Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lin.tang] | لينتڠ

Definisi : 1. lebar (sesuatu kawasan), lwn panjang atau bujur: kawasan itu luasnya 10 meter persegi, panjangnya 5 meter, berapakah jarak ~nya? 2. mengikut lebar sesuatu benda (garisan, potongan, dll), malang: keratan ~; kayu ~; 3. ark pemidang yg mengikut lebar sesuatu benda (daun pintu, tingkap, dll); ~ bujur a) garisan dr sudut ke sudut; b) pergi atau berlari ke segenap arah; ~-kedak tidak teratur (letak sesuatu dll); ~-pukang a) tidak menentu arahnya (orang berlari dll); b) bergerak bertempiaran, tunggang-langgang; melintang 1. mengikut lintang sesuatu benda (kawasan dll), malang: sehelai kain pelekat corak ~ dan sehelai baju panas biru mem­balut tubuhnya; 2. mendatar (sesuatu garisan), lwn menegak; 3. menggalang atau merintang (malapetaka, kecelakaan, dll): dia sendiri pun akan turun besok kalau tak ada aral ~; ~ batang membuat rintangan di sungai utk memungut cukai; ~ payar melabuhkan perahu melintang di sungai utk memungut cukai; 4. bergerak dr satu tangga gaji dlm sesuatu peringkat ke satu tangga dan peringkat yg lebih tinggi dlm Sistem Saraan Baru (bkn pergerakan gaji kakitangan perkhidmatan awam kerajaan Malaysia); melintangi 1. menghalangi, menyekat, merintangi; 2. memberi tentangan (kpd pendapat, fikiran orang, dll), membantah, menyangkal; melintangkan meletakkan (supaya) me­lintang, meletakkan mengikut lintang sesuatu benda: tegakkan sebatang silinder dan kemudian lintangkan pembaris di tepi silinder itu; terlintang 1. terletak melintang, dlm keadaan melintang: terbujur lalu, ~ patah; 2. terhalang, terintang, tertahan: siapa engkau yg ~ dihadapanku ini? lintangan sesuatu yg melintang, galangan, halangan; pelintangan perihal (perbuatan dsb) melin­tang atau melintangkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lin.tang] | لينتڠ

Definisi : lebar sesuatu kawasan; lw panjang atau bujur: Panjangnya 1 meter dan ~nya 20 sentimeter. ~ bujur garis dr sudut ke sudut. ~-pukang tidak menentu arahnya (semasa berlari dll); tunggang-langgang. melintang 1 menurut lintang sesuatu bidang: Sebatang kayu ~ di jalan. 2 mendatar (bkn garisan); lw menegak. 3 menghalang; merintang: Jika tidak ada aral ~, saya akan sampai di rumah pd hari Isnin. melintangi 1 melintang di; merintangi; menghalangi. 2 memberi tentangan kpd sesuatu pendapat (fikiran dll); membantah. melintangkan meletakkan sesuatu melintang; meletakkan sesuatu mengikut lintangnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lintang
Kata Terbitan : melintang, melintangi, terlintang, lintangan,

Puisi
 

Apa buat menganyam nyiru,
     Lintang akan sambil diangkat;
Apa boleh menahan rindu,
     Dilimpang akan ditidur angkat.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Mengalangkan batang leher.

Bermaksud :

Menyabung nyawa kerana hendak menolong seseorang. alang = lintang, tahan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera Tuan, 1. "Lintang-pukang" tergolong sebagai kata ganda atau simpulan bahasa? 2. Menurut Kamus Dewan (2005: 945), "lintang-pukang" ditandai tanda sempang. Manakala, menurut Ainon Mohd. dan Abdullah Hassan dalam Kamus Simpulan (1942: 177), "lintang pukang" tidak ditandai tanda sempang. Yang mana satu betul? 3. Kata ganda yang juga tergolong sebagai simpulan bahasa perlu ditandai tanda sempang atau tidak? Mohon Tuan memberikan tunjuk ajar. Sekian, terima kasih.Berdasarkan rujukan PRPM, lintang-pukang merupakan kata ganda. Oleh itu, tanda sempang diperlukan. Kata ganda mesti mempunyai tanda sempang.Tatabahasa14.06.2013
Ramli dan Aeron lari________ apabila dikejar angsa Pak Dollah. A. tunggang-langgang B. compang-camping C. mundar-mandir D. lintang-pukang *(jawapan yang diberi ialah "D", tetapi adakah "A" boleh diterima juga?)Merujuk Kamus Dewan, tunggang-langgang juga membawa maksud lintang-pukang dan lintang-pukang juga ada membawa maksud tunggang-langgang. Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut boleh menjadi jawapan kepada ayat tersebut. 
Tatabahasa19.05.2013
makna lintang-kedakBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, lintang-kedak bermaksud  tidak teratur (letak sesuatu dll).Makna14.02.2009
Terima kasih kerana menjawab soalan saya. Mengenai ' Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Batu Lintang', oleh sebab nama khas ini terlalu panjang, bolehkan saya pisahkannya menjadi 'Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Batu Lintang' untuk cap jabatan ? Jika boleh, perlukah tanda Koma selepas 'Malaysia'?

Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Batu Lintang boleh dipisahkan tanpa koma selepas perkataan Malaysia.

Tatabahasa02.03.2009
Keadaan rumah itu lintang-pukang apabila penyewanya berpindah. munsyi, adakah ayat ini gramatis? TQLintang pukang lebih sesuai dalam konteks berlari, iaitu keadaan tunggang-langgang. Bagi menunjukkan keadaan di rumah, adalah tidak sesuai.Tatabahasa16.02.2012
budak-budak itu lari_______apabila disergah oleh orang tidak siuman itu. A tuanggang-langgang C lintang-pukang (tuan, jawaban c. Saya kekeliruan kerana A dan C membawa maksud yang sama, mengapakah A tidak boleh diterima. TQ)Kedua-dua jawapan lari 'tunggang-langgang' dan 'lintang-pukang' mempunyai maksud yang sama dan boleh digunakan dalam ayat ini.Makna22.08.2011
Terima kasih atas jawapan yang diberikan. 1. Ayat berikut yang mana betul. i) Peter memberi itiknya makan dedak. ii) Peter memberikan itiknya makan dedak. 2. Penjahat itu berlari ____________ kerana dikejar oleh polis. A. tunggang-langgang B. lintang-pukang terima kasih

1. Ayat yang betul ialah ayat (ii)

2. Kedua-dua frasa tersebut boleh digunakan kerana berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, lintang-pukang bermaksud a) tidak menentu arahnya (orang berlari dll); b) bergerak bertempiaran, tunggang-langgang. Lintang-pukang ditakrifkan sebagai berlari pontang-panting (lintang-pukang), tunggang-tenggang; menunggang-langgangkan 1. menjadikan berguling-guling, mengguling-gulingkan, men-jungkirbalikkan; 2. menjadikan berlari tunggang-langgang (mengusir, mengejar, dll); 3. memutar-mutar atau membelit-belitkan (perkara, perkataan, perjanjian, dll), memu­tar­balikkan.

Tatabahasa03.08.2010
Bolehkan "yang" digunakan dua kali dalam satu ayat yang sama? Contoh: Menyelesaikan masalah yang melibatkan ciri-ciri sudut yang berkaitan dengan rentasan lintang. Terima kasih

Tiada peraturan yang menetapkan penggunaan "yang" sekali dalam satu ayat. Walau bagaimanapun, dalam  contoh yang diberikan, penggunaan 'yang" adalah seperti yang berikut:

Menyelesaikan masalah yang melibatkan ciri-ciri sudut rentasan lintang.

Tatabahasa18.03.2011
Pejabat itu tunggang langgang setelah digeledah oleh perompak. bolehkah "tunggang langgang" digunakan dalam ayat ini?Dalam Kmaus Dewan Edisi Empat, tunggang-langgang bermaksud berlari pontang-panting (lintang-pukang), oleh itu perkataan tunggang-langgang tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut.Tatabahasa03.03.2014
alat penghawa dingin atau alat penyaman udara? manakah yang betul? tunggang-langgang boleh mengambarkan keadaan sesuatu kejadian?i. Pendingin hawa. ii. Tungang-langgang bermaksud berlari poatang panting (lintang-pukang), berguling, tidak rata. Jadi perkataan ini tidak sesuai digunakan dalam konteks kejadian.Tatabahasa26.03.2008
12

Kembali ke atas