Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lo.ghat] | لو‌غت

Definisi : 1. kata (dlm erti yg sebenarnya); terjemahan menurut ~ terjemahan sekata demi sekata, erti yg tepat; 2. bahasa daerah, dialek, bahasa setempat: ~ Minangkabau; Bahasa Melayu Sarawak mempunyai bebe­rapa ~ yg berbeza dr setempat ke setempat; 3. gaya mengucapkan kata-kata: “Siapa nama awak?” ia bertanya dgn ~ Riau-Johor; bahasa Melayunya fasih sekalipun ~ Jepunnya masih jelas kedengaran; 4. daftar kata, perbendaharaan kata: kata itu terdapat dlm ~ Melayu; ~ rasmi loghat atau bahasa yg ditetapkan oleh pihak yg berkuasa sbg loghat yg sah; ~ umum loghat yg selalu dipakai oleh orang ramai; ilmu ~ ilmu bahasa; kitab ~ kamus; berloghat menggunakan (bercakap dlm) loghat: dia ~ Kelantan sewaktu bercakap dgn kawan sedaerahnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lo.ghat] | لو‌غت

Definisi : Kl, Tr tergesa-gesa: kamu ~ ni hendak pergi ke mana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lo.ghat] | لو‌غت

Definisi : 1 bahasa daerah; bahasa setempat; dialek: ~ Kelantan. 2 gaya mengucapkan atau menyebut perkataan; pelat: Drpd ~nya, kita dpt meneka bahawa beliau orang Perak. 3 perbendaharaan kata: Perkataan itu tidak terdapat dlm ~ Sunda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
loghat
Rujuk :bahasa


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Loghat Kelantan jadi taruhan: keseragaman menari liuk lentok tubuh dan gerak halus jari-jemari amat penting di lantai persembahan Mak YongIzyan Liyana Mohd DarifKosmo05.12.2008
Loghat daerah punca lemah bahasa MelayuNorila DaudUtusan Malaysia22.02.2008
Loghat bahasa jadi masalah IndiaTiadaMingguan Timur06.09.1981
Loghat daerah patut digalakkanSharif UjangBerita Harian31.03.1982
Loghat daerah: Pentas sambut baik saranan sultan PerakTiadaBintang Timur30.09.1982
Loghat daerah akan dikaji untuk diajarkan di sekolah-sekolah menengahKamaluddin LelaUtusan Melayu31.10.1981
Loghat utara Radio 3 Alor Star menarikTiadaBerita Harian04.08.1997
Loghat daerah tak cemarkan bahasa MalaysiaJanis AbdullahWatan22.07.1986
Loghat daerah akan dikaji untuk diajarkan di sekolah2 menengahTiadaUtusan Melayu03.10.1981
Loghat Kelantan stail Samy Vellu dan songkok yang menarik perhatianAdam Abdul HamidUtusan Melayu26.11.1974
12345

Kembali ke atas