Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.pur] | ليڤور

Definisi : 1. hilang, hapus, lelap, lenyap; 2. hilang kesedihan dll, terlupa kesusahan dll, terhibur: ceritakanlah, agar kudengar, mudahnya dapat hidayat, dr sebab itu ~ hatiku; ~ diri kegiatan yg dilakukan utk menghiburkan hati, bersenang-senang atau menenangkan fikiran: ~ diri memang digalakkan selepas penat bekerja sepanjang minggu; melipur, melipurkan 1. menghapuskan (kesan, tanda, dll), menghilangkan, melelap­kan, melenyapkan; ~ dendam mengikiskan perasaan dendam; 2. menghiburkan (kedukaan hati), menyenangkan: maka Tuanku Malim Deman pun bergurau senda melipurkan hatinya yg dukacita itu; pelipur, penglipur orang yg menghibur atau melipur, penghibur; ~ lara (Sas) orang yg menghiburkan hati yg duka dgn menyampai­kan cerita rakyat yg berunsur jenaka, biasanya diselitkan dgn syair, pantun, seloka dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.pur] | ليڤور

Definisi : 1 tidak ada lagi; lenyap; hapus: Lama-kelamaan nama pemuda itu kian ~ dr hatinya. 2 hilang rasa sedih dsb; terhibur: Betapa pun dipujuk dan dirayu, tidak juga ~ hatinya. hutan ~ hutan tempat berehat-rehat atau tempat bersiar-siar. melipur 1 menghapuskan (kesan, tanda dll); menghilangkan. 2 menghilangkan kesedihan atau kesusahan; menghibur hati yg sedih atau duka: Dia ~ hatinya dgn mendengar lagu-lagu rancak. ~ dendam mengikis perasaan dendam. terlipur sudah lipur hatinya; terhibur. pelipur sesuatu yg menghibur atau melipur; penghibur: ~ lara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lipur
Kata Terbitan : melipurkan, penglipur,

Puisi
 

Hutan lipur tempat bermalam,
     Sungai Pahang airnya tenang;
Walaupun jauh rindu mengidam,
     Tapi bimbang masuk meminang.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LIPUR LARA

LIPUR LARA, sastera rakyat yang berbentuk roman. Cerita lipur lara dapat juga dikelompokkan ke dalam kategori cerita pari berdasarkan persamaan ciri-cirinya dengan fairy tale (Inggeris) atau marchen (Jerman). Di barat, sastera ini sering juga dikenal sebagai cerita magis (magic tale) kerana terdapatnya unsur magis di dalam ceritanya.

SASTERAKarya
CERITA LIPUR LARA

CERITA LIPUR LARA, sastera rakyat berbentuk cerita yang diperturunkan daripada satu generasi ke satu generasi lain melalui bentuk lisan. Cerita lipur lara terkenal sebelum ini sebagai cerita penglipur lara kerana cerita ini dituturkan oleh seorang tukang cerita yang dipanggil penglipur lara. Istilah ini lahir daripada tugas yang dilekatkan kepada pencerita cerita ini kerana diharapkan cerita tersebut akan menghiburkan hati yang duka lara dan menimbulkan kegembiraan. Penglipur lara juga dikenal sebagai Tuk Selampit, Awang Belanga, Tukang Kaba dan sebagainya, mengikut daerah masing-masing dan juga alat bunyian yang digunakan untuk mengiringi penceritaan.

           

SASTERAKonsep
HIKAYAT RAJA BUDIMANHIKAYAT RAJA BUDIMAN, sastera hikayat yang berasal daripada sastera rakyat atau cerita lipur lara. Hikayat ini terdapat dalam tulisan Jawi (cetak batu) dan diterbitkan oleh The American Mission Press, Singapura pada tahun 1896.SASTERAKarya
KABA

KABA, cerita lipur lara Minangkabau. Kaba berasal daripada perkataan khabar atau berita. Kaba juga mungkin ada dalam hubungan bakaba (memberitakan sesuatu). Namun dengan menukarkan abjad ‘b’ dengan ‘c’, perkataan tersebut berubah menjadi ‘ menceritakan sesuatu’, dan ini sesuai dengan hakikat kaba yang dikenali kini.

SASTERATokoh
JUBANG

JUBANG, cerita lipur lara Melayu.  Cerita ini  tersebar dan terkenal di negeri Kedah.  Antara penglipur lara yang pernah menuturkan  cerita ini ialah Abdullah bin Omar atau Lahuma di Kampung Belantik, Sik Kedah, dan Had bin Md. Arif di Ulu Tawar, Kedah.  Cerita tuturan mereka berjudul “Jubang Linggang’.  Manakala Abd. Rahman Derasit atau dikenal sebagai Man Jubang dan Tuk Jubang dari Baling, Kedah menamakan cerita tuturannya iaitu “Gading Jubang Dua Beradik Gading Semerah Linggang”.

SASTERADrama/Filem/Teater/Persembahan
PROSA BERIRAMAPROSA BERIRAMA, genre puisi Melayu tradisional. Isi prosa berirama berupa cerita atau naratif panjang, sama seperti cerita lipur lara dalam tradisi lisan dan karya-karya yang tergolong sebagai sastera rakyat atau sastera hikayat dalam tradisi tulisan. Ciri utama prosa berirama ialah keseluruhan cerita tersebut (dari awal hingga akhir) adalah dalam bentuk puisi yang digolongkan sebagai prosa lirik atau prosa berirama.SASTERAKarya
SYAIR BIDASARISYAIR BIDASARI, puisi Melayu tradisional. Syair ini tergolong sebagai syair romantik. Syair ini berbentuk cerita dan memperlihatkan ciri yang hampir sama dengan cerita lipur lara. Penjalinan unsur-unsur Hindu dan Islam meletakkan syair ini sebagai hasil sastera zaman peralihan.SASTERAKonsep
HIKAYAT TERUNG PIPIT

Hikayat Terung Pipit, hikayat yang tergolong dalam cerita lipur lara. 

SASTERAKarya
CERITA SULUNG JAWA

Cerita Sulung Jawa, tergolong dalam cerita lipur lara. Cerita Sulung Jawa telah dituturkan oleh Bahtin bin Abdul Razak dari Kampung Tembo Yong, Mukim Kedawang, Langkawi, Kedah dan dirakamkan oleh Hassan Ahmad dan Jazamuddin Baharuddin pada 23 dan 24 Mac 1965.

SASTERAKarya
MIR HASSAN

MIR HASSAN (   ?   -   ?   ), penglipur lara Melayu.  Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Dia ialah menantu Pawang Ana. Mir Hassan dan Pawang Ana merupakan tokoh penglipur lara Melayu awal yang mendapat perhatian pentadbir British di Tanah Melayu, terutamanya R.J. Wilkinson dan R.O. Wintedt yang berminat mengkaji kesusasteraan Melayu lama.  Tiga buah cerita lipur lara yang dituturkan oleh Mir Hassan ialah Raja Donan, Hikayat Seri Rama dan Raja Ambung.  Rangka cerita Raja Donan yang dituturkan oleh Mir Hassan menyerupai bentuk rangka cerita tuturannya yang lain. 

SASTERATokoh
12

Kembali ke atas