Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.sut] | ليسوت

Definisi : 1. kecut dan kendur (kulit dll): kulitnya mulai ~; bengkaknya ~; 2. tidak segar lagi (bunga dll), layu; 3. ki sudah tua benar, layu: lelaki yg tua ~ itu tiba-tiba menjengah muka dr arah dapur; melisut menjadi lisut (kulit dll); melisutkan menjadikan lisut (kulit dll); kelisutan perihal lisut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.sut] | ليسوت

Definisi : 1 kecut atau kedut (bkn kulit buah dll). 2 tua benar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lisut (kata nama)
1. Bersinonim dengan kecut: berkedut, berkerut, keresot, kisut, merunyut, kerepot, kelambur, menggelembur, susut, berkerunyut,
Berantonim dengan tegang

2. Bersinonim dengan layu: tidak berseri, kering dan kecut, melipu, lecuh, alum,
Berantonim dengan mekar

Kata Terbitan : melisutkan, kelisutan,

Puisi
 

Anak kuda tepi gedung,
     Mari makan rumput rampai;
Buah saya buah kedondong,
     Sampai lisut tak makan tupai.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pharyngeal tonsiltonsil farinksBiologiHistologi dan SitologiJisim tisu limfa di belakang farinks dan terletak di antara tiub Eustachao di dalam lamina propria. Tisu ini berkembang dengan sempurna pada kanak-kanak, tetapi menjadi lisut pada kalangan orang dewasa. tonsila faringea.
high frequency dryingpengeringan frekuensi tinggiPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanPengeringan kayu menggunakan medan eletrik frekuensi tinggi yang bergetar antara suhu hingga 30 juta kitar per saat untuk memanaskan kayu. Tenaga eletrik dikenakan kepada kayu melalui dua plat logam yang bertindak sebagai elekltrod. Cara pengeringan ini melibatkan pelaburan yang mahal dan hanya sesuai digunakan untuk mengeringkan barangan kayu yang mahal seperti kepala kayu golf dan pemukul bola lisut.

Kembali ke atas