Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lin.ta.san] | لينتسن

Definisi : 1. gerakan melintas: kena ~ hantu; 2. sesuatu yg melintas: setiap ~ fikiran dirakamkannya dgn tidak membuat pilihan secara teliti; 3. = pelintas tempat melintas (menyeberang), jalan yg dilalui; ~ belang bahagian jalan yg berjalur-jalur putih atau kuning sbg isyarat supaya kenderaan berhenti utk membolehkan pejalan kaki melintas; ~ zebra lintasan belang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lin.ta.san] | لينتسن

Definisi : 1 gerakan melintas. 2 tempat melintas atau tempat menyeberang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lintasan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
principles of least actionprinsip tindakan terkecilFizikMekanikPrinsip yang menyatakan bahawa bagi suatu sistem yang jumlah tenaga mekaniknya abadi, trajektori sistem tersebut dalam tatarajah ialah lintasan yang menjadikan nilai tindakannya tidak berubah berbanding dengan lintasan-lintasan antara tatarajah yang sama, dan tenaganya puna mempunyai nilai malar yang sama.
random walkperjalanan rawak;lintasan rawakKejuruteraanTiadaLintasan rawak: Lintasan yang diikuti oleh sesuatu zarah dalam langgaran rawak dalam sesuatu medium.
electric circuitlitar elektrikFizikElektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan1. Lintasan atau kumpulan lintasan saling sambung yang boleh membawa arus eletrik. 2. Susunan yang terdiri daripada satu atau lebih lintasan lengkap dan tertutup bagi aliran elektron.
scattering anglesudut penyerakanFizikAtom dan NuklearSudut antara lintasan tuju dan lintasan akhir yang dilalui oleh zarah atau foton terserak.
Eagle mountingpembingkaian EagleFizikTiadaKaedah pemasangan parutan belauan yang memungkinkan cahaya yang dibelaukan kembali mengikut lintasan yang sama dengan lintasan sinar tuju.
Eagle mountingpembingkaian EagleFizikModenKaedah pemasangan parutan belauan yang memungkinkan cahaya yang dibelaukan kembali mengikut lintasan yang sama dengan lintasan sinar tuju.
acoustic pathlintasan akustikFizikAkustikLintasan yang ditempuhi gelombang akustik di antara dua titik.
pelican crossinglintasan undanKejuruteraan AutomotifTiadaLintasan untuk pejalan kaki melintas jalan yang dilengkapi lampu isyarat.
path of lightlintasan cahayaFizikOptikLintasan yang ditempuhi oleh cahaya di antara dua titik.
zebra crossinglintasan zebraKesenianHiasan DalamanKawasan lintasan berjalur hitam dan putih yang digunakan oleh pejalan kaki untuk melintas di dalam sesuatu ruang yang luas atau di jalan raya.
12345678910...

Kembali ke atas