Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lin.tas] | لينتس

Definisi : 1. lalu dgn cepat; 2. ark bahagian dr jalan kereta api (dr satu tempat ke tempat lain); ~ akal masuk akal, boleh diterima oleh akal; ~ pintas selalu pergi datang (keluar masuk dll), lalu-lalang; selintas tidak berapa lama, sebentar, sekejap: ~ lalu; melintas 1. lalu (dgn cepat): seorang Pak Haji ~ di hadapan peminta sedekah itu; 2. merentas (mengikut jalan yg terdekat), memintas: kita harus berjalan melingkari padang ini kerana tidak dibenarkan ~; 3. memotong jalan, menyeberangi jalan: tidak dibenarkan ~ jalan di sini; 4. teringat (ternampak, terkenang, dll) sekejap: benda pertama yg ~ di kepala Jusoh ialah Semaun; melintasi 1. lalu di, melalui, mengharungi: pelayaran ~ Atlantik; 2. pergi ke seberang, menyeberangi: habis sahaja makan, Ismail ~ jalan ini menuju lori balak; 3. meng­hindarkan (kesulitan dll), mengatasi; terlintas 1. telah dilintasi, telah dilangkaui, telah diselesaikan; 2. teringat dlm hati, terkenang, tergerak (di hati): ~ juga di hatinya hendak mengadu kpd ayahnya perihal ia kena marah itu; lintasan 1. gerakan melintas: kena ~ hantu; 2. sesuatu yg melintas: setiap ~ fikiran dirakamkannya dgn tidak membuat pilihan secara teliti; 3. = pelintas tempat melintas (menyeberang), jalan yg dilalui; ~ belang bahagian jalan yg berjalur-jalur putih atau kuning sbg isyarat supaya kenderaan berhenti utk membolehkan pejalan kaki melintas; ~ zebra lintasan belang; kelintasan 1. telah dilalui atau dilampaui, kelampauan; pantang ~ a) tidak mahu dilalui;b) selalu hendak menang drpd orang lain; 2.Kl dirasuk hantu dll; perlintasan 1. perihal beralihnya (masa, pemerintahan, dll); 2. hadiah utk saudara tua yg didahului (khas drpd adik perempuan yg berkahwin dahulu drpd kakaknya); pelintas orang yg melintas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lin.tas] | لينتس

Definisi : ; melintas 1 pergi ke seberang; menyeberang (jalan dsb): Baik-baik ~ jalan. 2 lalu dgn cepat: Ketika dia bermenung-menung itu, ~ seorang gadis di hadapannya. 3 mengikut jalan yg terdekat; merentas. 4 tampak (teringat, terkenang) sekejap: Kadang-kadang wajah arwah ibuku ~ dlm kepalaku. melintasi 1 melintas di; menyeberangi: Dgn susah payah, mereka ~ sungai itu. 2 mengharungi atau melalui; lalu di: ~ Lautan Atlantik. terlintas terbayang atau terkenang dlm hati atau dlm fikiran; teringat. lintasan 1 gerakan melintas. 2 tempat melintas atau tempat menyeberang. selintas tidak berapa lama; sebentar; sekejap: ~ lalu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lintas
Kata Terbitan : melintas, melintasi, terlintas,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
khidmat nasihat dan perundingan. Kos ini dianggarkan 1.5% hingga 6% pelaburan modal tetap. (KEJ) contraflow (aliran kontra) Pergerakan kenderaan yang diarahkan bergerak dalam arah yang bertentangan dengan arus lalu lintas terutamanya pada waktu puncak dengan bantuan pega- wai trafik. (KEJ) contrail (jejak mengecil) Cerutan jejak pemeluwapan. (HID) control ball (bebola kawalan) Bola berputar yang digunakan sebagai peranti input untuk menentukan atasnya. (METEO) trade windfront (perenggan angin pasat) Perenggan pada musim panas antara angin pasat lautan yang baru terjadi de- ngan udara panas dari benua sekitarnya. (HID) traffic congestion (kesesakan lalu lintas) Keadaan lalu lintas apabila bilangan kenderaan di jalan raya banyak dan ber- asak-asak menuju ke destinasi tertentu. (KEJ) traffic delay (lengah lalu lintas) Masa yang terbuang semasa pergerakan dari

Kembali ke atas