Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ling.guis.tik] | ليڠݢوءيستيک

Definisi : 1. kajian saintifik tentang bahasa; 2. berkaitan dgn bahasa; ~ berkomputer cabang pengkajian bahasa yg menerapkan teknik komputer dlm pengkajian bahasa dan kesusasteraan, terutamanya dlm pengiraan kekerapan kata dan analisis statistik; ~ gunaan linguistik terapan; ~ normatif aliran linguistik yg berpendirian bahawa tugas ahli linguistik adalah utk menentukan dan mengekalkan kebakuan bahasa; ~ pedagogi cabang linguistik terapan yg berkaitan dgn pembelajaran dan pengajaran bahasa; ~ preskriptif a) perancangan bahasa yg bertujuan utk mewujudkan satu bahasa kebangsaan yg baku; b) sikap dlm kajian bahasa yg berusaha mengadakan rumus utk penggunaan bahasa yg betul; ~ sejarawi kaedah yg digunakan dlm cabang linguistik utk mengkaji perubahan jangka pendek atau jangka panjang dlm sistem bunyi, tatabahasa dan kosa kata suatu bahasa; ~ terapan cabang linguistik yg berkaitan dgn penerapan prakti­kal kajian bahasa spt linguistik pedagogi, leksikografi, terjemahan dan psikolinguistik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ling.guis.tik] | ليڠݢوءيستيک

Definisi : ilmu ttg bahasa sbg alat perhubungan manusia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata linguistik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LINGUISTIK UMUM 
PERSATUAN LINGUISTIK MALAYSIA (PLM)

Persatuan Linguistik Malaysia (PLM),

pertubuhan bahasa. Pertubuhan ini

memperjuangkan bahasa melalui kegiatan bahasa

dan mengeratkan perhubungan antara pengkaji

dengan peminat bahasa. Antara kegiatan yang

dijalankan oleh PLM ialah Hadiah Bahasa, Forum

Remaja, Syarahan Raja Ali Haji, seminar, bengkel,

ceramah, kursus bahasa dan penerbitan buku dan

jurnal linguistik.

UMUM 
JABATAN LINGUISTIK UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

JABATAN LINGUISTIK UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, jabatan yang ditubuhkan pada 1 Mei 1984 untuk menampung pengajian ilmu linguistik di Universiti Kebangsaan Malaysia yang sebelum ini terletak di bawah Jabatan Persuratan Melayu.

BAHASAInstitusi/Organisasi
JURNAL PERSATUAN LINGUISTIK MALAYSIA

JURNAL PERSATUAN LINGUISTIK MALAYSIA,  jurnal  terbitan persatuan ahli bahasa dan penggiat bahasa Melayu di Malaysia.  Jurnal ini terbit kali pertama pada tahun 1983.  sidang Editornya terdiri daripada Prof. Dr. Nik Safiah Karim selaku Ketua Editor, Dr. Abd. Aziz Idris selaku Editor  dan Prof. Dr. Farid M. Onn serta Awang Sariyan selaku Editor Pelaksana.

BAHASAKarya
PERSATUAN LINGUISTIK MALAYSIA

PERSATUAN LINGUISTIK MALAYSIA, persatuan bahasa.  Persatuan ini ditubuhkan pada 26 Julai 1977 khusus untuk berjuang dalam bindang kebahasaan melalui kegiatan dan aktiviti persatuan dan mengeratkan perhubungan antara pengkaji dan peminat bahasa.  Persatuan ini juga dikenal sebagai PLM.

BAHASAPersatuan
TOLKIEN, JRAhli linguistik, pendidik dan novelis terkemuka dalam genre fantasi dewasa.SASTERATokoh
WANG LIAhli linguistik dan penyajak yang terkenal.SASTERATokoh
YUNUS MARISahli linguistik.BAHASATokoh
CHOMSKY, NOAMChomsky, Noam (1928– ), ahli linguistik
Amerika yang memperkenalkan tatabahasa
transformasi. Tatabahasa transformasi adalah
sistem yang menerangkan dengan tepat undangundang
yang menentukan semua ayat yang boleh
dibentuk dalam satu-satu bahasa.
UMUMUmum
FONOLOGIFonologi ialah cabang linguistik yang mengkaji fonem (bunyi bahasa) dalam sistem sesuatu bahasa. Bunyi bahasa yang dinamakan fon, mempunya dua representasi, iaitu representasi fonetik dan representasi fonemik.BAHASADisiplin Ilmu
1234

Kembali ke atas