Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ling.kung] | ليڠکوڠ

Definisi : 1. lilit, keliling, pusing keliling; 2. gulung, gelung; selingkung 1. sekeliling, selilit (sesuatu kawasan dll); 2. seluruh kawasan di dlm suatu lingkaran, semua orang (dlm suatu perbadanan dll); melingkung memagari (menandai dll) ber­keliling; melingkungi 1. mengelilingi, melingkari: balai itu dilingkungi pagar dawai berduri; 2. melingkupi, meliputi, memasukkan dlm pengaruh (kawasan dll); terlingkung 1. telah dilingkungi (dikelilingi), terkurung dlm; 2. termasuk dlm sesuatu pengaruh (kawasan dll): orang yg hidup ~ dlm suatu masyarakat; lingkungan 1. sempadan (garisan dll) yg mengelilingi sesuatu, bulatan, lingkaran; 2. semua yg terlingkung dlm suatu kawasan (kuasa dll): usianya belum berapa lanjut, barangkali dlm ~ empat puluhan; pantai timur semenanjung termasuk dlm ~ daerah pedalaman Singapura. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ling.kung] | ليڠکوڠ

Definisi : ; melingkung memberi bertanda (berbatas dsb) di keliling sesuatu. melingkungi 1 berada (terdapat, dipasang dsb) di keliling sesuatu; berlingkar di keliling sesuatu: Di sebelah luar kota itu terdapat sebuah parit yg dalam ~nya. 2 memasukkan ke dlm sesuatu daerah (pengaruh, kuasa dsb); melingkupi: Badan tsb ~ sebahagian besar persatuan belia di negara ini. terlingkung termasuk dlm sesuatu daerah (pengaruh, kuasa dsb). lingkungan 1 bulatan (sempadan dsb) di keliling sesuatu; lingkar. 2 segala yg terlingkung dlm sesuatu daerah (pengaruh, kuasa dsb): Tugas tsb tidak termasuk dlm ~ tugasnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lingkung
Kata Terbitan : melingkungi, terlingkung, lingkungan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Golongan muda merupakan generasi yang amat berpengaruh dalam sesebuah novel. Apakah definisi 'golongan muda' dan tafsirannya berdasarkan pandangan sarjana tempatan dan luar negara? Berapakah lingkungan umur yang boleh dikategorikan sebagai golongan muda? Apakah kesan pemaparan golongan muda terhadap jalan cerita sesebuah novel? Apakah tafsiran sikap individuistik berdasarkan pandangan sarjana tempatan dan luar negara?Secara umum golongan muda yang dimaksudkan ialah penulis muda dalam kesusasteraan kebangsaan yang lingkung umur mereka sekitar 18 tahun hingga 40 tahun. Berkaitan dengan soalan 'kesan pemaparan penulis muda dalam sesebuah novel' memerlukan satu kajian yang boleh dibuat berdasarkan satu atau beberapa buah karya yang dihasilkan oleh penulis muda dalam lingkungan umur di atas.  Begitu juga dengan soalan berkaitan dengan 'tafsiran sikap individulistik' penulis muda juga memerlukan kajian.Lain-lain20.06.2010
Assalamualaikum, saya berminat untuk mendapatkan grafik peak bahasa untuk ditampalkan di dinding kelas. Saya dah Cuba muat turun daripada Facebook tapi gambarnya jadi pecah, mungkin resolusi sudah rendah. Ada tak grafik tersebut diletakkan di pangkalan lain seperti blog atau laman sesawang yang boleh dimuat turun? Atau mohon emel kepada saya ahsfantasy24@yahoo.com. Jasa baik pihak tuan/puan saya dahului dengan ucapan terima KasihWaalaikumussalam wrt. Terima kasih kerana bersahabat dengan DBP. Kami akan membantu puan. Puan bolehlah manfaatkan slide yang disertakan di bawah. Ini sahaja yang dapat kami bantu dan moga ia dapat membantu. Jadikan www.prpm.dbp.gov.my sebagai teman di hujung jari. Terima kasih. 1522151_258714190963581_762892731_n.jpg 1526601_259578650877135_428190174_n.jpg 1958382_607010019369970_1637226529_n.jpg Apa dan Siapa.jpg Lengkung dan Lingkung.jpg PEKA BAHASA Golong dan Gulung.jpg PEKA BAHASA TELOR DAN TELUR.jpg Resmi & Rasmi.jpg Slide1 (1).JPGLain-lain24.02.2014

Kembali ke atas