Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.pan] | ليڤن

Definisi : sj binatang berbisa yg banyak kakinya, Lithobius spp., Scutigera spp.; jenis-jenisnya: ~ bara, ~ gading, ~ papan, ~ rumah, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.pan] | ليڤن

Definisi : beberapa jenis binatang yg banyak kakinya dan berbisa, Scolopendra spp.: ~ bara; ~ gading dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lipan

Puisi
 

Anak lipan sawah padi,
     Cari makan tepi pantai;
Senjata simpan dalam peti,
    senjata/musuh Jumpa musuh baru pakai.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
centipede (Scolopendra subspinipes)lipan (Scolopendra subspinipes)PerubatanTiadaHaiwan artropod berbisa dengan badan bersegmen antara 15 - 190, dan tergolong dalam kelas Chilopoda.
centipede (Scolopendra subspinipes)lipan (Scolopendra subspinipes)PertanianTiadaTiada
crawler vehiclekenderaan roda lipanKejuruteraanTiadaKenderaan yang roda-rodanya berjalan di dalam rantai atau trek yang berterusan, misalnya kereta kebal gempur.
linaiupan(Ir.)linaiupan(Ir.)KesenianTiadaMotif tenunan berunsur haiwan berbentuk badan lipan.
macrofaunamakrofaunaBiologiEkologiHaiwan yang besar, tetapi lebih kecil daripada megafauna. Misalnya, labah-labah, sepah bulan, lipan, siput kecil, dan cacing tanah.
live foodmakanan hidupPerikananAkuakulturHaiwan kecil atau haiwan seni yang hidup dan dijadikan sebagai makanan untuk haiwan yang lebih besar. Contoh makanan hidup ialah moina, Daphnia, artemia, ulat harimau, anak ikan, cengkerik, dan lipan. Selain diberi dalam bentuk hidup, makanan hidup juga diberi dalam bentuk sejuk beku dan sejuk kering. Contoh makanan hidup yang diberikan kepada ikan arowana ialah lipan, cengkerik, anak ikan dan ulat harimau.
bulldozerjentolakKejuruteraanKejuruteraan BangunanJentera yang dipasangkan dengan dozer di bahagian hadapannya bagi menolak tanah. Tayar jentolak biasanya daripada tayar lipan dan berkeupayaan mendaki tanah tinggi dengan mudah.
Brucea amarissimaLada pahit, melada pahitPertanianTiadaTumbuhan jenis renek dalam famili Simaroubaceae juga dikenali sebagai melada pahit. Biasanya tumbuh dengan mudah di kawasan yang terbuka. Daunya jenis majmuk pinat dan tepi daun bergerigi. Bunga berwarna merah yang mempunyai empat cuping kaliks. Buahnya kecil dan keras. Buah matang berwarna hitam mempunyai rasa seperti lada. Daun digunakan untuk merawat kurap, bisul dan gigitan lipan. Buah yang telah masak dimakan untuk meningkatkan suhu badan, mengubati buasir, cirit-birit, sakit perut dan batuk. Akarnya pula digunakan untuk meredakan disentri, diarea, malaria, demam, sakit perut, batuk dan keracunan.
Brucea amarissimalada pahitHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis renek dalam famili Simaroubaceae dan dikenali juga sebagai melada pahit. Lada pahit biasanya tumbuh dengan mudah di kawasan yang terbuka. Daunnya jenis majmuk pinat dan tepi daunnya bergerigi. Bunganya berwarna merah dan mempunyai empat cuping kaliks. Buahnya kecil dan keras. Buah matang berwarna hitam dan mempunyai rasa seperti lada. Daunnya digunakan untuk merawat kurap, bisul dan gigitan lipan. Buah yang telah masak dimakan untuk meningkatkan suhu badan, mengubati buasir, cirit-birit, sakit perut dan batuk. Akarnya pula digunakan untuk meredakan disentri, cirit-birit, malaria, demam, sakit perut, batuk dan keracunan.
pigmentpigmenPerikananAkuakulturBahan berwarna yang terdapat dalam tisu tumbuhan atau haiwan yang dikenali juga sebagai astaksantin. Pigmen digunakan dalam makanan ikan hiasan untuk menaikkan warna ikan supaya kelihatan menarik. Antara bahan pewarna tiruan yang digunakan dalam makanan ialah karotinoid yang diekstrak daripada bakteria atau lobak merah. Terdapat juga makanan hidup semula jadi yang digunakan untuk menaikkan warna ikan hiasan seperti ikan arowana, iaitu cengkerik dan lipan.
12

Kembali ke atas