Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lo.ghat] | لو‌غت

Definisi : 1. kata (dlm erti yg sebenarnya); terjemahan menurut ~ terjemahan sekata demi sekata, erti yg tepat; 2. bahasa daerah, dialek, bahasa setempat: ~ Minangkabau; Bahasa Melayu Sarawak mempunyai bebe­rapa ~ yg berbeza dr setempat ke setempat; 3. gaya mengucapkan kata-kata: “Siapa nama awak?” ia bertanya dgn ~ Riau-Johor; bahasa Melayunya fasih sekalipun ~ Jepunnya masih jelas kedengaran; 4. daftar kata, perbendaharaan kata: kata itu terdapat dlm ~ Melayu; ~ rasmi loghat atau bahasa yg ditetapkan oleh pihak yg berkuasa sbg loghat yg sah; ~ umum loghat yg selalu dipakai oleh orang ramai; ilmu ~ ilmu bahasa; kitab ~ kamus; berloghat menggunakan (bercakap dlm) loghat: dia ~ Kelantan sewaktu bercakap dgn kawan sedaerahnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lo.ghat] | لو‌غت

Definisi : Kl, Tr tergesa-gesa: kamu ~ ni hendak pergi ke mana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lo.ghat] | لو‌غت

Definisi : 1 bahasa daerah; bahasa setempat; dialek: ~ Kelantan. 2 gaya mengucapkan atau menyebut perkataan; pelat: Drpd ~nya, kita dpt meneka bahawa beliau orang Perak. 3 perbendaharaan kata: Perkataan itu tidak terdapat dlm ~ Sunda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
loghat
Rujuk :bahasa


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
accentaksen; loghat; tekananKesusasteraanTiadaTekanan: Tekanan suara pada kata atau suku kata, atau gabungan kedua-duanya.
accentaksen; loghat; tekananLinguistikTiadaTiada
accentaksen; loghat; tekananKesenianSeni MuzikTekanan: Penegasan yang diberi ke atas not tertentu.
accentaksen; loghat; tekananPendidikanTiadaTiada
accentaksen; loghat; tekananKomunikasiPencetakanTiada
accentaksen; loghat; tekananKesusasteraanPuisiTiada
accentaksen; loghat; tekananSukanTiadaTiada
accentaksen; loghat; tekananKesenianTiada2. Aksen: Penekanan terhadap sesuatu bahagian dalam sesuatu reka bentuk.
regionalismkedaerahanKesusasteraanTiadaSemangat kewilayahan yang ditunjukkan dalam kesusasteraan (semua genre) melalui loghat, dan pemaparan suasana, tingkah laku, kepercayaan, nilai, sejarah atau persekitaran sesuatu kawasan geografi. Semangat kedaerahan yang mendalam dapat mendorong penulis mencipta secara tepat suasana, pertuturan, adat resam, kepercayaan, dan sejarah sesuatu tempat. Karya daerah yang baik seperti puisi Robert Frost dan Robert Lowell mampu melangkau batasan kedaerahan dan berupaya mencapai wawasan yang universal. Penulis Melayu yang banyak memanfaatkan semangat kewilayahan ialah Shahnon Ahmad melalui karyanya berjudul Ranjau Sepanjang Jalan, dan Srengenge, dan S. Othman Kelantan melalui karyanya bertajuk Jogho. Contoh karya sastera Arab ialah novel Du�a�al-Karawan oleh Taha Husayn, manakala contoh karya sastera Parsi ialah Tangsir oleh Sadiq Chubak.
coloured narrativenaratif sendengKesusasteraanTiadaNaratif yang menunjukkan pertuturan watak dalam cerita tanpa menggunakan percakapan langsung atau percakapan tidak langsung. Naratif ini diwarnai oleh penyusunan rangkai kata watak dalam cerita. Naratif sendeng diekploitasikan untuk tujuan ironis. Namun, adalah sukar untuk membezakan antara suara watak dengan suara pencerita sekiranya loghat mereka sama. Naratif sendeng terdapat dalam novel Pride and Prejudice dan Emma oleh Jane Austen.
12

Kembali ke atas