Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lin.tah] | لينته

Definisi : sj binatang dlm kelas Hirudinea, rupanya spt pacat tetapi lebih besar; jenis-jenisnya: ~ padi, ~ paya, ~ perca, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lin.tah] | لينته

Definisi : nama sj binatang melata yg rupanya spt pacat tetapi lebih besar, Hirudo medicinalis. ~ bulan sj lintah yg berwarna kelabu keperang-perangan. ~ darat ki orang yg mengenakan bunga yg terlalu tinggi atas pinjaman yg diberikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lintah

Puisi
 

Banyak lintah paya dalam,
     Orang menangguk anak udang;
Nanti titah adik di dalam,
     Bukan tak tahu masuk seorang.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Lemah-lembut lintah,
     melekat payah lucut.

Bermaksud :

Orang yang lemah-lembut lakunya tetapi susah hendak melepaskan sesuatu yang telah diperolehnya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

PantunSumberTema
Anak lintah tergedit-gedit, Anak harimau menyeberang paya; Nak nikah tergedit-gedit, Orang tak mahu apakan daya.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Banyak lintah paya dalam, Orang menangguk anak udang; Nanti titah adik di dalam, Bukan tak tahu masuk seorang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Banyak lintah di paya dalam, Ramai orang menangguk udang; Nanti titah adik di dalam, Rasa tak sabar masuk seorang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Banyak lintah di paya dalam, Mari ditangguk anak udang; Hati bercinta adik di dalam, Bagai tak tahu masuk seorang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Saya nak berumah di paya, Ada lintah kerap buang; Saya nak berbini janda, Ada perintah cepat buang.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Saya malas berumah di paya, Kerana di paya banyak lintah; Saya malas beristeri janda, Kerana janda banyak perintah.Kurik Kundi Merah SagaJenaka

Kembali ke atas