Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.wat]/[li.wat] | لواط

Definisi : Ar hubungan jenis melalui dubur: dia menghadapi tuduhan melakukan ~ ke atas empat orang pelajar lelaki; meliwat melakukan liwat terhadap sese-orang: dia dituduh ~ seorang pelajar lelaki berusia 12 tahun dlm bulan Februari 1987. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata liwat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya keliru dengan beberapa perkataan arab sama ada perlu ditransliterasi atau tidak kerana perkataan arab yang sudah menjadai sebutan umum bm, tidak perlu ditransliterasi lagi.Perkataannya ialah- ibadah,solat, tawaf, liwat, nikah, fasakh,ulama, fuqaha,syara',biah,wuduk,aib, aqli,al-Quran, al-Sunnah, reda(maksudnya rela).Harap tuan dapat membantu adakah perkataan di atas perlu ditransliterasi atau tidak.

Kata umum daripada bahasa Arab yang sudah terserap dalam bahasa Melayu dieja dalam ejaan Rumi mengikut cara mengeja kata-kata jati dalam bahasa Melayu. Contohnya; sahabat, darurat, hakim, izin, kubur, zat, zalim dan sebagainya. Manakala istilah dalam bidang khusus agama Islam boleh ditulis dengan menggunakan kaedah transiliterasi huruf Arab kepada huruf Rumi seperti yang disenaraikan dalam buku Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke Hurus Rumi. Contohnya; hadith, isti'mal, qunut, riya' dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Pedoman Transliterasi Huruf Arab ke Hurus Rumi, terbitan DBP.

Tatabahasa16.02.2010
Dalam konsep qazaf, ada beberapa pendapat bercanggah dalam memberi makna qazaf tersebut. Versi pertama, qazaf bermaksud menuduh perempuan suci berzina (berdasarkan buku teks pendidikan islam kssm tingkatan 5). Versi kedua, menuduh perempuan solehah/baik berzina(melalui enjin carian Google). Adakah kedua-dua versi ini membawa kepada makna yang sama?Khidmat Nasihat DBP tidak dapat menentukan takrif yang paling tepat antara kedua-dua sumber yang diberikan. Walau bagaimanapun, berdasarkan himpunan fatwa yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, qazaf dari segi istilah ialah tuduhan berzina pada tempat celaan dan mengaibkan (Mukhtar al-Sihah), dan sebahagian ulama lagi mendefinisikan qazaf sebagai menuduh seseorang melakukan zina, liwat atau menafikan nasab.


Tatabahasa16.04.2022

Kembali ke atas