Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lin.tah] | لينته

Definisi : sj binatang dlm kelas Hirudinea, rupanya spt pacat tetapi lebih besar; jenis-jenisnya: ~ padi, ~ paya, ~ perca, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lin.tah] | لينته

Definisi : nama sj binatang melata yg rupanya spt pacat tetapi lebih besar, Hirudo medicinalis. ~ bulan sj lintah yg berwarna kelabu keperang-perangan. ~ darat ki orang yg mengenakan bunga yg terlalu tinggi atas pinjaman yg diberikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lintah

Puisi
 

Banyak lintah paya dalam,
     Orang menangguk anak udang;
Nanti titah adik di dalam,
     Bukan tak tahu masuk seorang.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Lemah-lembut lintah,
     melekat payah lucut.

Bermaksud :

Orang yang lemah-lembut lakunya tetapi susah hendak melepaskan sesuatu yang telah diperolehnya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
perca III; lintah ~ sj lintah yg besar, Hirundinaria javanica.Kamus Dewan Edisi Keempat
lintah bulansj lintah yg berwarna kelabu keperang-perangan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lintah percasj lintah yg besar, Hirundinaria javanica.Kamus Dewan Edisi Keempat
geli1 perasaan yg dialami spt ketika seseorang digeletek dan biasanya mentertawakan: Jangan usik ketiakku, ~. 2 berasa jijik serta seram kerana melihat sesuatu spt lintah, cacing: Jangan bawa lintah itu ke sini, saya ~ melihatnya. 3 = ~ hati berasa hendak ketawa kerana lucu dll: ~ aku mendengar jenakanya. 4 berasa ngeri atau ngilu kerana mendengar bunyi orang mengikir dll. ~ geman (geleman) berasa sangat geli (jijik dan seram). menggelikan 1 menyebabkan berasa geli spt digeletek, melihat sesuatu spt lintah, cacing. 2 = ~ hati menyebabkan tertawa. penggeli orang yg mudah berasa geli; orang yg tidak tahan melihat atau mendengar sesuatu yg menggelikan. ~ hati sesuatu spt jenaka yg menggelikan hati.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lintah daratki orang yg mengenakan bunga yg terlalu tinggi atas pinjaman yg diberikan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lintah daratki orang yg meminjamkan wang dgn mengenakan bunga yg sangat tinggi; melintah darat ki membungakan wang dgn faedah yg terlalu tinggi.Kamus Dewan Edisi Keempat
lintahsj binatang dlm kelas Hirudinea, rupanya spt pacat tetapi lebih besar; jenis-jenisnya: ~ padi, ~ paya, ~ perca, dll.Kamus Dewan Edisi Keempat
lintahnama sj binatang melata yg rupanya spt pacat tetapi lebih besar, Hirudo medicinalis. ~ bulan sj lintah yg berwarna kelabu keperang-perangan. ~ darat ki orang yg mengenakan bunga yg terlalu tinggi atas pinjaman yg diberikan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pacat Isj binatang yg menghisap darah (sj lintah di darat), Haemadipsa javanica; ~ besar ark = ~ melompat ki penghisap darah (orang yg meminjamkan wang dgn mengambil bunga yg terlalu banyak), lintah darat; ~ kenyang a) besar di tengah (badan dll); b) = cincin ~ kenyang cincin yg besar dan tebal pd satu bahagian (dipakai utk melindungi jari sewaktu memegang keris); ~ hendak menjadi ular sawa prb a) perihal orang yg hina (miskin) berlagak spt orang yg mulia (kaya); b) berangan-angankan sesuatu yg tidak mungkin tercapai; spt ~ melompat prb lintah darat; spt ~ (kenyang) prb perihal orang yg setelah habis makan di rumah orang lalu pergi dgn tidak menunggu-nunggu dahulu.Kamus Dewan Edisi Keempat
geli1. perasaan yg dialami spt ketika seseorang digeletek dan biasanya mentertawakan: Jangan usik ketiakku, ~. 2. berasa jijik serta seram kerana melihat sesuatu spt lintah, cacing dll: Jangan bawa lintah itu ke sini, saya ~ melihatnya. 3. = ~ hati berasa hendak ketawa kerana lucu dll: ~ aku mendengar jenakanya. 4. berasa ngeri atau ngilu kerana mendengar bunyi orang mengikir dll. ~ geman (geleman) berasa sangat geli (jijik dan seram). menggelikan 1. menyebabkan berasa geli spt digeletek, melihat sesuatu spt lintah, cacing dll. 2. = ~ hati menyebabkan tertawa. penggeli orang yg mudah berasa geli; orang yg tidak tahan melihat atau mendengar sesuatu yg menggelikan. ~ hati sesuatu spt jenaka dll yg menggelikan hati.Kamus Pelajar
123

Kembali ke atas