Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.pur] | ليڤور

Definisi : 1. hilang, hapus, lelap, lenyap; 2. hilang kesedihan dll, terlupa kesusahan dll, terhibur: ceritakanlah, agar kudengar, mudahnya dapat hidayat, dr sebab itu ~ hatiku; ~ diri kegiatan yg dilakukan utk menghiburkan hati, bersenang-senang atau menenangkan fikiran: ~ diri memang digalakkan selepas penat bekerja sepanjang minggu; melipur, melipurkan 1. menghapuskan (kesan, tanda, dll), menghilangkan, melelap­kan, melenyapkan; ~ dendam mengikiskan perasaan dendam; 2. menghiburkan (kedukaan hati), menyenangkan: maka Tuanku Malim Deman pun bergurau senda melipurkan hatinya yg dukacita itu; pelipur, penglipur orang yg menghibur atau melipur, penghibur; ~ lara (Sas) orang yg menghiburkan hati yg duka dgn menyampai­kan cerita rakyat yg berunsur jenaka, biasanya diselitkan dgn syair, pantun, seloka dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.pur] | ليڤور

Definisi : 1 tidak ada lagi; lenyap; hapus: Lama-kelamaan nama pemuda itu kian ~ dr hatinya. 2 hilang rasa sedih dsb; terhibur: Betapa pun dipujuk dan dirayu, tidak juga ~ hatinya. hutan ~ hutan tempat berehat-rehat atau tempat bersiar-siar. melipur 1 menghapuskan (kesan, tanda dll); menghilangkan. 2 menghilangkan kesedihan atau kesusahan; menghibur hati yg sedih atau duka: Dia ~ hatinya dgn mendengar lagu-lagu rancak. ~ dendam mengikis perasaan dendam. terlipur sudah lipur hatinya; terhibur. pelipur sesuatu yg menghibur atau melipur; penghibur: ~ lara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lipur
Kata Terbitan : melipurkan, penglipur,

Puisi
 

Hutan lipur tempat bermalam,
     Sungai Pahang airnya tenang;
Walaupun jauh rindu mengidam,
     Tapi bimbang masuk meminang.


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
lipur dirikegiatan yg dilakukan utk menghiburkan hati, bersenang-senang atau menenangkan fikiran: ~ diri memang digalakkan selepas penat bekerja sepanjang minggu;Kamus Dewan Edisi Keempat
lipur1. hilang, hapus, lelap, lenyap; 2. hilang kesedihan dll, terlupa kesusahan dll, terhibur: ceritakanlah, agar kudengar, mudahnya dapat hidayat, dr sebab itu ~ hatiku; ~ diri kegiatan yg dilakukan utk menghiburkan hati, bersenang-senang atau menenangkan fikiran: ~ diri memang digalakkan selepas penat bekerja sepanjang minggu; melipur, melipurkan 1. menghapuskan (kesan, tanda, dll), menghilangkan, melelap­kan, melenyapkan; ~ dendam mengikiskan perasaan dendam; 2. menghiburkan (kedukaan hati), menyenangkan: maka Tuanku Malim Deman pun bergurau senda melipurkan hatinya yg dukacita itu; pelipur, penglipur orang yg menghibur atau melipur, penghibur; ~ lara (Sas) orang yg menghiburkan hati yg duka dgn menyampai­kan cerita rakyat yg berunsur jenaka, biasanya diselitkan dgn syair, pantun, seloka dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
lipur1 tidak ada lagi; lenyap; hapus: Lama-kelamaan nama pemuda itu kian ~ dr hatinya. 2 hilang rasa sedih dsb; terhibur: Betapa pun dipujuk dan dirayu, tidak juga ~ hatinya. hutan ~ hutan tempat berehat-rehat atau tempat bersiar-siar. melipur 1 menghapuskan (kesan, tanda dll); menghilangkan. 2 menghilangkan kesedihan atau kesusahan; menghibur hati yg sedih atau duka: Dia ~ hatinya dgn mendengar lagu-lagu rancak. ~ dendam mengikis perasaan dendam. terlipur sudah lipur hatinya; terhibur. pelipur sesuatu yg menghibur atau melipur; penghibur: ~ lara.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hutan lipurhutan tempat bersenang-senang (berehat-rehat) utk menyegarkan badan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hutan lipurhutan simpan yg dibuka utk kegunaan orang ramai sbg tempat riadah, perkelahan, dll;Kamus Dewan Edisi Keempat
terlipursudah lipur hatinya; terhibur.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hutan rekreasihutan lipur;Kamus Dewan Edisi Keempat
dura Isl risau, susah hati, gelisah: di­lipur­kannya hatinya yg ~ dgn membaca buku cerita.Kamus Dewan Edisi Keempat
hutankawasan tanah yg ditumbuhi pokok-pokok (yg biasanya tidak dipelihara orang); rimba: Mereka pergi ke ~ mencari kayu api. ~ bakau kawasan yg ditumbuhi pokok-pokok bakau. ~ belantara hutan yg besar. ~ lepas (rimba) hutan yg besar (yg belum dibuka orang). ~ lipur hutan tempat bersenang-senang (berehat-rehat) utk menyegarkan badan. ~ simpan kawasan hutan yg pokoknya tidak boleh ditebang. perhutanan ilmu, pengurusan dll ttg hutan: Jabatan ~; istilah ~. pegawai ~ pegawai yg menjalankan kerja-kerja yg berkaitan dgn hutan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hutan1. kawasan yg ditumbuhi pokok-pokok liar (terbiar), rimba: mereka pergi ke ~ menahan perangkap; pengawas ~ pegawai yg ditugaskan oleh kerajaan utk mengawasi hutan; 2. ki tidak dipelihara orang, liar: anjing ~; ayam ~; 3. pokok-pokok (tumbuh-tumbuhan) yg tidak dipelihara di sesuatu kawasan; ~ asli hutan yg semula jadi (bukan belukar); ~ bakau kawasan yg ditumbuhi pokok bakau (di tepi laut); ~ banat hutan tebal, rimba raya; ~ belantara hutan besar; ~ belukar hutan yg ditumbuhi kayu-kayuan yg kecil-kecil; ~ dara hutan asli yg belum pernah diterokai; ~ larangan = ~ simpan = ~ tutupan hutan yg kayu-kayunya dll tidak boleh diambil (ditebang dll); ~ lepas = ~ rimba hutan yg luas dan besar, hutan belantara; ~ lipur hutan simpan yg dibuka utk kegunaan orang ramai sbg tempat riadah, perkelahan, dll; ~ muda hutan yg baru ditumbuhi pokok-pokok; ~ rekreasi hutan lipur; ~ tua hutan yg pokok-pokoknya sudah tua; ~ jauh diulangi, ~ dekat dikendana prb harta benda (baik jauh atau dekat) hendaklah selalu dijaga supaya jangan merugikan; apa guna­nya merak mengigal di ~ prb tidak berfaedah memperlihatkan kepandaian kpd orang bodoh; apa gunanya bulan terang dlm ~, jikalau dlm negeri berapa baiknya prb lebih berfaedah pengetahuan itu ditunjukkan di dlm majlis supaya orang dapat mengambil man­faat daripadanya; menghutan menjadi hutan, ditumbuhi po­kok-pokok dll: ladang yg ditinggalkan itu ~ lagi; menghutankan menjadikan (daerah, kawa­san, dll) hutan: tanah bekas ditanam tem­bakau dihutankan selama tujuh tahun sebelum ditanami tembakau kembali; kehutanan (ilmu, pengusahaan, dll) ber­kena­an hutan; pegawai ~ pegawai yg men­jalankan kerja yg berkaitan dgn hutan; perhutanan pemeliharaan dll hutan; penghutanan usaha (kegiatan dsb) mena­nami semula kawasan yg luas dgn pokok-pokok kayu supaya kembali (menjadi) spt hutan.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas