Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lin.tas] | لينتس

Definisi : 1. lalu dgn cepat; 2. ark bahagian dr jalan kereta api (dr satu tempat ke tempat lain); ~ akal masuk akal, boleh diterima oleh akal; ~ pintas selalu pergi datang (keluar masuk dll), lalu-lalang; selintas tidak berapa lama, sebentar, sekejap: ~ lalu; melintas 1. lalu (dgn cepat): seorang Pak Haji ~ di hadapan peminta sedekah itu; 2. merentas (mengikut jalan yg terdekat), memintas: kita harus berjalan melingkari padang ini kerana tidak dibenarkan ~; 3. memotong jalan, menyeberangi jalan: tidak dibenarkan ~ jalan di sini; 4. teringat (ternampak, terkenang, dll) sekejap: benda pertama yg ~ di kepala Jusoh ialah Semaun; melintasi 1. lalu di, melalui, mengharungi: pelayaran ~ Atlantik; 2. pergi ke seberang, menyeberangi: habis sahaja makan, Ismail ~ jalan ini menuju lori balak; 3. meng­hindarkan (kesulitan dll), mengatasi; terlintas 1. telah dilintasi, telah dilangkaui, telah diselesaikan; 2. teringat dlm hati, terkenang, tergerak (di hati): ~ juga di hatinya hendak mengadu kpd ayahnya perihal ia kena marah itu; lintasan 1. gerakan melintas: kena ~ hantu; 2. sesuatu yg melintas: setiap ~ fikiran dirakamkannya dgn tidak membuat pilihan secara teliti; 3. = pelintas tempat melintas (menyeberang), jalan yg dilalui; ~ belang bahagian jalan yg berjalur-jalur putih atau kuning sbg isyarat supaya kenderaan berhenti utk membolehkan pejalan kaki melintas; ~ zebra lintasan belang; kelintasan 1. telah dilalui atau dilampaui, kelampauan; pantang ~ a) tidak mahu dilalui;b) selalu hendak menang drpd orang lain; 2.Kl dirasuk hantu dll; perlintasan 1. perihal beralihnya (masa, pemerintahan, dll); 2. hadiah utk saudara tua yg didahului (khas drpd adik perempuan yg berkahwin dahulu drpd kakaknya); pelintas orang yg melintas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lin.tas] | لينتس

Definisi : ; melintas 1 pergi ke seberang; menyeberang (jalan dsb): Baik-baik ~ jalan. 2 lalu dgn cepat: Ketika dia bermenung-menung itu, ~ seorang gadis di hadapannya. 3 mengikut jalan yg terdekat; merentas. 4 tampak (teringat, terkenang) sekejap: Kadang-kadang wajah arwah ibuku ~ dlm kepalaku. melintasi 1 melintas di; menyeberangi: Dgn susah payah, mereka ~ sungai itu. 2 mengharungi atau melalui; lalu di: ~ Lautan Atlantik. terlintas terbayang atau terkenang dlm hati atau dlm fikiran; teringat. lintasan 1 gerakan melintas. 2 tempat melintas atau tempat menyeberang. selintas tidak berapa lama; sebentar; sekejap: ~ lalu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lintas
Kata Terbitan : melintas, melintasi, terlintas,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah yang dimaksudkan dengan terbang lintas hormat?Terbang lintas hormat ialah padanan flypast dalam bahasa Melayu, iaitu acara lintas hormat kepada tetamu kenamaan melalui penerbangan.Lain-lain25.08.2016
1.Kita mesti lintas di lintasan belang. 2.Kita mesti lintas( jalan) di lintasan belang. Adakah kedua-dua ayat ini betul?Kedua-dua ayat adalah betul dan boleh digunakan.
1.Kita mesti lintas di lintasan belang.
2.Kita mesti lintas  jalan di lintasan belang.
Tatabahasa03.05.2013
tolong semakan perenggan ayat ini dan beri panduan: Antara langkah-langkah untuk lmengatasi kesesakank lalu lintas adalah pihak kerajaan dan pihak swasta ganding bahu untuk menjayakan kempen berkongsi kereta. Melalui cara ini, kesesakan lalu lintas dikurangkan dan penggunaan petroleum untuk kereta individual dapata dijimalkan...
Antara langkah-langkah untuk lmengatasi kesesakank lalu lintas adalah pihak kerajaan dan pihak swasta ganding bahu untuk menjayakan kempen berkongsi kereta.

Antara langkah untuk mengatasi kesesakan lalu lintas ialah kerjasama antara pihak kerajaan dan swasta untuk menjayakan kempen berkongsi kereta

Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya.

Melalui cara ini, kesesakan lalu lintas dikurangkan dan penggunaan petroleum untuk kereta individual dapata dijimalkan

Melalui kempen tersebut, kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan dan penggunaan petrol kereta dapat dijimatkan.

petrol = minyak drpd petroleum yg telah dibersihkan dan digunakan sbg bahan api utk menjalankan enjin; minyak benzin.
Tatabahasa13.10.2012
Selamat sejahtera, Apakah perbezaan "trafik" dan "Lalu lintas"? Di pangkalan data DBP, terdapat dua terjemahan bagi "traffic". Sila terangkan perbezaan dan penggunaan frasa berkenaan. Terima kasih.Trafik ialah lalu lintas, istilah lama menggunakan lalu lintas.Makna15.04.2015
adakah lintas langsung perlu dieja dekat ?Ejaan yang betul ialah lintas langsung.Lain-lain09.08.2010
Tuan, Adakah ayat-ayat dibawah betul? 1) Tugas polis trafik ialah mengawal lalu lintas. 2) Tugas polis trafik adalah untuk mengawal lalu lintas. 3) Pak Abu menjual barangannya dengan menjaja makanan. 4) Pak Abu menjual barangannya dengan harga yang murah. Terima kasih.Ayat yang betul ialah: 

 2)Tugas polis trafik adalah untuk mengawal lalu lintas.

4) Pak Abu menjual barangannya dengan harga yang murah.
Tatabahasa20.03.2012
1. Perkhimatan monorel di ibu kota mengurangkan kesesakan lalu lintas. 2. Perkhidmatan monorel mengurangkan kesesakna lalu lintas di ibu kota. Yang manakah satu ayat adalah betul ?Ayat no.1 atau 2 ? Terima kaish.Kedua-duanya betul.Tatabahasa28.06.2010
1. Keadaan lalu lintas di bandar itu menjadi _________ pada peringkat awal perubahan sistem aliran trafik. A. Riuh-rendah B. Simpang- siur C. Kelam -kabut D. Bengkang-bengkok (Nyatakan sebab jawapan yang dipilih)Keadaan lalu lintas di bandar itu bersimpang-siur pada peringkat awal perubahan sistem aliran trafik.
Tatabahasa09.09.2016
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Lintas idea itu dalam fikiran saya ketika saya mendengar lagu. 2. Telur angsa berbentuk lonjong. Terima kasih.Ayat pertama tidak gramatis kerana perkataan lintas tidak membawa makan yang tepat dalam konteks ayat tersebut. Ayat kedua gramatis dan boleh digunakan.Tatabahasa15.10.2012
Kadar kompaun baru yang dikenakan kepada pesalah lalu lintas adalah dengan mengurangkan kemalangan demi menjaga kepentingan awam dan prestasi negara. munsyi, apakah kesalahan istilah dalam ayat ini? TKJawapan:
Kesalahan dalam ayat ialah perkataan "dengan" yang perlu digantikan dengan perkataan "untuk".
Ayat: Kadar kompaun baru yang dikenakan kepada pesalah lalu lintas adalah untuk mengurangkan kemalangan demi menjaga kepentingan awam dan prestasi negara.
Tatabahasa07.11.2014
1234

Kembali ke atas