Penggunaan perkataan oleh Contoh soalan: 1. Abang terjaga oleh deringan jam loceng. 2. Abang terjaga dengan deringan jam loceng. Mana satu yang betul? | Penggunaan yang betul ialah Abang terjaga oleh deringan jam loceng. | Tatabahasa | 30.04.2019 |
Apakah tanda baca bagi ayat berikut? Ring...loceng rehat berbunyi. | Ring, loceng rehat berbunyi. | Lain-lain | 28.02.2007 |
mohon semakan untuk penyataan ini Sila tekan loceng untuk perkhidmatan (atau) Sila tekan loceng untuk bantuan Terima kasih | Kedua-dua penyataan tersebut boleh digunakan bergantung pada pada konteks sama ada perkhidmatan atau bantuan yang hendak dinyatakan. | Tatabahasa | 10.04.2009 |
Jam loceng yang berada di atas kepala katil Farid berdering nyaring. Betulkah perkataan berdering dan perkataan nyaring yang digunakan di dalam ayat tersebut?Mohon penjelasan lanjut. Terima kasih. | Berdering ialah sesuatu yang mengeluarkan bunyi berdering-dering atau mendering seperti bunyi loceng, telefon, giring-giring dan lain-lain, manakala nyaring sesuatu bunyi yang kuat dan nyata yang merujuk keadaan atau hal nyaring. Oleh Itu, ayat jam loceng yang berada di atas kepala katil Farid berdering nyaring betul. | Makna | 16.05.2020 |
Salam sejahtera. Adakah kata hubung ‘bila’ dan ‘apabila’ dapat digunakan di permulaan ayat. Contohnya: 1. Bila loceng sekolah berbunyi, murid-murid bergegas ke kantin sekolah. 2. Apabila Cikgu Ella mula mengajar, murid-murid memberikan perhatian dengan sepenuhnya. | Ayat yang betul ialah Apabila Cikgu Ella mula mengajar, murid-murid memberikan perhatian dengan sepenuhnya, ayat penyata. Bila digunakan dalam ayat tanya, seperti Bilakah loceng berbunyi? | Tatabahasa | 26.10.2020 |
Tuan, untuk bunyi wisel, loceng dan hilaian hantu (selain dialog) dalam novel perlu ditulis bagaimana? (1) 'Prittt...!' atau "Prittt...!" (2) 'Kring...!' atau "Kring...!" Terima kasih. | Dialog menggunakan tanda petik kata (" "), ejaannya "Kring ..." dan "Prit ...". | Ejaan | 23.06.2012 |
Salam sejahtera. Adakah kata hubung ‘apabila’ dan ‘bila’ dapat digunakan di permulaan ayat? Contohnya: 1. Bila loceng sekolah berbunyi, murid-murid bergegas ke kantin sekolah. 2. Apabila Yasmin menerima trofi itu, dia tersenyum lebar. | Ayat yang betul ialah Apabila Yasmin menerima trofi itu, dia tersenyum lebar, ayat penyata. Bila digunakan dalam ayat tanya, seperti Bilakah anda berpindah? | Tatabahasa | 23.10.2020 |
tuan, boelhkah tuan memberitahu saya apakah nama untuk wind chime dalam Bahasa Malaysia ? sekian, terima kasih. | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "wind chime". Walau bagaimanapun, dalam pangkalan data kami terdapat istilah "door chime" yang padanan bahasa Melayunya ialah peranggu loceng pintu. Oleh itu, cadangan istilah bahasa Melayu untuk "wind chime" ialah peranggu loceng angin. | Istilah | 23.04.2012 |
Manakah istilah yang sesuai untuk nama bagi objek Jam Besar yang terletak di Bangunan Sultan Abdul Samad? 1. Jam Besar Menara Bangunan Sultan Abdul Samad 2. Menara Jam Besar Bangunan Sultan Abdul Samad 3. Loceng Jam Menara Bangunan Sultan Abdul Samad 4. Jam Besar Bangunan Sultan Abdul Samad | Cadangan penamaan yang sesuai ialah Jam Besar Bangunan Sultan Abdul Samad. | Lain-lain | 22.02.2024 |
Tuan/Puan, 1. Perlukah kata pemeri 'ialah' digunakan untuk ayat-ayat berikut? (a) Aku ialah pemburu burung yang hebat. (b) Pantas berfikir, kelawar itu menjawab, "Oh, tapi aku bukan burung, aku ialah tikus." (c) "Oh, tapi aku bukan tikus," jawab kelawar. "Aku ialah kelawar." Kalau 'ialah' tidak perlu, mengapa? 2. Adakah penggunaan 'adalah' betul bagi ayat di bawah? Tikus yang bijiak itu berkata, "Apa yang aku ingin tahu adalah siapa yang berani untuk pergi dan mengikat loceng di leher kucing?" Harap tuan/puan boleh menjawab seawal yang boleh. Sekian. Terima kasih. | 1. Kata pemeri "ialah" boleh ada atau tiada dalam ayat tersebut. Sebagai kata pemeri "ialah" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. 2. Penggunaan yang gramatis dalam ayat tersebut "ialah" sesuai dengan fungsinya sebagai kata pemeri yang hadir sebelum frasa nama. | Tatabahasa | 03.08.2011 |