Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ®larik I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : jelingan mata, pandangan ke kiri ke kanan, kerlingan; selirik selayang pandang, sekejap pandang; melirik menjeling dgn tajam, mengerling: setelah ~ dulu ke kiri ke kanan, ia pun duduk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. sj puisi yg menggambarkan perasaan; 2. seni kata lagu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : , = lirikan, = ~ mata jelingan mata; kerlingan. melirik menjeling dgn tajam; mengerling. selirik selayang pandang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1 puisi yg melukiskan perasaan. 2 seni kata (dlm sesebuah lagu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lirik
Kata Terbitan : lirikan, selirik, melirik,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lyrical novelnovel lirikKesusasteraanTiadaNovel yang memanfaatkan ciri-ciri sebuah novel biasa dan ciri-ciri puisi lirik. Penulisan novel lirik berlegar pada emosi dan psikologi watak berbanding pembinaan plot seperti yang biasa ditemui dalam novel konvensional. Novel ini lebih menekankan puisi lirik yang menyentuh perasaan penulis tentang sesuatu perkara dan pemaparannya melalui imejan. Contoh sastera Indonesia ialah Pengakuan Pariyem oleh Linus Suryadi AG. Lihat juga imejan, lirik, novel.
lyriclirikKesusasteraanTiadaPuisi pendek yang menyuarakan pemikiran dan perasaan sesorang penyair. Puisi ini mungkin diucapkan secara bersendirian atau kepada watak lain. Dalam kebanyakan puisi lirik, watak tersebut adalah rekaan dan berbeza dengan watak penyair. Tema lirik biasanya tentang percintaan dan suasana perasaan watak juga berhubungan dengan percintaan tersebut. Puisi lirik merupakan suatu pernyataan ringkas tentang keadaan perasaan watak seperti dalam sajak bertajuk To Night oleh Shelley. Jenis-jenis puisi lirik ialah soneta, oda, elegi dan haiku. Puisi lirik yang lebih kompleks dan pabnjang ialah elegi dan oda. Contoh puisi Oda ialah On the Morning of Christ�s Nativity oleh Milton. Lihat juga oda.
mozarabic lyriclirik mozarabikKesusasteraanTiadaLirik yang dihasilkan oleh masyarakat Mozarab yang mendiami bumi andalus. Pelibatan masyarakat ini dalam kegiatan sastera menghasilkan sumbangan yang bernas, iaitu menulis lirik mozarabik yang merujuk kepada hasil seni terutamanya dalam puisi. Masyarakat Mozarab disebut sebagai golongan al-musta�rabin dalam bahasa Arab. Mereka merupakan masyarakat Kristian asal Sepanyol yang memeluk Islam atau yang terpengaruh dalam kebudayaan dan sosial masyarakat Arab.
lyric songnyanyian lirikKesusasteraanPuisiPuisi yang dihasilkan bertujuan untuk dinyanyikan. Dalam konteks ini isi dan pemikiran yang terkandung di dalamnya sarat dengan perasaan penciptanya. Hal ini akan dapat dikesan dengan jelas apabila sesebuah puisi (nyanyian lirik) didendangkan. Contohnya, pada lirik pertama lagu P. Ramlee yang berjudul "Di Mana Kan Ku Cari ganti" seperti di bawah. Hendakku nangis Tiada berair mata Hendakku senyum Tiada siapa nak teman Kalaulah nasib Sudah tersurat Begini hebat Apa nak buat.
lyric poetrypuisi lirikKesusasteraanTiadaPuisi yang diperkaya dengan gaya lirik seperti irama, simbolik dan lain-lain untuk menyampaikan perasaan pengarang.
lyric proseprosa lirikKesusasteraanTiadaProsa yang diperkaya dengan gaya lirik seperti irama, simbolik dan lain-lain untuk menyampaikan perasaan pengarang.
lyrical dramadrama lirikKesenianDrama dan TeaterGenre drama yang menggunakan lirik atau unsur puisi untuk menyampaikan jalan cerita.
lyric poetrypuisi lirikKesusasteraanPuisiPuisi yang sangat peribadi sifatnya. Apabila puisi lirik ini dibaca secara senyap atau dideklamasikan, kesannya akan menyentuh perasaan dan hati nurani pembaca atau pendengar. Contohnya, puisi "Berkolek Bersajak (i)"' dan "Berkolek Bersajak (ii)" dalam antologi Pengantin Laut karya J.M. Aziz.
nocturnenokturnaKesusasteraanPuisiPuisi-puisi lagu atau isi lirik atau pemikiran yang diungkapkan adalah berhubung dengan perasaan seseorang. Noktuma ini dicipta untuk dilagukan pada waktu malam. Contohnya, puisi atau lirik lagu "Jeritan Batinku" ciptaan S. Sudarmaji, nyanyian Allahyarham P. Ramlee dapat digolongkan dalam nokturna ini.
horation odeoda horasKesusasteraanTiadaSajak lirik Inggeris yang diilhamkan daripada lagu karya penyair rome yang bernama Horace. Dalam sajak ini, setiap stanza biasanya mempunyai bentuk dan pola meter yang sama. Sajak ini berbeza dengan sajak lirik ciptaan Pindar. Lihat juga oda.
12345678

Kembali ke atas