Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.pat] | ليڤت

Definisi : 1. (sesuatu) yg dipatahkan dgn tidak putus supaya kedua-dua bahagiannya berlapis, lepit; kajang ~ kajang yg dijadikan berkembar dua; pisau ~ pisau yg matanya boleh dipatahkan ke dalam; 2. rangkap, ganda, kembar; ~ dua kembar (ganda, rangkap) dua; ~ kajang selekoh (sungai, jalan, dll) yg terlalu tajam, siku keluang; ~ pandan nama sanggul yg disirat spt daun pandan yg akan dianyam; berlipat 1. berlapis rapi (kain baju dll): diambilnya baju yg ~ di dlm almari; 2. berlipat ganda; berlipat-lipat 1. banyak lipatnya, berlapis­-lapis; 2. = ~ ganda banyak sekali gandanya, menjadi sangat banyak: barang-barang itu dijualnya dgn mendapat laba yg ~ ganda; melipat 1. mematahkan supaya berkembar (bertangkup, berangkap): dilipatnya suratkhabar itu dan kemudian diletakkannya ke atas meja; 2. ki mengalahkan musuh (lawan), memberkas (menangkap) penjahat: samseng itu telah dilipat oleh polis; 3. ki melakukan pecah amanah (menggelapkan wang dll), tidak menurut perintah; ~ wang menggelapkan wang; 4. ki menjual sesuatu kerana ke­sempitan hidup; 5. menjadi berganda-ganda atau berlebih-lebih (harga barang dll): harga barang import membumbung ~ dua atau tiga; melipatkan mematahkan supaya berkembar (berlapis dll), menjadikan berlipat: Pak Imam ~ tangan Pak Sudin dan kemudian menye­lubungi mayatnya dgn kain; lipatan 1. = pelipatan sesuatu yg berlipat (kain, kertas, dll), hasil melipat: surat itu aku keluarkan dr sampulnya dan perlahan­-lahan aku membuka ~nya; ~ seluar sait seluar; 2. Id pembebat surat khabar; 3. tompokan (kad dll); kelipat kelebek, kelepek (pd baju), lipatan (pd kulit buku yg lembut); kelipatan Id bilangan yg merupakan hasil drpd mendarabkan sesuatu angka: 21 ialah ~ 7; ~ persekutuan terkecil Id angka kandungan kecil; perlipatan perihal berlipat, pergandaan; pelipat 1. = pelipatan bahagian yg di belakang lutut; pelipatan kulit alur pd kulit orang tua yg berlipat-lipat; 2. garisan (pd kain baju, kertas, dll) kerana dilipat, lipatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.pat] | ليڤت

Definisi : ; ~ dua (tiga, empat) berangkap atau berkembar dua (tiga, empat). ~ pandan nama bentuk sanggul yg gelungnya sama spt bentuk gelung daun pandan yg akan dianyam. berlipat 1 dilipat dgn kemas (bkn kain baju, kertas dsb): Kain baju yg dibasuh sudah ~. 2 diperbanyak sekian kali; berganda: ~ tiga diperbanyak tiga kali; tiga kali sebanyak yg dahulu. berlipat-lipat 1 banyak lipatnya; berlapis-lapis. 2 menjadi banyak sekali. melipat membuat sesuatu supaya jadi berlipat: Dia ~ kain yg sudah dibasuh lalu disimpan di dlm almari. lipatan sesuatu yg berlipat; hasil drpd melipat: Dia mengeluarkan duit simpanannya drpd ~ kain itu. pelipat 1 = pelipatan bahagian yg di belakang lutut; garisan pd kain, kertas dll. 2 bekas kena lipat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lipat
Kata Terbitan : berlipat, melipat, lipatan,

Puisi
 

Lipat kain lipat empat,
     Lipat balik punca sedia;
Cari lain haram tak dapat,
     Balik juga orang tak setia.


Lihat selanjutnya...(30)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ingin bertanya apakah perkataan yang sesuai untuk "ladder" dan "staircase? "ladder" boleh jadi tangga lipat tetapi ada juga yang tidak di lipat "staircase" juga tangga tetap tetapi tidak termasuk "fix ladder"Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, ladder dan staircase dipadankan sebagai "tangga".

Merujuk kepada bahasa sumber, ladder merupakan tangga yang boleh diangkat atau diubah, manakala staircase merujuk kepada tangga kekal pada bangunan.
Makna27.12.2021
Saya nak tanya apakah istilah yang boleh dicadangkan pihak PRPM untuk perkataan 'collapsible organizer'? Benda ini digunakan untuk meletak barang dengan teratur. Bolehkah saya menggunakan penyusun/pengatur boleh lipat?Pada pandangan kami, terjemahan yang sesuai bagi 'collapsible organizer' ialah penyusun boleh lipat.Penyemakan dan penterjemahan18.05.2018
macam mana membina "lipat ganda"sebagai ayat??Lazimnya contoh penggunaan yang ditemukan ialah perkataan melipatgandakan (apabila menerima apitan me...kan dieja sebagai satu perkataan) seperti "Pekebun kecil telah dapat melipatgandakan hasil getah mereka".Tatabahasa11.01.2014
Pada zaman ini, banyak pengeluar telefon pintar menghasilkan telefon pintar boleh lipat (fold). Boleh saya dapatkan padanan sesuai untuk "hinge" dan "crease". Boleh rujuk beberapa penulisan luar untuk memahami lebih terperinci maksud hinge dan crease yang saya maksudkan.Padanan bahasa Melayu bagi istilah hinge ialah cemat, manakala padanan bahasa Melayu bagi istilah crease ialah garis. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah03.03.2023
apakah makna "renti rentang"dan "lidan" dalam bahasa melayu lama?. contoh uratku lipat "lidan".. contoh "renti rentang" bawa hantar kasih sayang..Berdasarkan sumber rujukan kami tidak ada dapatan bagi carian kata renti tentang dan lidan. Kami akan berusaha untuk mendapatkan maklumat yang berkenaan dan akan di-e-mel kepada tuan.Makna15.01.2011
Penggunaan rejaman untuk sepak takraw boleh digunakan atau tidak.Dalam permainan sepak takraw, istilah rejaman digunakan bagi maksud lipat. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=rejaman dan klik Istilah Malaysia.Istilah03.08.2013
saya nak tanya maksud perkataan AIR COOLER & BICYCLE FOLDING BIKE dalam bahasa melayu.Istilah bahasa Melayu untuk "air cooler" ialah pendingin udara.  Padanan bahasa Melayu untuk "folding bike" atau "folding bicycle" ialah basikal lipat.Istilah25.04.2016
Apakah kata kerja pasif diri pertama dan kedua bagi kata kerja transitif "melipatgandaakan" dan "menguatkuasakan"? Sekian, terima kasih.

Merujuk perbincangan dengan tuan melalui telefon tentang pertanyaan di atas, ejaan yang betul ialah lipat gandakan dan kuat kuasakan bagi bentuk pasif kata kerja diri pertama dan kedua. 

Tatabahasa06.03.2009
apakah yang dimaksudkan dengan gubir?Menurut Kamus Dewan, gubir membawa maksud gelambir iaitu : kulit yg kendur pd leher lembu (orang tua dll), gedabir;bergelambir 1. mempunyai gelambir, kendur kulitnya atau isinya: perut Tuk Wan yg tidak berbaju itu berlipat-lipat isinya dan ~; 2. = menggelambir menyerupai gelambir, terayun-ayun spt gelambir.Makna21.02.2013
Apakah padanan yang sesuai untuk "cots" yang merujuk kepada a camp bed, particularly a portable, collapsible one.?Merujuk kepada Kamus Inggeris-Melayu Dewan, padanan bagi cot ialah
1. katil budak atau kot
2. katil lipat.
Makna13.10.2017
12

Kembali ke atas