Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lo.ghat] | لو‌غت

Definisi : 1. kata (dlm erti yg sebenarnya); terjemahan menurut ~ terjemahan sekata demi sekata, erti yg tepat; 2. bahasa daerah, dialek, bahasa setempat: ~ Minangkabau; Bahasa Melayu Sarawak mempunyai bebe­rapa ~ yg berbeza dr setempat ke setempat; 3. gaya mengucapkan kata-kata: “Siapa nama awak?” ia bertanya dgn ~ Riau-Johor; bahasa Melayunya fasih sekalipun ~ Jepunnya masih jelas kedengaran; 4. daftar kata, perbendaharaan kata: kata itu terdapat dlm ~ Melayu; ~ rasmi loghat atau bahasa yg ditetapkan oleh pihak yg berkuasa sbg loghat yg sah; ~ umum loghat yg selalu dipakai oleh orang ramai; ilmu ~ ilmu bahasa; kitab ~ kamus; berloghat menggunakan (bercakap dlm) loghat: dia ~ Kelantan sewaktu bercakap dgn kawan sedaerahnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lo.ghat] | لو‌غت

Definisi : Kl, Tr tergesa-gesa: kamu ~ ni hendak pergi ke mana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lo.ghat] | لو‌غت

Definisi : 1 bahasa daerah; bahasa setempat; dialek: ~ Kelantan. 2 gaya mengucapkan atau menyebut perkataan; pelat: Drpd ~nya, kita dpt meneka bahawa beliau orang Perak. 3 perbendaharaan kata: Perkataan itu tidak terdapat dlm ~ Sunda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
loghat
Rujuk :bahasa


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Loghat dalam dramaRohani YousoffDewan Budaya1 October 2007
Loghat KelantanSuhaimi Mohd SallehPelita Bahasa1 March 1993
Loghat Kelantan: huraian fonoloji dan chatetan pendek mengenai sifat2umum-nyaNik Safiah Hj. A. KarimDewan Bahasa1 June 1966
Loghat JakartaKhalid HussainDewan Bahasa1 July 1974
Loghat Langkawi: satu kajian awalBrennan, HughJurnal Dewan Bahasa1 July 1996
Loghat daerah dalam bahasaIsmail IbrahimDewan Bahasa1 September 1968
Satu huraian tentang loghat dan bahasaIdris Haji NorDewan Bahasa1 January 1961
Bahasa Melayu Pattani dan loghat negeriZakaria GhaniPelita Bahasa1 September 1989
Meninjau beberapa aspek fonoloji loghat KelantanNik Safiah Hj. A. KarimDewan Bahasa1 August 1967
Bunyi bahasa kesatuan untuk mengatasi loghatAsrafMastika1 May 1956

Kembali ke atas