Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.te.ral] | ليترل

Definisi : 1. berasaskan makna sebenar atau makna biasa kata-kata yg digunakan (bukan makna kiasan atau makna yg tersirat di sebaliknya: sikapnya sangat sederhana, dan beliau kerap mentafsirkan percakapan suaminya secara ~; 2. harfiah: terjemahan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata literal


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Dalam 'Istilah Bahasa Melayu', terdapat 16 entri 'harafiah' digunakan untuk terjemahan 'literal'. Tetapi tiada entri 'harafiah' dalam Kamus Dewan Edisi 4, yang ada hanyalah 'harfiah'. Saya harap percanggahan ini dapat diselesaikan untuk mengelakkan kekeliruan. Sekian, terima kasih.Padanan istilah dalam bahasa Melayu bagi istilah literal ialah 'harfiah'.

Perkataan 'harfiah' berasal daripada bahasa Arab fus.ha (baku) iaitu 'harfiyyah' (حرفيه) yang membawa maksud perkataan demi perkataan.

Pihak kami ambil maklum tentang 16 istilah 'harafiah' yang terdapat dalam Pangkalan Data PRPM dan akan merujuk kepada bahagian yang berkenaan.
Lain-lain19.07.2021
MAKNA PERKATAAN TONG SAMPAHSecara literal perkataan "tong " membawa maksud tempat atau bekas yang diperbuat daripada papan, kayu bulat torak bentuknya, tahang, tin , atau kaleng yang besar, manakala "sampah" ialah benda-benda yang dibuang, kotoran (daun-daun kering, kertas-kertas kotor, dll). Walau bagaimanapun, sekiranya kita melihat ungkapan ini dalam bidang teknologi maklumat (recyle bin) akan membawa maksud "tong kitaran semula".  Makna20.02.2009
Apakah maksud bagi perkataan KEGIATAN EKONOMI ?Secara literal kegiatan ekonomi bermaksud usaha atau kerja yang berkaitan dengan hal ehwal ekonomi.Makna20.06.2015
apakah maksud kegiatan ekonomi??Maksud kegiatan ekonomi secara literal ialah sesuatu aktiviti yang berkaitan dengan pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang, dan perkhidmatan.Makna26.06.2015
apakah yang dimaksudkan dengan badan berkanun. adakah maksud secara literal ataupun konseptual mengikut persepsi masa kini?

Berdasarkan Kamus Pelajar Edisi Kedua, badan berkanun ialah jabatan kerajaan yang dibentuk mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri. Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan salah satu contoh badan berkanun.   

Makna26.12.2009
Medan yg dpt meluaskan pemikiran dlm mendefinasikan perkataan.. tpi kenapa definasi literal untuk 'hak' tiada? hanya ad sinonim sahaja.. minta diberi tunjuk ajar kpda hamba y jahil ini..Hak ialah kuasa atas sesuatu atau untuk berbuat sesuatu (ditentukan oleh undang-undang, agama, adat istiadat, dan sebagainya, lihat paparan di http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=hak.Makna25.07.2012
pakar bedah mayat dalam bahasa inggeris

Sekiranya diterjemahkan secara literal  "outpsy" (autopsi) Pemeriksaan organ dan tisu mayat untuk menentukan sebab kematian atau keadaan patologi. Manakala pakar bedah dalam bahasa Inggeris ialah "surgeon". Manakala kata Forensic (forensik) pengetahuan perubatan yg diperlukan dlm pengadilan (misalnya, utk menentukan punca sesuatu kematian). Walau bagaimanapun, sdr dinasihatkan menghubungi Institut Terjemahan Negara Malaysia di talian 03-41497210.

Istilah01.03.2009
Salaam. Apakah ada terma khas untuk "soft furnishing"? Jika dialih bahasa secara literal, soft furnishing bermaksud perabot lembut iaitu maksudnya kurang tepat. Soft Furnishing biasanya merujuk kepada barangan di dalam rumah seperti karpet, bantal, langsir, kelambu, alas kaki, alas kerusi & meja, dan sebagainya. Biasanya soft furnishing di perbuat dari benang, kapas, sutera dan sebagainya. Soalan saya, apakah terma yang sesuai dalam bahasa melayu yang merujuk kepada "soft furnishing"? Kerana menggunakan terma soft furnishing lebih tepat berbanding "perabot lembut" Terima kasih atas bantuan.Kami mencadangkan padanan untuk perkataan soft furnishing ialah hiasan rumah atau kelengkapan rumah.

Walau bagaimanapun, sekiranya tuan hendak memberikan sumbangan maklumat yang berkaitan dengan padanan kata Melayu dengan bahasa asing, tuan boleh layari laman web Gerbang Kata DBP dan membuat pendaftaran kata pada bahagian Saran Kata.

http://ekamus.dbp.gov.my/
http://ekamus.dbp.gov.my/DaftarKata.aspx
Makna25.03.2021
Istilah DBP untuk Green Graphic Design atau Green DesignIstilah tersebut boleh diterjemah secara literal iaitu, Reka Bentuk Grafik Hijau dan Reka Bentuk HijauPenyemakan dan penterjemahan26.06.2018
DEFINISI BAGI LESIKAL,KONOTASI,DENOTASI,KOLOKASI,POLISEMI,HOMONIM,KETAKSAMAAN,IMPLISIT,EKSPLISIT,SEMANTIK LINGUISTIK,SINONIM,MAKNA LITERALMenurut Kamus Dewan, leksikal - (Lin) bkn perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa, atau (makna leksikal makna sesuatu perkataan itu sendiri (tanpa melihat penggunaannya dlm ayat dsb). Konotasi pula bermaksud asosiasi atau idea yg dimaksudkan oleh sesuatu perkataan atau ungkapan selain maknanya yg tersurat. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat lebih terperinci berkaitan perkara di atas, saudara boleh membuat rujukan pada Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Makna06.08.2007
123

Kembali ke atas