Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lin.tang] | لينتڠ

Definisi : 1. lebar (sesuatu kawasan), lwn panjang atau bujur: kawasan itu luasnya 10 meter persegi, panjangnya 5 meter, berapakah jarak ~nya? 2. mengikut lebar sesuatu benda (garisan, potongan, dll), malang: keratan ~; kayu ~; 3. ark pemidang yg mengikut lebar sesuatu benda (daun pintu, tingkap, dll); ~ bujur a) garisan dr sudut ke sudut; b) pergi atau berlari ke segenap arah; ~-kedak tidak teratur (letak sesuatu dll); ~-pukang a) tidak menentu arahnya (orang berlari dll); b) bergerak bertempiaran, tunggang-langgang; melintang 1. mengikut lintang sesuatu benda (kawasan dll), malang: sehelai kain pelekat corak ~ dan sehelai baju panas biru mem­balut tubuhnya; 2. mendatar (sesuatu garisan), lwn menegak; 3. menggalang atau merintang (malapetaka, kecelakaan, dll): dia sendiri pun akan turun besok kalau tak ada aral ~; ~ batang membuat rintangan di sungai utk memungut cukai; ~ payar melabuhkan perahu melintang di sungai utk memungut cukai; 4. bergerak dr satu tangga gaji dlm sesuatu peringkat ke satu tangga dan peringkat yg lebih tinggi dlm Sistem Saraan Baru (bkn pergerakan gaji kakitangan perkhidmatan awam kerajaan Malaysia); melintangi 1. menghalangi, menyekat, merintangi; 2. memberi tentangan (kpd pendapat, fikiran orang, dll), membantah, menyangkal; melintangkan meletakkan (supaya) me­lintang, meletakkan mengikut lintang sesuatu benda: tegakkan sebatang silinder dan kemudian lintangkan pembaris di tepi silinder itu; terlintang 1. terletak melintang, dlm keadaan melintang: terbujur lalu, ~ patah; 2. terhalang, terintang, tertahan: siapa engkau yg ~ dihadapanku ini? lintangan sesuatu yg melintang, galangan, halangan; pelintangan perihal (perbuatan dsb) melin­tang atau melintangkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lin.tang] | لينتڠ

Definisi : lebar sesuatu kawasan; lw panjang atau bujur: Panjangnya 1 meter dan ~nya 20 sentimeter. ~ bujur garis dr sudut ke sudut. ~-pukang tidak menentu arahnya (semasa berlari dll); tunggang-langgang. melintang 1 menurut lintang sesuatu bidang: Sebatang kayu ~ di jalan. 2 mendatar (bkn garisan); lw menegak. 3 menghalang; merintang: Jika tidak ada aral ~, saya akan sampai di rumah pd hari Isnin. melintangi 1 melintang di; merintangi; menghalangi. 2 memberi tentangan kpd sesuatu pendapat (fikiran dll); membantah. melintangkan meletakkan sesuatu melintang; meletakkan sesuatu mengikut lintangnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lintang
Kata Terbitan : melintang, melintangi, terlintang, lintangan,

Puisi
 

Apa buat menganyam nyiru,
     Lintang akan sambil diangkat;
Apa boleh menahan rindu,
     Dilimpang akan ditidur angkat.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Mengalangkan batang leher.

Bermaksud :

Menyabung nyawa kerana hendak menolong seseorang. alang = lintang, tahan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
grapok[gÄA.p/]kata kerjalari yang lintang pukang dalam keadaan riuh-rendah.Ore curi tu hungga grapok lari tubek.[.ÄE tS:u.Äi tu huN.gA gÄA.p/ lA.Äi tu.be/]Pencuri tu lari lintang-pukang keluar rumah.
cama ligak[tS:A.mA li.gA/] berlari secara lintang-pukang.Doloh lari cama ligak nyo ambak ko anying.[d.lh lA.Äi tS:A.mA li.gA/ ø Am.bA/ k A.øiN]Dolah lari lintang-pukang dikejar anjing.
blete kale[blE.tE kA.lE] keadaan menjadi tidak teratur, lintang pukang.Budok-budok buje tu, tido blete kale lua.[bu.d/.bu.d/ bu.dZE tu ti.do blE.tE kA.lE l:u.wA]Budak-budak bujang tu, tidur lintang pukang di ruang tamu.
hungga[huN.gA]kata kerjaberlari.Jali hungga cama ligak, nyo hambak poleh.[dZA.li huN.gA tS:A.mA li.gA/ ø hAm.bA/ p.leh]Jali lari lintang-pukang, dikejar polis.
grepok[gÄ«.p/]kata kerjamenggertak untuk menakut-nakutkan.Budok-budok tu lari cama ligak lepah keno grepok kak ku.[bu.d/.bu.d/ tu lA.Äi tS:A.mA li.gA/ l«.pAh k«.n gÄ«.p/ kA/ ku]Budak-budak tu lari lintang-pukang lepas digertak oleh saya.

Kembali ke atas