Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lo.gik] | لوݢيک

Definisi : 1. sains yg berkaitan dgn prinsip yg membolehkan pemikiran dan penaakulan dibuat secara teratur dan bersistem, ilmu tentang cara berfikir (atau kaedah berfikir), ilmu mantik; 2. dapat diterima oleh akal, masuk di akal, munasabah: kanak-kanak itu dilatih berfikir secara teratur dan ~; pendapatnya itu ~; kelogikan perihal, keadaan logik (diterima akal); ketidaklogikan perihal (keadaan, sifat, dsb) yg tidak logik; pelogik yg menjadikan sesuatu logik (diterima akal). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lo.gik] | لوݢيک

Definisi : ilmu atau pengetahuan ttg cara berfikir (berhujah, membuktikan sesuatu) dgn sihat; kemampuan utk berhujah dgn meyakinkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
logik
Rujuk :munasabah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Harap perbetulkan persepsi perbezaan penggunaan meN--i dengan meN--kan. 1. (Orang) menghiaskan (benda) e.g. (Saya) menghiaskan (meja) itu dengan bunga-bungaan. 2. (Orang) menghiasi (benda) e.g. (Saya) menghiasi (meja) itu dengan bunga-bungaan. 3. (Benda) menghiasi (benda) e.g. (Bunga-bungaan) menghiasi (meja) itu. Jika saudara/i ada logik-logik mudah untuk merungkai penggunaan imbuhan ini, harap berkongsi dengan saya.

Untuk membezakan penggunaan apitan meN-...-kan dengan meN-...-i, seperti dalam ayat contoh yang diberi sila lihat fungsi antara kedua-dua apitan tersebut, iaitu:

i.  Fungsi apitan meN-...-kan menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif. Contohnya: Ali menghadiahkan sebuah basikal kepada Ahmad dan Ali menghadiahi Ahmad sebuah basikal.

ii. Apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek yang tidak bernyawa, manakala apitan meN-...-i menerima objek yang bernyawa. Lihat contoh di atas.

iii. Bagi sebilangan kata kerja yang menerima apitan meN-...-kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya: Ali sedang membaiki kereta yang rosak dan Ali sedang membaikkan kereta yang rosak.

Tatabahasa18.09.2011
apakah teori logik simbolik?Soalan sdr tiada kaitan dengan bahasa. Sdr digalakkan membaca buku tulisan Ferdinand de Saussure yang mengupas beberapa teori logik tentang simbolik. T.kasih.Lain-lain14.07.2008
Adakah bertali arus, Gempa bumi, Layar ingatan, Gigi air, Logik akal, Cacar air, Jantung hati, Jalan pintas kata majmuk?

Bertali arus, gempa bumi, layar ingatan, gigi air, logik akal, cacar air, jantung hati dan jalan pintas ialah kata majmuk.

Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk ditulis terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu tidak boleh disisipkan dengan sebarang unsur.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kata majmuk, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 48,54,72-75, 139 dan 218.

Terima kasih.

Tatabahasa20.02.2023
Encik, Dari segi maksud dan logik, penggunaan perkataan 'menawarkan' dalam ayat berikut adakah betul? * Ibu menawarkan kopi yang pahit itu. Persoalannya, jika kopi telah ditawarkan, adakah terdapat rasa kopi lagi dari segi logiknya? Terima kasih.Ayat tersebut memang logik dan betul. Maksudnya ibu menawarkan kopi yang pahit tersebut supaya tidak pahit rasanya. Mungkin ibu menambahkan air di dalam kopi tersebut. Dari segi logiknya, apabila kopi pahit itu ditawarkan rasanya dengan menambahkan air, rasa pahitnya telah hilang. Ini berbeza dengan maksud seperti, syarikat itu menawarkan kerja baharu kepada  Ali. Maksud menawarkan kerja di sini ia;ah "offer" dlam bahasa Inggerisnya. Jadi sdr jangan keliru tentang penggunaan menawarkan dan sesuaikannya dengan ayat yang dibina. Terima kasih. Lain-lain14.10.2008
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Apakah padanan yang sesuai bagi istilah "entailment" dalam bidang logik? Saya rasa istilah yang sesuai adalah sama ada "pencakupan" atau "pengekoran".Padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

entailment - cakupan

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain15.08.2021
Salam, yang manakah frasa yang betul di bawah ini: 1) anyam ketupat 2) anyam kelongsong ketupat Jika difikirkan logik, kita menganyam sarung (kelongsong) ketupat, kemudian barulah dibubuh isi di dalamnya. Tetapi anyam ketupat lebih kerap digunakan dalam masyarakat. Jadi, yang manakah betul? Terima kasih.Frasa menganyam ketupat yang menunjukkan perbuatan menyediakan sarung atau kelongsong ketupat boleh digunakan dan sudah gramatis.Tatabahasa19.03.2013
(i) Bagaimana hendak menterjemahkan "Programmable Logic Controller" ke Bahasa Melayu? (ii) Daripada bahasa apakah perkataan "kereta" berasal?

Pengawal Logik Boleh Atur Cara. Sila rujuk Institut Terjemahan Negara Malaysia untuk terjemahan yang lebih tepat. Etimologi kata "kereta" tiada dalam maklumat kami.

Lain-lain21.12.2008
Di malaysia, orang yang belum masuk Islam dikenali sebagai "orang bukan Islam" sebagai kata lawan kepada "orang Islam". Frasa "orang bukan Islam" sebenarnya tidak logik kerana Islam merujuk kepada satu set ajaran. Dalam bahasa inggeris, mereka dikenali sebagai "non-muslim". Soalan: Adakah frasa "orang bukan muslim" adalah lebih tepat? Frasa ini sebenarnya mengandungi masalah kerana "muslim" merujuk orang islam kepada yang lelaki menurut kamus dewan. Ataupun Adakah "orang tidak Islam" boleh diterima? Di sini, Islam dianggap sebagai kata adjektif. maka perkataan "tidak" digunakan.Non-muslim boleh diterjemahkan kepada orang bukan Islam atau orang bukan muslim. Betul Kamus Dewan menakrifkan muslim sebagai lelaki Melayu yang beragama Islam. Walau bagaimanpun dalam penggunaan harian kita biasa menggunakan kata nama khas untuk lelaki bagi mewakili lelaki dan perempuan terutamanya bagi khalayak umum dan sasaran yang tidak diketahui lelaki atau perempuan. Contohnya penggunaan kata nama tuan dan saudara kadangkala digunakan untuk kedua-dua jantina. Bukan ialah kata nafi untuk nama dan frasa sendi nama. Islam ialah kata nama, oleh itu frasa "orang tidak Islam" tidak gramatis.Istilah13.06.2012
assalamualaikum...saya ingin bertanya..jenis teori yang sesuai digunakan bagi novel "wajah seorang wanita" karya s.othman kelantan.Beberapa teori telah dikemukakan oleh para sarjana tempatan dalam mengkritik karya sastera. Antaranya termasuklah Teori SP4BL (Luhur, Lahir, Logik, dan Lateral) oleh Mohd. Affandi Hassan, Teori Kritikan Melayu oleh SN S.Othman Kelantan, Teori Puitika Sastera Melayu oleh SN Profesor Muhammad Haji Salleh, Teori Takmilah oleh Dr. Shafie Abu Bakar, Teori Pengkaedahan Melayu oleh Profesor Hashim Awang, dan Teori Teksdealisme oleh Mana Sikana.
Sementara itu, Dr. Awang Azman Awang Pawi melihat novel "Wajah Seorang Wanita" dari sudut teori psikoanalisis.
Sastera25.01.2014
Gabungkan ayat tunggal 1.a.Mei Mei ikat rambut. b.Mei Mei sikat rambut.(dan) Mei Mei ikat rambut dan sikat rambut.@Mei Mei ikat dan sikat rambut. Jwp yang mana satu tepat?Ayat yang betul dan logik ialah Mei Mei menyikat dan mengikat rambut.Tatabahasa11.08.2014
123

Kembali ke atas