Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lo.ghat] | لو‌غت

Definisi : 1. kata (dlm erti yg sebenarnya); terjemahan menurut ~ terjemahan sekata demi sekata, erti yg tepat; 2. bahasa daerah, dialek, bahasa setempat: ~ Minangkabau; Bahasa Melayu Sarawak mempunyai bebe­rapa ~ yg berbeza dr setempat ke setempat; 3. gaya mengucapkan kata-kata: “Siapa nama awak?” ia bertanya dgn ~ Riau-Johor; bahasa Melayunya fasih sekalipun ~ Jepunnya masih jelas kedengaran; 4. daftar kata, perbendaharaan kata: kata itu terdapat dlm ~ Melayu; ~ rasmi loghat atau bahasa yg ditetapkan oleh pihak yg berkuasa sbg loghat yg sah; ~ umum loghat yg selalu dipakai oleh orang ramai; ilmu ~ ilmu bahasa; kitab ~ kamus; berloghat menggunakan (bercakap dlm) loghat: dia ~ Kelantan sewaktu bercakap dgn kawan sedaerahnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lo.ghat] | لو‌غت

Definisi : Kl, Tr tergesa-gesa: kamu ~ ni hendak pergi ke mana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lo.ghat] | لو‌غت

Definisi : 1 bahasa daerah; bahasa setempat; dialek: ~ Kelantan. 2 gaya mengucapkan atau menyebut perkataan; pelat: Drpd ~nya, kita dpt meneka bahawa beliau orang Perak. 3 perbendaharaan kata: Perkataan itu tidak terdapat dlm ~ Sunda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
loghat
Rujuk :bahasa


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
kenapa kita menyebut loghat dengan bunyi lorat tidak loghat. kenapa sebutan lorat tidak sama dengan perkataan loghat itu sendiri?Adakah ianya faktor fonologi iaitu bunyi-bunyi bahasa itu sendiri?seperti yang kita ketahui maksud loghat ialah dialek dan tergesa-gesa. Ada yang mengatakan loghat itu menunjukan maksud risau akan sesuatu.Adakah ia betul?Dalam Kamus Dewan loghat dan lorat ialah dua perketaan yang berbeza. Loghat yang bermaksud dialek tetap disebut seperti ejaannya, iaitu loghat. Lorat pula disebut lorat dan membawa maksud susah atau payah. Lihat loghat">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=loghat dan http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=lorat.Istilah04.11.2012
ASAL USUL LOGHAT UTARA DAN LOGHAT KELANTAN SERTA PERKEMBANGANNYAWujudnya bahasa dialek atau loghat ini disebabkan oleh tempat berasingan. Apabila penutur-penutur terpisah oleh sekatan-sekatan tertentu seperti gunung-ganang, hutan rimba, dan sebagainya, maka tiap-tiap kumpulan mempunya sejarah perkembangannya sendiri, termasuk perkembangan aspek-aspek bahasa. DAlam jangka masa yang panjang ciri-ciri perbezaan menjadi makin nyata, dan ini dikekalkan daripada satu generasi kepada genarasi seterusnya. Pada suatu ketika bahasa Melayu dipercayai terdiri daripada satu variasi tetapi telah berkembang menjadi dialek-dialek berasingan dan keadaan ini berkekalan sehingga sekarang. Oleh itu, untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan asal-usul loghat utara dan Kelantan, sila rujuk buku-buku yang berkaitan.Lain-lain18.08.2006
saya bertanyakan mengenai loghat(bahasa dialek) nak dapatkan rujukan, dapatlah kiranya pihak tuan membantuTerima kasih kerana menggunakan perkhidmatan khidmat nasihat bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka. Jika saudara memerlukan maklumat berkaitan bahan (loghat ) - dialek, saudara boleh mengunjungi laman web DBP (www.dbp.gov.my) dan terus ke perkhidmatan menu utama dan saudara boleh klik pada katalog awam dalam talian serta mendapatkan maklumat berkaitan bahan yang diperlukan. Terdapat banyak paparan berkaitan loghat atau dialek yang diperlukan. Terima kasih sekali lagi kerana menggunakan KNB DBP.Lain-lain08.11.2006
bagaimanakah kaedah untuk mengeja perkataan dalam loghat utara yang mengandungi huruf 'r' dalam sukukatanya ? contoh : UTARA .. adakah 'utagha' atau 'utaqa' ?Untuk makluman, DBP hanya mempunyai kaedah mengeja dalam bahasa Melayu yang standard sahaja. Tidak ada kaedah untuk mengeja perkataan dalam loghat utara atau daerah dan negeri yang lain.
Tatabahasa23.07.2020
apakah yang di maksudkan dengan pencemaran bahasa? adakah penggunaan bahasa dialek/loghat juga merupakan salah satu pencemaran bahasa?Pencemaran bahasa ialah menggunakan atau mencampurkan bahasa asing dengan bahasa asli dalam percakapan dan penggunaan seharian atau rasmi. Penggunaan dialek/loghat bukan termasuk dalam pencemaran bahasa.Lain-lain27.02.2007
Mencari istilah, dialek atau loghat bagi rakyat Kelantan yang selalu digunakan samada telah pupus atau sedang digunakan oleh masyarakat Malaysia.Pertanyaan saudara memerlukan kajian dan penyelidikan lanjut. Saudara boleh merujuk buku Sintaksis Dialek Kelantan, tulisan Abd. Hamid Mahmood dan juga Kamus Dewan untuk membantu saudara dalam perkara ini. Saudara juga digalakkan mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau Perpustakaan Negara Malaysia untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan. Istilah23.05.2009
Adakah dalam berpidato boleh menggunakan loghat sebagai jenaka ?Dalam konteks rasmi, pengguna disarankan menggunakan bahasa Melayu yang betul dan standard. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, saudara bolehlah menghubungi Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM).Lain-lain12.11.2023
Assalamualaikum. Apakah yang dimaksudkan dengan "pirah"? Dalam loghat Kelantan, kalau tak silap saya, pirah (di sebut pi-ghah) ialah sejenis pepijat. Terima kasih.Waalaikumsalam,
Istilah "pirah" tidak terdapat maknanya dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.
Namun, istilah "piras" menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah Kl; ~ hangit tidak mahu mendengar kata orang, bodoh dan kebudak-budakan, tolol.
Makna12.03.2013
Saya ada beberapa persoalan: 1.apakah ejaan sebenar bagi aplikasi ; WhatsApp? adakah dieja dengan cara nama khas? 2. bagi monolog diri, adakah tanda baca perlu diletakkan seperti dialog? 3. Adakah penggunaan loghat daerah perlu italic dalam teks seperti; hang, cek, oghe dan lain-lain lagi.

1. Ejaan yang betul ialah “WhatsApp” kerana perkataan tersebut merupakan kata nama khas.

2. Tidak ada format yang standard berkenaan penggunaan tanda petik dalam “monolog” dan “monolog dalaman” kerana penggunaan tersebut lebih kepada gaya penulisan. Walau bagaimanapun, kami di Dewan Bahasa dan Pustaka menggunakan “tanda petik” (“/”) bagi monolog dan ‘tanda petik tunggal’ (‘/’) bagi monolog dalaman.

3. Penggunaan “loghat” dalam penulisan perlu ditulis dengan bentuk huruf condong kerana “loghat” bukan bahasa standard.
Lain-lain05.03.2022
saya ingin mengetahui alamat dan peta tempat DBP wilayah timur. saya ingin membeli kamus perrtuturan loghat kelantan tulisan abdullah al-qari bin haji salleh. saya saya mendapat petunjuk dan jalan daripada pihak tuan/puan. assalamualaikum...Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur, Lot 107-109, Seksyen 26, Jalan Abdul Kadir Adabi, 15200 Kota Bharu, Kelantan.  Tel: 09-7414900.Lain-lain09.09.2009
1234

Kembali ke atas