Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.pas] | ليڤس

Definisi : sj serangga berwarna perang gelap, ber­badan leper dan bujur, mempunyai sesungut yg panjang dan bahagian mulut menggigit, kepuyuk, Periplaneta spp.; ~ kudung sj lipas, Periplaneta orientalis; spt ~ kudung prb selalu bergerak dgn cepat (pantas lagi cekap membuat kerja). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.pas] | ليڤس

Definisi : beberapa jenis serangga yg biasa terdapat di rumah-rumah; kepuyuk, Periplaneta spp.. ~ kudung Periplaneta orientalis. spt ~ kudung selalu bergerak dan dgn cepat (dlm melakukan sesuatu kerja). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lipas

Peribahasa

Pantas seperti lipas.

Bermaksud :

Cepat bekerja.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LIPAS UMUM 
SERANGGA

Serangga ialah haiwan kecil, berkaki enam.

Lebah, semut, penyengat, rama-rama, lipas,

kumbang, kelip-kelip, anai-anai, dan kupu-kupu

adalah serangga. Demikian juga lalat, pepatung,

nyamuk, gegat, belalang, kutu, cengkerik,

belalang Makkah, dan pinjal. Senarai ini tiada

akhirnya.

UMUM 
ANAI-ANAI

Anai-anai ialah nama biasa bagi kumpulan

serangga yang hidup dalam komuniti seperti semut.

Ia telah lama dikenali sebagai semut putih. Nama ini

tidak betul kerana anai-anai hanya sama dengan

semut dari segi tabiat hidup bersama dan saiznya

yang kecil. Sebenarnya, anai-anai lebih rapat

berkaitan dengan lipas dan belalang. Bahagian-bahagian

mulut, sesungut, pinggang yang besar,

sayap primitif dan ciri-ciri lainnya sama seperti yang

ada pada lipas. Semut mempunyai pinggang yang

kecil dan sesungut bersiku.

UMUM 
ARTROPOD

Artropod ialah sebarang haiwan yang tergolong

dalam bahagian besar atau filum alam haiwan yang

dikenali sebagai artropod . Istilah ini dibentuk

daripada dua perkataan Yunani, dan bermakna

tapak kaki bersendi . Sebenarnya, kaki dan bukan

tapak kaki, yang bersendi. Kesemua artropoda, atau

artropod, mempunyai kaki bersendi. Antara

kumpulan artropod yang terpenting adalah:

(1) serangga, termasuk lipas, kumbang, lebah,

rama-rama, dan banyak yang lain; (2) krustasea,

termasuk haiwan yang terkenal seperti ketam,

udang karang, udang, dan teritip; (3) araknid,

termasuk kutu, tuma, labah-labah, kala jengking;

(4) kilopod, atau halipan; dan (5) diplopod atau

gonggok. Filum artropod terdiri daripada lebih tiga

suku daripada kesemua jenis haiwan yang berbeza

jenis. Serangga membentuk kelas artropod yang

terbesar dari segi bilangan spesiesnya.

UMUM 
PEWASAPAN

Pewasapan ialah kaedah membunuh perosak

yang melibatkan penggunaan gas toksik. Ia

digunakan dengan meluas untuk menghapuskan

rumpai, nematod (cacing gelang), dan perosak-

perosak lain di tanah pertanian. Ia juga digunakan

untuk melindungi makanan seperti bijian,

kekeras, dan rempah-ratus daripada tikus dan

serangga semasa disimpan. Barang yang diangkut

dengan kapal antara negara kerap diwasapkan

untuk mencegah perosak dan penyakit daripada

merebak dari negara ke negara lain. Rumah,

pangsapuri, dan bangunan-bangunan lain

kadangkala diwasapkan untuk membunuh lipas,

anai-anai, dan serangga-serangga lain.

UMUM 

Kembali ke atas