Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.san] | ليسن

Definisi : 1. lidah: jilat dgn ~ tujuh hari; 2. sesuatu yg diucapkan (tidak ditulis); saya telah diberitahu dgn (secara) ~ diberitahu dgn mulut (bukan dgn surat); melisankan menyebut dgn mulut, menutur­kan; kelisanan hal yg berkaitan dgn lisan: istilah dan gagasan yg dipakai utk membicarakan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.san] | ليسن

Definisi : 1 lidah. 2 sesuatu yg diucapkan; perkataan: diberitahu secara ~ diberitahu dgn mulut (tidak dgn surat). melisankan menyebut dgn mulut; menuturkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lisan
Kata Terbitan : melisankan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
oral literaturesastera lisanKesusasteraanTiadaBentuk karya sastera yang muncul dalam masyarakat pratulisan, dicipta dan disampaikan secara lisan. Sastera lisan merupakan bentuk sastera yang terawal muncul dalam sesuatu masyarakat. Biasanya, sastera lisan bersifat kolektif, dan boleh dimiliki dan dihayati secara bersama. Sastera lisan kebanyakannya dianggap sebagai suatu bentuk seni persembahan kerana melibatkan gerak tubuh, dialog, muzik dan kostum. Sastera lisan disampaikan oleh tukang cerita profesional dan bukan profesional. Tukang cerita profesional digelar Awang Batil, Tarik Selampit, dan Awang Belanga. Oleh sebab sastera lisan disampaikan secara spontan, penciptaannya harus bergantung pada formula, frasa kodi, serta tema yang sudah tersedia dalam tradisi lisan. Formula, frasa kodi dan tema tersedia itu diubahsuai mengikut keperluan teks. Justeru, sastera lisan memperlihatkan ciei-ciri khusus penciptaan lisan, seperti bersifat skematik dan formulaik, serta penuh dengan unsur-unsur perulangan dan keselarian. Sastera lisan terdiri daripada bentuk prosa atau separa prosa seperti cerita rakyat dan lipur lara. Sastera lisan juga disampaikan dalam bentuk puisi, iaitu pantun, seloka, mantera, teromba dan lain-lain. Lihat juga cerita rakyat, formulaik.
oral literaturekesusasteraan lisan; sastera lisanKesusasteraanTiadaKesusasteraan yang disampaikan melalui pertuturan atau percakapan dikembangkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain.
oral literaturekesusasteraan lisan; sastera lisanLinguistikTiadaTiada
oral transmissionalih lisan/ transmisi lisanKesusasteraanTiadaPenurunan suatu pengucapan sama ada berbentuk cerita atau bukan cerita secara tidak bertulis yang disampaikan dari satu generasi kepada generasi yang lain.
verbal communicationkomunikasi lisanKomunikasiKorporatKomunikasi atau perutusan yang menggunakan kaedah pertuturan sebagai alat untuk memindahkan mesej daripada sumber kepada penerima. Bahasa merupakan alat asas yang berfungsi untuk membentuk makna dalam komunikasi lisan. Keberkesanan penggunaan komunikasi lisan banyak bergantung pada kesesuaian pertuturan dengan suasana dan budaya khalayak penerima. Dalam keadaan tertentu, kemahiran menggunakan bahasa yang gramatis dan kreatif diperlukan. Dalam keadaan lain, kemahiran menggunakan bahasa harian atau dialek tempatan boleh meninggalkan kesan mendalam dalam proses komunikasi lisan. Selain itu, kejayaan penggunaan komunikasi lisan juga banyak bergantung pada kemahiran dan kecekapan bertutur, kemampuan menguasai tahap intonasi, dan keupayaan menggabungkan komunikasi lisan dengan bahasa gerak-geri atau tubuh bahasa. Dalam bidang komunikasi korporat, salah satu faktor yang membantu menjayakan proses atau aktivitinya ialah kesedaran yang berterusan tentang kepentingan penggunaan komunikasi lisan yang bersesuaian dengan keperluan masa dan tempat. Hal ini kerana melalui komunikasi lisan, penerima mesej boleh membentuk dan menggambarkan citra tentang sesebuah organisasi diwakili oleh penutur komunikasi lisan berkenaan. Selain itu, komunikasi lisan juga penting bagi membantu mengurangkan atau mengelakkan konflik komunikasi yang berlaku dalam organisasi atau antara sesebuah organisasi dengan organisasi lain.
formulaic verbal theoryteori formulaik lisanKesusasteraanTiadaTeori penciptaan lisan yang dipelopori oleh Millman Parry dan Albert Lord. Berdasarkan kajian mereka ke atas puisi Homer dan puisi lisan dari Yugoslavia, mereka mendapati bahawa proses penciptaan lisan bergantung pada penggunaan yang disebut sebagai formula a group of words which is regularly employed under the same metrical conditions to express a given essential idea. Penggunaan formula amat penting bagi sesuatu penciptaan lisan yang berlangsung secara spontan untuk mengelakkan penyampaian yang tersekat-sekat. Biasanya formula mempunyai bentuk frasa kodi yang bersukat, berentak, mudah dihafal serta diingat kembali oleh seseorang pencerita. Formula demikian bukan sahaja membantu hafalan dan penyampaian, tetapi mudah diubahsuai dalam setiap penyampaian. Proses penciptaan lisan juga melibatkan penciptaan semula cerita semasa penyampaian. Contohnya, Amin Sweeney dalam kajiannya tentang penciptaan sastera lisan Melayu, telah memperlihatkan bahawa setiap penyampaian cerita tidak pernah sama, walaupun bagi cerita yang sama. Hal ini demikian kerana tukang cerita akan melakukan improvisasi ke atas ceritanya. Cerita yang disampaikan bukanlah teks yang dihafal tetapi teks yang terdiri daripada formula tersirat bagi setiap tahap cerita. Kaedah penciptaan ini dikenali sebagai penciptaan skematik dan merupakan penciptaan lisan yang berbeza daripada penciptaan tulisan. Oleh sebab penciptaan tersebut, maka tidak terdapat satu versi lisan yang dianggap benar-benar tepat kerana setiap persembahan adalah unik dan berbeza. Lihat juga formula.
verbal altercationperbalahan lisanKriminologiKeadilan JenayahTindakan berbalah atau bergaduh secara percakapan atau lisan. Contohnya, dua kumpulan kongsi gelap yang terlibat dalam perbalahan lisan sehingga menyebabkan pergaduhan.
folk epicepik rakyatKesusasteraanTiadaNaratif lisan yang dipersembahkan di hadapan khalayak. Sama seperti karya lisan yang lain, epik rakyat tidak mempunyai pengarang yang jelas, dan menjadi sebahagian daripada tradisi rakyat yang disebarkan secara lisan. Kebanyakan epik rakyat disampaikan dalam bentuk puisi atau separa puisi. Biasanya, epik rakyat yang popular dipertingkatkan dan diperhalus menjadi epik tulisan. Contohnya, Epik Ramayana dan Mahabharata bermula sebagai epik rakyat yang kemudian digubah menjadi karya bertulis. Gilgamesh di Asia Barat dan Beowulf di Eropah ialah contoh epik rakyat yang terkenal. Dalam tradisi Melayu, Cerita Maharaja Wana yang menjadi repertoir dalam wayang kulit Siam di Kelantan ialah contoh epik rakyat yang baik. Epik rakyat dikenali juga sebagai epik primer atau epik primitif.
social communicationkomunikasi sosialKomunikasiKorporatKeadaan dan proses perhubungan antara manusia dalam kumpulan dan masyarakat. Keadaan tersebut melibatkan komunikasi lisan dan bukan lisan yang berlaku dalam situasi perhubungan sosial manusia secara rasmi atau tidak rasmi. Proses hubungan sosial ini melibatkan semua peringkat umur. Ruang lingkup penelitian komunikasi sosial termasuk perkara yang berkaitan dengan pola perhubungan, sama ada berdasarkan demografi, keadaan struktur, ataupun status sosial dalam sesebuah masyarakat. Perancang strategi komunikasi korporat dan pengiklanan perlu mempunyai dan memahami maklumat yang berkaitan dengan komunikasi sosial bagi membantu mereka merancang strategi penyebaran maklumat. Kefahaman dan pengetahuan tentang keadaan dan proses komunikasi sosial ini boleh menghasilkan mesej pemujukan yang bukan sahaja difahami tetapi dihayati dan dirasai oleh khalayak. Sinonim perutusan gaulan.
folk epicepik rakyatKesusasteraanPuisiPuisi dalam bentuk cerita yang panjang, sehingga menghasilkan sebuah buku dan digolongkan sebagai tradisi lisan atau disampaikan secara lisan, terutamanya syair. Contohnya, "Syair Abdul Muluk", "Syair Dandan Setia" dan "Selendang Delima".
12345678910...

Kembali ke atas