Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ling.guis.tik] | ليڠݢوءيستيک

Definisi : 1. kajian saintifik tentang bahasa; 2. berkaitan dgn bahasa; ~ berkomputer cabang pengkajian bahasa yg menerapkan teknik komputer dlm pengkajian bahasa dan kesusasteraan, terutamanya dlm pengiraan kekerapan kata dan analisis statistik; ~ gunaan linguistik terapan; ~ normatif aliran linguistik yg berpendirian bahawa tugas ahli linguistik adalah utk menentukan dan mengekalkan kebakuan bahasa; ~ pedagogi cabang linguistik terapan yg berkaitan dgn pembelajaran dan pengajaran bahasa; ~ preskriptif a) perancangan bahasa yg bertujuan utk mewujudkan satu bahasa kebangsaan yg baku; b) sikap dlm kajian bahasa yg berusaha mengadakan rumus utk penggunaan bahasa yg betul; ~ sejarawi kaedah yg digunakan dlm cabang linguistik utk mengkaji perubahan jangka pendek atau jangka panjang dlm sistem bunyi, tatabahasa dan kosa kata suatu bahasa; ~ terapan cabang linguistik yg berkaitan dgn penerapan prakti­kal kajian bahasa spt linguistik pedagogi, leksikografi, terjemahan dan psikolinguistik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ling.guis.tik] | ليڠݢوءيستيک

Definisi : ilmu ttg bahasa sbg alat perhubungan manusia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata linguistik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
KATEGORI LINGUISTIKLinguistik ialah kajian saintifik tentang bahasa. Soalan saudara tidak jelas. Jika saudara memerlukan kategori linguistik, sila hubungi Jabatan Linguistik di IPTA.Makna06.08.2007
Apakah yang dimaksudkan dengan linguistik terapan?Linguistik terapan ialah cabang linguistik yang berkaitan dengan penerapan prakti­kal kajian bahasa seperti linguistik pedagogi, leksikografi, terjemahan dan psikolinguistik.Makna14.11.2016
Assalamualaikum Saya Muminah binti mama belajar bahasa melayu dasar ingin pertanya tentang linguistikLinguistik ialah kajian saintifik tentang bahasa. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk buku-buku berkenaan:
1. Pengantar Linguistik Am oleh Arbak Othman.DBP : 2004
2. Linguistik Am : siri pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu . Abdullah Hassan. PTS Publication : 2005
3. Linguistik Am. Abdullah Hassan. PTS Publication : 2005
Lain-lain10.09.2015
Asslammualaikum nama saya suhailee sohnui binti Mustofa sedang belajar bahasa Melayu asas di universiti Fatoni Thailand ingin bertanya tentang Objek bahasa linguistik dan ciri bahasa linguistik dan apakah perbezaannya. Adakah betul yang saya telah dicari.Tidak ada maklumat tentang objek bahasa linguistik dan ciri bahasa linguistik dalam pangkalan data kami. Sila rujuk buku yang berkaitan seperti Asas Linguistik dan Linguistik Umum bagi membantu tuan memahamkan tajuk ini. Jika mengambil bahan melalui Internet juga perlu merujuk guru yang bertauliah.Tatabahasa14.09.2015
saya chemareeyam masae belajar bahasa melayu tentang linguistik. TetimakasihLinguistik ialah kajian saintifik tentang bahasa. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk buku-buku berkenaan:
1. Pengantar Linguistik Am oleh Arbak Othman.DBP : 2004
2. Linguistik Am : siri pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu . Abdullah Hassan. PTS Publication : 2005
3. Linguistik Am. Abdullah Hassan. PTS Publication : 2005
Lain-lain10.09.2015
perbezaan makrolinguistik dengan mikrolinguistik

Mikrolinguistik merupakan bidang teoretis dalam linguistik. Cabang ini dibagi menjadi dua iaitu umum dan untuk bahasa-(bahasa) tertentu. Yang bersifat umum meliputi teori-teori linguistik yang terdiri dari fonologi (sistem bunyi bahasa), struktur (morfologi ‘tata kata’ dan sintaksis ‘tata kalimat’), serta sistem makna (semantik). Selain itu, ada linguistik deskriptif dan linguistik historis komparatif. Bidang teoretis untuk bahasa-(bahasa) tertentu meliputi linguistik deskriptif dan linguistik historis komparatif.

Makrolinguistik dibagi menjadi dua kelompok. Kelompok pertama merupakan bidang interdisipliner dan kelompok kedua adalah bidang linguistik terapan. Cabang-cabang linguistik yang termasuk dalam bidang interdisipliner adalah sosiolinguistik, psikolinguistik, neurolinguistik, etnolinguistik, kriminolinguistik, fonetik (akustik dan auditoris), stilistika, filsafat bahasa, filologi (mempelajari bahasa, kebudayaan, pranata dan sejarah suatu bangsa melalui naskah-naskah lama), semiotika (ilmu tentang tanda), epigrafi (ilmu tentang tulisan kuno pada prasasti-prasasti), serta paleografi (penafsiran tulisan kuno). Kelompok bidang makrolinguistik kedua adalah bidang-bidang terapan, yaitu pengajaran bahasa, penerjemahan, leksikografi (linguistik terapan yang mencakup metode dan teknik penyusunan kamus), fonetik terapan, sosiolinguistik terapan, pembinaan bahasa internasional, pembinaan bahasa khusus, linguistik medis, grafologi, mekanolinguistik (linguistik komputasi, bidang linguistik terapan yang mencakup penggunaan linguistik untuk ilmu komputer dan usaha untuk membuat mesin penerjemahan; memanfaatkan komputer dalam penelitian bahasa).

Untuk maklumat lanjut sila rujuk laman berikut: 

http://prasastibahasa.com/?p=19.

cakrabuwana.files.wordpress.com/.../linguistik-klmpok-3-rombel-3.pdf

Makna22.10.2009
saya wanfatimoh binti yusof belajar bahasa Melayu dasar tentang consep linguistik.terima kasihLinguistik ialah kajian saintifik tentang bahasa. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk buku-buku berkenaan:
1. Pengantar Linguistik Am oleh Arbak Othman.DBP : 2004
2. Linguistik Am : siri pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu . Abdullah Hassan. PTS Publication : 2005
3. Linguistik Am. Abdullah Hassan. PTS Publication : 2005
Lain-lain10.09.2015
Saya Buroida Yeesamaae belajar bahasa Melayu dasar ingin bertanya tentang unit linguistik. Terima kasihLinguistik ialah kajian saintifik tentang bahasa. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk buku-buku berkenaan:
1. Pengantar Linguistik Am oleh Arbak Othman.DBP : 2004
2. Linguistik Am : siri pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu . Abdullah Hassan. PTS Publication : 2005
3. Linguistik Am. Abdullah Hassan. PTS Publication : 2005
Lain-lain10.09.2015
Saya Nipari Apakah Linguistik?Linguistik bermaksud ilmu tentang bahasa sebagai alat perhubungan manusia.Makna30.09.2015
Assalamualaikum Saya Fitroh Binti-Zakariya. Belajar Bahasa Melayu dasar ingin bertaya tentang linguistik. Terimakasih , Wassalam.Linguistik ialah kajian saintifik tentang bahasa. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk buku-buku berkenaan:
1. Pengantar Linguistik Am oleh Arbak Othman.DBP : 2004
2. Linguistik Am : siri pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu . Abdullah Hassan. PTS Publication : 2005
3. Linguistik Am. Abdullah Hassan. PTS Publication : 2005
Lain-lain10.09.2015
12345678910...

Kembali ke atas