Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lis] | ليس

Definisi : 1. bp daftar, senarai: ~ derma Masjid Negara; 2. garisan di sekeliling gambar, bingkai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lis] | ليس

Definisi : senarai atau daftar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lis


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, apakah pecahan suku kata bagi perkataan 'vandalisme'? Adakah van / da / lis / me atau van / da / lisme? Sekian, terima kasih.Pecahan suku kata perkataan vandalisme ialah van/da/lis/me.Tatabahasa08.07.2013
Bagaimanakah pecahan ejaan suku kata bagi perkataan 'polistirena'?adakah po/lis/ti/re/na atau po/li/sti/re/na?terima kasih.Pecahan/pemenggalan suku kata bagi perkataan polistirena ialah po.lis.ti.re.na.Tatabahasa21.02.2014
Bagaimanakah sebutan mengikut suku kata bagi perkataan serapan khususnya bahasa arab? Contoh: 1. Khatulistiwa =kha.tu.lis.ti.wa / kha.tul.is.ti.wa 2. Taasub =ta(k).sub / ta.a.sub Adakah perlu mengikut sebutan baku (lidah melayu) atau boleh sahaja mengikut sebutan asal (lidah arab)?Peraturan sebutan bagi kata serapan daripada bahasa Arab boleh menggunakan dua cara:

a. Cara sebutan tertakluk pada pedoman umum sebutan kata Melayu jati, dan
b. Cara sebutan menurut bunyi asal dalam bahasa sumber.

Menurut Awang Sariyan (2006), kaedah penulisan dan pengucapan kata-kata terdiri daripada bahasa Arab perlu ditentukan larasnya sama ada termasuk dalam laras bahasa umum atau laras bahasa khusus (istilah agama).
Tatabahasa03.09.2014

Kembali ke atas