuan, apakah jawapannya... Ayah menggunakan se___________- dawai untuk menbuat ampaian. gulung atau gelung. Dalam kamus kedua-duanya boleh diterima. ( dalam soalan menunjukkan seorang lelaki sedang memegang _________ dawai dan memasang dawai itu pada ampaian. )Merujuk Kamus Dewan kedua-dua jawapan tersebut betul, namun pada kebiasaannya gelung lebih sedikitr ukurannya berbanding dengan gulung. Oleh itu, jika gambar tersebut menunjukkan lingkaran dawai yang ukurannya tidaklah sepanjang mana, jawapan yang paling tepat ialah gelung.Tatabahasa29.07.2009
12

Kembali ke atas