Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lin.tang] | لينتڠ

Definisi : 1. lebar (sesuatu kawasan), lwn panjang atau bujur: kawasan itu luasnya 10 meter persegi, panjangnya 5 meter, berapakah jarak ~nya? 2. mengikut lebar sesuatu benda (garisan, potongan, dll), malang: keratan ~; kayu ~; 3. ark pemidang yg mengikut lebar sesuatu benda (daun pintu, tingkap, dll); ~ bujur a) garisan dr sudut ke sudut; b) pergi atau berlari ke segenap arah; ~-kedak tidak teratur (letak sesuatu dll); ~-pukang a) tidak menentu arahnya (orang berlari dll); b) bergerak bertempiaran, tunggang-langgang; melintang 1. mengikut lintang sesuatu benda (kawasan dll), malang: sehelai kain pelekat corak ~ dan sehelai baju panas biru mem­balut tubuhnya; 2. mendatar (sesuatu garisan), lwn menegak; 3. menggalang atau merintang (malapetaka, kecelakaan, dll): dia sendiri pun akan turun besok kalau tak ada aral ~; ~ batang membuat rintangan di sungai utk memungut cukai; ~ payar melabuhkan perahu melintang di sungai utk memungut cukai; 4. bergerak dr satu tangga gaji dlm sesuatu peringkat ke satu tangga dan peringkat yg lebih tinggi dlm Sistem Saraan Baru (bkn pergerakan gaji kakitangan perkhidmatan awam kerajaan Malaysia); melintangi 1. menghalangi, menyekat, merintangi; 2. memberi tentangan (kpd pendapat, fikiran orang, dll), membantah, menyangkal; melintangkan meletakkan (supaya) me­lintang, meletakkan mengikut lintang sesuatu benda: tegakkan sebatang silinder dan kemudian lintangkan pembaris di tepi silinder itu; terlintang 1. terletak melintang, dlm keadaan melintang: terbujur lalu, ~ patah; 2. terhalang, terintang, tertahan: siapa engkau yg ~ dihadapanku ini? lintangan sesuatu yg melintang, galangan, halangan; pelintangan perihal (perbuatan dsb) melin­tang atau melintangkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lin.tang] | لينتڠ

Definisi : lebar sesuatu kawasan; lw panjang atau bujur: Panjangnya 1 meter dan ~nya 20 sentimeter. ~ bujur garis dr sudut ke sudut. ~-pukang tidak menentu arahnya (semasa berlari dll); tunggang-langgang. melintang 1 menurut lintang sesuatu bidang: Sebatang kayu ~ di jalan. 2 mendatar (bkn garisan); lw menegak. 3 menghalang; merintang: Jika tidak ada aral ~, saya akan sampai di rumah pd hari Isnin. melintangi 1 melintang di; merintangi; menghalangi. 2 memberi tentangan kpd sesuatu pendapat (fikiran dll); membantah. melintangkan meletakkan sesuatu melintang; meletakkan sesuatu mengikut lintangnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lintang
Kata Terbitan : melintang, melintangi, terlintang, lintangan,

Puisi
 

Apa buat menganyam nyiru,
     Lintang akan sambil diangkat;
Apa boleh menahan rindu,
     Dilimpang akan ditidur angkat.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Mengalangkan batang leher.

Bermaksud :

Menyabung nyawa kerana hendak menolong seseorang. alang = lintang, tahan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
latituden 1. (geog) garisan lintang, latitud: ~ 22° N, garis lintang 22° U; 2. (in pl) areas north or south of the equator, kawasan: plants found only in tropical ~s, tanaman-tanaman yg hanya terdapat di kawasan tropika; /high, low/ ~s, garis lintang /tinggi, rendah/; 3. freedom of action, kebebasan: the students were not given much ~ in their choice of subjects, penuntut-penuntut itu tdk diberi kebebasan yg luas dlm memilih mata pelajaran mereka.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
latituden 1. (geog) garisan lintang, latitud: ~ 22° N, garis lintang 22° U; 2. (in pl) areas north or south of the equator, kawasan: plants found only in tropical ~s, tanaman-tanaman yg hanya terdapat di kawasan tropika; /high, low/ ~s, garis lintang /tinggi, rendah/; 3. freedom of action, kebebasan: the students were not given much ~ in their choice of subjects, penuntut-penuntut itu tdk diberi kebebasan yg luas dlm memilih mata pelajaran mereka.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tumbledadj lintang-pukang, tunggang-langgang: ~ beds in the children’s room, tempat tidur yg lintang-pukang di bilik budak-budak itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
latitudinaladj (geog) garisan lintang, latitud: our ~ position is 10° S, kedudukan kami adalah pd garis lintang 10° S.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
latitudinaladj (geog) garisan lintang, latitud: our ~ position is 10° S, kedudukan kami adalah pd garis lintang 10° S.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
helter-skelteradj & adv lintang-pukang, tunggang-langgang: they ran ~ down the hill, mereka lari lintang-pukang menuruni bukit itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
higgledy-piggledyadj & adv lintang-pukang: the pots and pans were all piled up in a ~ fashion, periuk belanga dilonggokkan dgn cara yg lintang-pukang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
topsy-turvyadj & adv upside down, in confusion, simpang-perenang, tunggang-terbalik, tunggang-langgang, lintang-pukang; (of plans, ideas, etc) lintang-pukang, tunggang-terbalik: the children had the whole room ~, budak-budak itu membuat bilik itu menjadi simpang-perenang; we’ve just moved in and everything is still ~, kami baru saja berpindah dan semuanya tunggang-terbalik; his argument seems ~ to me, bagi saya hujahnya nampak tunggang-langgang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cross-sectionn 1. (drawing of) transverse section, keratan rentas; 2. representative group, keratan lintang: a ~ of the community, keratan lintang masyarakat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cross-sectionaladj 1. of transverse section, keratan rentas: ~ area, luas keratan rentas; 2. of representative group, keratan lintang: a ~ study, kajian keratan lintang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas